Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Tips Kurus di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum….

Sedar tak sedar kita dah masuk hari ke 14 berpuasa di bulan Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. 

Okay now miera nak share tips sikit. Macam mana nak kurus di bulan Ramadhan? Ai takdelah badan cutting model, apatah lagi pipi dari jauh dah nampak. Tapi nak share apa yang miera buat tak salah kot? Because recently pergi amek baju my e-day from tailor. Balik rumah test ya ampun longgar gileeee. No no no. Its not my tailor’s fault sebab her touch sangat cantik. Very details and smooth. Very the loike! She said “hari tu masa ukur badan kak miera berisi. Pipi bulat. Sekarang kurus pulak” Haha kembang semangkuk ai nyah! Pahadal masa ukur dia dah siap pesan “kak miera maintain badan tau”. Tup tup mmg maintain tak gemok dah tapi loose weight banyak pulak. Hmm mulalah rasa guilty kat tailor sebab menyusahkan dia nak alter my baju. Sorry Emelyn -_-

Ubat kurus? Pil diet? Bla bla bla… Im not that type yang obsess nak kurus mendadak dengan makan ubat and so on. Sebab miera takut side effect after stop pengambilan ubat-ubat kurus tu buat badan miera berganda-ganda gemoknye. T_T Maklumla miera bukan kerja gaji sedap boleh dapat figure 00000 sebulan. Apatah lagi nak maintain yang tak perlu. Sobs.

So ni tips untuk kurus di bulan yang berkat ini bulan Ramadhan. Apa yang miera amalkan lah ye. Yang miera tak amal miera tak share.

 Berbuka tanpa nasi           
Yes miera buat cmni sepanjang bulan Ramadhan. Instead of untuk kurangkan berat badan so korang boleh maintain berat badan asal. Nak solat tarawikh pun tak mengantuk and malas kan Pernah dengar orang gain weight masa bulan Ramadhan? Ada kan? I don’t have any idea about that tapi kat bazaar ramadhan banyakkkkk gile jual makanan yang nampak sedap.Tambah lagi tengah puasa. Semua nak beli. Pastu makan sampai penuh perut. Pastu tido. Memanglah berat badan naik.

Bersahur dengan nasi         
Lumrah duk Malaysia orang Melayu mana boleh tinggal nasi. So do I. That’s why miera berbuka puasa tanpa nasi. So bila bersahur boleh makan nasi and boleh beri tenaga untuk buat kerja seharian di siang hari. TAPI, jangan makan nasi macam tak jumpa nasi setahun. Kuantiti nasi tu biar sikit je. Miera amal satu senduk nasi je. And makan slow2 jangan gelojoh. Kalau makan gelojoh dua pinggan  pun tak cukup! Kikiki. :P

Banyak berjalan dan gunakan tangga      
Oh macam iklan dalam tv pulak gunakan tangga. Haha. Oleh kerana miera ni jenis perempuan yang malas bebenor nak pegi  exercise, especially jogging so miera convert aktiviti tu dengan berjalan banyak langkah everyday. Pergi balik kerja naik LRT so jarak LRT dengan my office adalah dalam 1km lebih kurang kot. And choose to naik tangga instead of lif or escalator. Alah satu tingkat je pun. Chill la! Pastu miera jaga 2 boss. Tiap kali boss no 2 panggil kena lah jalan hujung ke hujung office. Haha. Tips ke terpaksa tuh? Kekekeke :P

That's all apa yang miera telah, sedang dan masih amalkan sepanjang bulan Ramadhan. Oh ya, jangan lupa minum banyak air masak jugak ye. Hopefully after puasa & raya pun boleh maintain cara ni. Rasa ringan je nak bawak badan ke hulu hilir. Hihihi. 

Till then, darlings!





 

Wednesday, June 1, 2011

WARNING!! Untuk Pengguna Maybank2u


Korang, few days ago aku dapat email yang mendakwa dari Maybank2u. Ceh guna ayat mendakwa ingat ni Melodi ke. Hehe. Aku tak pernah dapat email mengarut2 ni before this tapi lately banyak pulak spam duk masuk email aku. Ntah ke mane aku pegi lelong email aku sampai dapat kat spammer ni ntah. Haish.


Sebelum sebelum ni banyak dah aku dengar pasal email yang dihantar dr "Maybank2u" ni. Konon lah. So aku dah beware dari awal lg la maklum la aku ni pengguna tegar online banking. Tak beware jadi bodoh lesap semua duit shopping ai. Hikhik. Bila dapat email dari "Maybank2u" ni actually mcm nk pecaye jugak. Ni mesti syaitonnnn punye hasutan la ni.But then sedar ini TIPU TIPU TIPU! Kita bakor aje. Hehe.



email yang dihantar.


Email tu berbunyi "Dear Valued Customer, your account has been flagged by our security experts. It appear somebody is login into your account from different locations. You are therefore required to verify and update your details to avoid service suspension. Press here to continue."


Guys, kalau korang dapat email cmni please please please ignore and delete from your inbox. Buat sepah ajo! And jangan click mana mana link yang dia suruh click. Kalau korang click korang bukan akan ke website Maybank2u tapi ke website spam diaorang supaya diaorang boleh hack account korang. Verify lah update lah ape lah konon. Padahal nak kebas duit orang.



warning from Maybank2u


If you login manually via Maybank2u website mean, korang type sendiri satu per satu huruf www.maybank2u.com.my tu so windows korang mesti akan keluar pic kat atas tu kan bila dah lepas login. Its a warning note supaya korang tak tertipu. Awal awal pihak Maybank2u dah pesan so kalau korang buat jugak itu korang punye pasal la. Hehe. Beringat sebelum kena! :)


Sekian, pesanan khidmat masyarakat baik hati ini dibawakan oleh Amiera Hilton ton ton ton!

Wednesday, April 27, 2011

Memalsukan gambar pelbagai cara.



Aku suka edit gambar! Korang mesti suka jugak kan? Yelah mcm aku ni muka tak cantek, body tak hot, kulit tak mulus. Sebab tu ler aku suka edit edit ni. Hiks. Tapi korang guna software ape yek untuk kerja kerja edit meng-edit ni? Ape yang senang and cepat bagi korang?

Bagi aku, aku lebih prefer edit gambar guna Photoscape. Ringkas, mudah dan cepat. Click situ, click sini pap siap! Pastu upload ler dalam Facebook and blog. Dah tu penat penat edit takkan nak simpan buat pekasam je ye dok? Nak jugak la menunjuk yang kita ni pun teror memalsukan gambar. Hiks.


abaikan posing ntah ape2 aku tu. salah satu sebab kenapa aku suka Photoscape - senang nak combine few pics jadi satu. Hiks.



second sebab aku suka Photoscape - boleh tukar tone color dgn mudah :)



Satu lagi aku guna Adobe Photoshop CS5. Dulu masa mula mula merangkak belajar nak edit gambar memang aku start dengan Adobe tp yang version CS3 punye. Merangkak punye merangkak boleh la aku edit and tukar sikit sikit. Kalau compare Adobe dgn Photoscape of course lah aku pilih Photoscape. Tapi dalam keadaan keadaan tertentu aku akan guna Adobe. Contohnya kalau nak tukar satu gambar kpd tone2 yang berlainan ke aku akan guna khidmat Adobe ni. Hehe



Ni maksud aku guna Adobe untuk tukar tone kat certain2 area je :)



Last one, aku akan guna software Picasa 3 untuk buat muka aku tampak lebih licin, halus dan mulus. Haha. Maklumlah aku impikan nak kulit macam Fazura tapi tak dapat, so kena lah edit buang ape ape yang tak perlu kat muka tu. Hiks. Adobe pun boleh buat retouch and buang jerawat ke hape yang ada dalam gambar tp Picasa ni lagi hebat kemampuannye. Tak caya try ah. Hehe.

And apa yang aku suka bout Picasa, dia boleh adjust tuning sampai gambar tu nampak mcm korang snap guna DSLR. Hebat kan? Padahal snap guna henfon cikai je tapi lepas edit hasilnya pergh meletop letop pop pop. Dah jimat tak payah beli la DSLR kalau cmtu. Hiks.



hasil guna Picasa adjust tuning then just combine the pic using Photoscape. tehee



see? buang calar balar scar scar yang tak berkenaan kulit jd tulus mulus. and yeah pic ni guna camera digital Sony je tapi aku edit guna Picasa adjust tuning kasi hebat seolah olah DSLR. LOL! :P

Thats all tentang software software untuk meng-edit gambar yang aku nak share dgn korang. Ape lagi yek software edit gambar yang best? Hurm aku tak hebat pun dalam kerja edit edit gambar ni tp sekadar nk share takpe kan? Korang pandai edit gambar sila la editkan gambar aku kasi jadi muka mcm model top sikit! Hiks. :P



Wednesday, April 13, 2011

Tips : period pain. sakit sangat ke?

Ramai yang tak faham and tanya "kenapa perempuan asyik nak badmood je tetiap bulan?". Ramai jugak yang boleh bagi jawapannya kan. Standardlah perempuan dengan sebulan sekali memang mcm isi dgn kuku. Tak boleh berpisah okey. Perempuan bila datang bulan, gerhana seluruh Malaysia tau! Jangan nak cuba try test cucuk hangin la kalau takut gempa bumi berlaku lagi. Hikhik.



Orang cakap "rambut sama hitam, tapi hati lain-lain". Exactly right! Tapi satu yang wajib sinonim antara semua perempuan adalah datang bulan. Yes, bendera merah dan yang sewaktu dengannya. Lelaki cakap perempuan kalau datang bulan kemain lagi hangin. Marah sana marah sini. Betul ke? Aku rasa takde lah betul sangat point yang diaorg bagi tu. Tapi kdg-kdg betul jugak nak-nak lagi time time ter-emo lebih tu. Lajuuuu je memarah kat orang. Teheee. Ampun yaa! :)



Sebenarnya bukan itu yang aku nk cakap harini. Apa yg aku nak cakap adalah masalah senggugut yang dialami oleh kaum-kaum Hawa ketika datang bulan. Aku tak tapis-tapis entry ni pun. Bukannya aku mencarut ke ape dalam ni kan nak tapis-tapis bagai. Aku cakap benda yang fakta semua orang tahu. And lelaki pon seharusnya tahu akan hal ini supaya diaorang boleh faham and caring lebih kat gf-gf diaorang time gf diaorg mengalami keadaan ini. Hah kau hamek aku kasi ayat skema jawapan punye tu. Huhu.

Senggugut atau lebih dikenali sbg period pain ni tak semua perempuan yang akan rasa. For those yang datang bulan tu chill chill je untunglah kan. Tapi utk yang jenis kalau dtg bulan je rasa mcm nk beranak, hah tu yang kesian. Serious korang patut kesian kt diaorng. Aku pernah jugak merasa cmne feeling orang senggugut ni. Boleh tahan sakit la. Memang nak pekena ubat sepuloh biji dan dan masa tu jugak rasa. Sakit dowh. Tak terjawab exam aku melayan sakit ni haa. Dah bertahun senggugut ni tak menyerang aku tup tup tahun ni dia datang rapat. Aduhh..



So macam mana nak hilangkan sakit senggugut ni?? Takkan takde cara. Ada banyak cara so depends on korang lah nak apply cara yang mana satu utk atasi sakit ni yeah. Meh aku share sikit cara-cara yang aku tahu. Setakat aku tahu and aku pernah apply je okey. So jangan demand nk harapkan aku list satu per satu cara mcm aku ni doktor sakit puan. No!


First, kalau korang diserang senggugut korang haruslah bertahan. Selama mana perlu bertahan? Itu bergantung pada daya ketahanan badan korang lah. Kalau aku tak boleh nak tahan sangat. Lama-lama tahan gua menangis gak beb sakit punye pasal. Huhu.


Second, kalau dah tahan tapi dia taknak hilang jugak sakitnya maka korang haruslah minum air masak banyak banyak banyak banyakkkk. Air masak kan boleh membantu sistem dalam badan kita berfungsi dengan lebih baik. Ada jugak yang cakap, minum air bergas especially coke. Itu aku tak pasti tapi aku rasa berguna jugak. Tapi kalau minum tu jangan minum mcm minum air masak pulak banyak banyak. Haha. Minum sikit je sekadar nak bagi air bergas tu mengalir dlm badan. Ewah sedap pulak aku hurai. Haha :P

Ketiga, makan ubat untuk hilangkan rasa sakit. Ops tapi kalau boleh please lah elakkan dari mengambil pain killer. Alaaa ubat color pink kat atas ni la. Tak semua benda warna pink itu cantek dan bagus untuk kesihatan. Hehe. Kalau korang nak makan ubat, makan ubat tahan sakit or panadol sudah. Sebab painkiller ni nampak je cantek color pink bagai. Tapi dia punye long term effect tu korang kemungkinan besar akan mandul tau! So better korang amek ubat biasa-biasa je yea.


Keempat, untuk lebih cepat sakit korang tu berkurang better korang sapu minyak jugak kat perut korang. Aku prefer minyak angin sebab dia panas so dia akan cepat masuk meresap dlm perut and perut korang akan cepat rasa lega. Satu lagi yang biasa aku apply adalah minyak ape eh. Aduhh aku lupe nama minyak tu. Dia dalam botol biru tudung botol tu kuning. Wangi ala-ala minyak gamat jugak. Bagus jugak minyak tu tau. Tapi sayang tak ingat nama. Huhu (^_^)


Kelima, bila korang dah apply semua cara kat atas tadi tu especially cara ketiga tu confirm punye korang akan rasa nak lali. Haha. Aku sendiri pun sama. Lepas panadol atau tahan sakit dua biji masuk mulut, tak lama la tu rasa nak terbungkang. So korang kena tido supaya sakit senggugut tu tak rasa. Aku biasa dua jam pertama memang takkan sedar la. Lepas effect ubat tu dah habis baru aku akan sedar "eh aku dah tertidur rupenye". Haha.


So dah dapat info sikit-sikit? Ok la tu kan. Cukup ler dari takde ape-ape. Aku nak cakap bagi tips lelebih kang kalau salah orang aku pulakyang kena. Hehe. :P


Friday, April 8, 2011

Tutorial : Cara senang pakai shawl


Hi korang. Selamat pagi dan salam Jumaat. Hurmmm hurmmm hurmmm.. Actually malu gile nak buat entry ni. Serious malu. Sebab rasa mcm gewdik je nak buat tutorial2 bagai. Kalau femes macam Fatin Suhana or Fatin Liyana tu takpe jugak. Ni dah la tak femes, tak hot pulak tu. Huhu. Tapinya sebab few of my friends asyik tanya tanya macam mana aku pakai tudung macam dalam entry ni and dalam entry ni so aku cube la buat sedaya upaya yg aku mampu ea. Hope korang faham la ape yg aku ajarkan ni. Hehe. Tapi tengok vlog kat bawah ni jangan gelak pulak. This is my very first time cakap sorang-sorang dengan webcam. Huuu malunyee (^_^)





*Tutup muke dengan selendang* Maluuuu.. Huhu. Korang faham tak? Pleaseee buat buat faham. Aku tak reti jadi cikgu. Haih.




Lepas dah buat buat vlog haruslah ada gambar gambar tangkap sendiri yang syok sendiri. Huhu. Take care peeps. :)


Wednesday, March 30, 2011

Shopping dengan Maybank2u lebih mudah dan selamat


Baca je tajuk entry mesti korang semua berminat nak tahu kan? Especially utk korang yang kaki shopping online ni. And lebih lebih especially utk warga-warga Maybank users yg guna Maybank2u. Seperti yang korang sedia maklum, kalau nak online shopping je mesti nak kena ada account yg mudah nak transfer and ramai orang guna kan. Lagi-lagi sekarang ni makin maju, shopping online bayar pun online. Senang tak perlu pegi ATM pun takpe. Hehe

Pengalaman aku sendiri sebagai seorang kaki online shopping and online seller, Maybank2u ni memang memudahkan kerja menjual dan membeli. Yelah, mcm aku ckp tadi la. Beli and bayar online. As a buyer, aku memang prefer mintak Maybank acc from seller utk transfer payment. Bukan ape, sebab senang nak berurusan. Payment pun boleh buat on the spot terus. And as a seller pulak, Maybank2u ni memang bagus. Senang nak trace duit masuk yang customer paid. So takdelah issue orang lain bayar, orang lain dapat barang. Kalau ada customer aku nak beli barang pun diaorang mostly akan mintak acc Maybank sebab diaorang ckp senang. Kalau takde Maybank2u pun, ATM machines merata-rata ada. Petronas, Shell pon ada.

Latest news aku nak share dgn korang adalah sistem Maybank2u ni dah semakin diperketatkan. Dah semakin secure so lagi selamatlah utk kita buat segala urusan duit keluar masuk kan. Kalau dulu senang je step nak login dalam Maybank2u ni. Sekarang pun senang jugak tp more secure lah. Tadi ada received sms from Maybank, inform pasal ni lah. Maybank2u dah upgrade and remind users supaya jgn mudah terpedaya dgn email-email yg tak berkaitan. They all hackers! Maklumlah sekarang banyak gile kes-kes cmni kan.



login window yang baru.



after masuk username baru boleh masuk password.



register window.


Haa window kat atas ni akan keluar sebab sistem dah upgrade. Dulu takde mcm ni. Dia akan mintak korang register untuk guna sistem tu dgn lebih selamat. Kat situ siap ada tulis jugak "we will never request for personal banking information of confirmation or credit card transaction through telephone calls, emails or sms". So pepandai la beringat ye jangan cakap Maybank tak pesan pulak kalau jadi ape-ape. Hehe. Just click Register and korang kena pilih gambar untuk verify betul ke x itu acc korang and jawab tiga soalan. Senang je.




After dah register submit semua, if korang logout and nak login semula then dia akan keluar gambar yang korang pilih tadi tu masa nak masukkan password. Ini atas dasar keselamatan acc supaya tak boleh diceroboh. So kalau korang tengok gambar yg keluar kt window tu bukan gambar yang korang pilih masa register tu, jangan masukkan password. Bahaya. Okey faham? Hehe. Okay selamat ber-Maybank2u semua! :)



Tuesday, February 22, 2011

tips tukar tayar pancit utk perempuan

gambar sekadar hiasan

Gosh! How come boleh lupa nak post pasal ni. Padahal since two weeks ago it happened, dah mark "aku nak share pasal ni dalam blog". Tapi? Hari ni baru ku blog kan. Huhu. Memandangkan last two weeks (kalau xsilap ingatan ingat-ingat lupa aku ni) tayar kereta aku pancit lorh. I dunno when and why, tup tup bangun tido nak pegi kerja Pokcik Nuar memanggil-manggil aku bagitahu tayar kereta aku pancit. Oh men..! Dalam otak aku masa tu takde ape yang aku fikir dah selain "Macam mana aku nak settlekan prob ni??Aku tak pandai bab-bab ni". Luckily, Pokcik Nuar dgn baik hati nya mintak kunci kereta from me and he helped me menukar tayar pancit tersebut. Thanks sesangat Pokcik Nuar. Kalau takde Pokcik pagi tu, tak tahu la kat mane Miera nak berharap. Cewah.


Oh aku tak snap kan pic tayar kereta aku yang dah ditukar kpd tayar spare memandangkan tayar spare tu sangat lah tak menarik perhatian aku. Tak cun langsung hoi! Sudah lah kecik cinonet je, dah tu rim nye pulak hitam legam bulat sesaje. Malu ai rasa bila stop kat trafic light lama-lama nak-nak lagi bila kereta sebelah si abang handsome yang bawak kereta Honda Type-R. Muehaha :P


Should go straight to workshop actually. Sebab tayar spare yang ditukar tu sepatutnya tak boleh bawak pegi jauh-jauh. And sepatutnya TAK BOLEH DRIVE LAJU-LAJU. Tayar spare ni angin dia x sama dgn angin dlm tayar lain and ada had lajunya yang tersendiri. Aku selamber drive tekan minyak sampai 90/km. Langgar lubang sekali tu aku rasa macam tayar lari sikit. Patutlah. Mane ku tahu kan. Sampai office baru tahu. Hikhik. And tayar spare ni tak boleh sesuke hati nak bawak pegi drive lama-lama jauh-jauh bagai. Kalau boleh pakai kejap je semata-mata untuk ke workshop lagi bagus. Hebat aku sekarang tahu semua pasal ni. Macam berkawan dgn mekanik je. Haha. Orang cakap bagitahu aku, aku bagitahu la kt korang pulak. Tak baik tau kedekut ilmu.


Makanya, kerja aku ambik half day. Since that day aku berpindah-randah. Harus amek half day utk settlekan barang-barang yang berlambak macam 2 orang guna pakai tu. Balik kerja, straight away go to workshop yang dekat office je. Oh as a perempuan, aku sangat benci gila pergi ke workshop. And sebetulnya before pegi workshop tu aku dah banyak-banyak berdoa dalam hati mintak-mintak takde orang lain kt workshop tu kecuali aku and mekanik2 je. Tapi malangnya, that time ramai hoi orang kt sana. Jantan-jantan semua. Aku sorang-sorang bunga ki situ. Berdiri nak dekat stengah jam. Bukan takde sedia kerusi utk customer duduk, tapi dekat situ pon ada dua orang guys tengah duduk tunggu kereta dia repair. Memang tak lah kan. And aku sangat annoying dengan mamat-mamat yang cuba tegur or perli aku tapi gayanya macam bercakap dgn tiang. Please lah der, gentleman boleh tak?


Done tukar balik tayar spare kpd tayar asal, aku blah. Lega yang amat. Hehe. So, ringkasan tips yang aku cuba nak share kan dalam kisah aku ni adalah :
  • Jika tayar pancit, jangan panik. Keluarkan tayar spare and peralatan-peralatan tukar tayar yang diperlukan.
  • Jack kereta anda utk meninggikan paras tayar agar mudah utk ditukar.
  • Tukar tayar kereta dan pastikan nut/skru ditutup rapat dan kemas.
  • Pandu secara perlahan sehingga sampai ke bengkel untuk check tayar yg pancit tadi and tukar semula kpd tayar asal.
  • Last, dah boleh pegi dating dgn happy. Haha.

p/s : Ayat bersepah. Sadis betol. Sorry kalau-kalau ada info yg salah cz Im writing base on pengalaman sahaja. Hikhik