Tuesday, June 28, 2011

Pulut Pauh with the bestie


Ape punye pelik perangai aku ni. Time hari puasa ni la rajin nak update blog. Update pulak pasal makanan. Memang sengaja nak test iman la ni. Kalau tak tahan, menjawab la sendiri. Huhu.



Haaa ni la dia Pulut Pauh yaw! Sodappppp tp kawan aku yang dah biasa makan cakap ada yg lagi sedap. Entah la tu pengalaman pertama kot aku rembat pulut pauh ni. Cz makanan ni takde kat ganu apatah lagi kuantan. Hehe. Kalau nak makan kena berjalan jauhh sampai ke kelantan ni haa belah-belah Rantau Panjang. Ni pun dapat try masa pergi bestie aku kawen that day kat Rantau Panjang. Terus panjang kaki berjalan ke sempadan Golok. Haha :P




Senyum lebar dapat try makanan baru. Huhu. Pulut pauh ni mcm pulut-pulut lain jugak cara hidangan dia. The same way with pulut durian jugak. Ada pulut and pauh (mangga) kat sebelah. Kalau letak pauh manis memang lagi sedap! Masa sampai je order kitaong aku da kecur air liur tp buat relaks sudah. Haha. Kalau kurang manis, tambah ajo gula jadi la manis.




Thanks Yus sebab beriye nak perkenalkan aku dgn pulut pauh ni. Hikhik. Boleh jadi tourist guide la kau. Macam-macam tahu. Huhu. Eh chop, aku sempat jugak hangkut memborong barang kat Rantau Panjang ni. Nasib baik terlepas Kastam check! Hiks :P

Wednesday, June 22, 2011

Yeay Aku Terpilih! Menangggggg


Hooooraaayyyy!!!!! Yeayyyy!!! Setelah sekian lama aku menunggu, setelah sekian lama aku biarkan blog aku bersawang tibe-tibe semalam bila bukak semule blog rupe-rupenye ada something utk aku. Heeee :)



Tengok tenung tajam-tajam kat number 18 tu. Tertera nama aku Amiera Hilton as one of the 20 lucky follower. Alhamdulillah rezeki. Actually result ni utk GA yang dah lamaaaa aku join yg aku dah post lama dah pasal GA ni kat sini. And semalam bukak je blog ada komen dr penganjur GA tu iaitu Mummy Danny told me that aku terpilih. Kalau nak baca full blog sila klik kat sini. Kalau nak lagi afdal boleh follow terus blog Mummy Danny tu. Hehe.

Btw, thanks ya sis a.k.a Mummy Danny for the GA. Hadiahnye aku still xtau apekah yang bakal diterima. Aku just tunggu je la dgn sabar. Tunggu posmen datang cari aku. Hehe.

Tuesday, June 21, 2011

The Pink Coach Veil. OMG OMG OMG!!


Before aku type ayat karangan berjela-jela lagi, aku nak mengamuk sikit boleh? Omaigaddddddddddddd rindunyeeeeeee kat blog cikai niiii. Isk isk. Kekok pulak rasa bila lama tak menaip membebel sorang sorang ni. Hehe.

Atas masalah tertentu banyak story aku xboleh nak update tak boleh nak cerita. Kisah abang aku bertunang, kisah kawan aku kawen, kisah itu kisah ini banyak yang aku tak share. Benci tahu! Isk. Takpe lah yang lepas tu biarlah lepas. Malas da aku nk update pasal tu.

Straight to the point. Aku sekarang tengah kemaruk nak membeli cadar baru. Yeah actually katil da upgrade kepada king size so secara automatiknya aku merangkak mencari cadar-cadar baru utk katil aku tu. Sikit punye susah nak jumpe kat kedai Terengganu ni. Kalau ada pun single, queen, single, queen. Benci lagii!!

So aku saje la nak jumpe Pakcik Google mintak kasi idea sikit. Hehe. Niatnye 100% saje saje nak tengok cuci mata cadar-cadar online ni. Boleh laaaa..Banyak yang design bungeeeeee je memanjang. Bukan tak suke, suke jugak tapi depends la corak kan. Hehe. Tapi bab-bab cadar ni aku xsuke shopping online. Sebab aku nak pegang nak rasa sendiri kain dia. Kalau yang harga beratus ratus tu jangan cakap la. Tunggu aku jadi duta Nuffnang dulu boleh la. Memang konfem sejukkkkkk kain. Hehe. Rasanya nak kena cari kat Kuantan la pulak. Maklum la Terengganu ni ape la sangat yang ade. Huuuu :P

Tapi tapi tapi tapi................... Korang tahu tak mane nak beli cadar coach mcm kat bawah ni?? OMGGGGGGGG cantek amat dong!!! Kalau ada skirting sekali utk bed lagii cantekkk!!! Huarghhhhhh gerammmmmm!!! Nak nak nak!! Sape boleh tolong??? Pleaseeeee...isk :(



♥♥♥ yeah i'm a coach lover ♥♥♥


Thursday, June 9, 2011

There's a cat family in da house

Anak-anak sedang tido dengan mummy. Anak 2 ekor lahir sekali so aku panggil diaorang si kembar. Si Putih men-tutttt. Si Oreng tido krohhh krohh. Penat bermain kejar mengejar keliling rumah.



Si Oreng mengacau Si Putih duk men-tutttt. Memang selalu cm gitu. Tak boleh tengok sama sendiri senang. Si Oreng nak men-tuttt jugak! Mummy nye buat tak tahu terus tido selena lenanya.




Last, dua dua ekor give up. Tido semule sambil letak muke kat tutttt mummy nye. And mummy nye actually aku tengok perut dah memboyot semula. Cis pegi cari jantan mane ntah pulak tu! *sigh



Wednesday, June 1, 2011

WARNING!! Untuk Pengguna Maybank2u


Korang, few days ago aku dapat email yang mendakwa dari Maybank2u. Ceh guna ayat mendakwa ingat ni Melodi ke. Hehe. Aku tak pernah dapat email mengarut2 ni before this tapi lately banyak pulak spam duk masuk email aku. Ntah ke mane aku pegi lelong email aku sampai dapat kat spammer ni ntah. Haish.


Sebelum sebelum ni banyak dah aku dengar pasal email yang dihantar dr "Maybank2u" ni. Konon lah. So aku dah beware dari awal lg la maklum la aku ni pengguna tegar online banking. Tak beware jadi bodoh lesap semua duit shopping ai. Hikhik. Bila dapat email dari "Maybank2u" ni actually mcm nk pecaye jugak. Ni mesti syaitonnnn punye hasutan la ni.But then sedar ini TIPU TIPU TIPU! Kita bakor aje. Hehe.



email yang dihantar.


Email tu berbunyi "Dear Valued Customer, your account has been flagged by our security experts. It appear somebody is login into your account from different locations. You are therefore required to verify and update your details to avoid service suspension. Press here to continue."


Guys, kalau korang dapat email cmni please please please ignore and delete from your inbox. Buat sepah ajo! And jangan click mana mana link yang dia suruh click. Kalau korang click korang bukan akan ke website Maybank2u tapi ke website spam diaorang supaya diaorang boleh hack account korang. Verify lah update lah ape lah konon. Padahal nak kebas duit orang.



warning from Maybank2u


If you login manually via Maybank2u website mean, korang type sendiri satu per satu huruf www.maybank2u.com.my tu so windows korang mesti akan keluar pic kat atas tu kan bila dah lepas login. Its a warning note supaya korang tak tertipu. Awal awal pihak Maybank2u dah pesan so kalau korang buat jugak itu korang punye pasal la. Hehe. Beringat sebelum kena! :)


Sekian, pesanan khidmat masyarakat baik hati ini dibawakan oleh Amiera Hilton ton ton ton!