Wednesday, April 13, 2011

Tips : period pain. sakit sangat ke?

Ramai yang tak faham and tanya "kenapa perempuan asyik nak badmood je tetiap bulan?". Ramai jugak yang boleh bagi jawapannya kan. Standardlah perempuan dengan sebulan sekali memang mcm isi dgn kuku. Tak boleh berpisah okey. Perempuan bila datang bulan, gerhana seluruh Malaysia tau! Jangan nak cuba try test cucuk hangin la kalau takut gempa bumi berlaku lagi. Hikhik.



Orang cakap "rambut sama hitam, tapi hati lain-lain". Exactly right! Tapi satu yang wajib sinonim antara semua perempuan adalah datang bulan. Yes, bendera merah dan yang sewaktu dengannya. Lelaki cakap perempuan kalau datang bulan kemain lagi hangin. Marah sana marah sini. Betul ke? Aku rasa takde lah betul sangat point yang diaorg bagi tu. Tapi kdg-kdg betul jugak nak-nak lagi time time ter-emo lebih tu. Lajuuuu je memarah kat orang. Teheee. Ampun yaa! :)



Sebenarnya bukan itu yang aku nk cakap harini. Apa yg aku nak cakap adalah masalah senggugut yang dialami oleh kaum-kaum Hawa ketika datang bulan. Aku tak tapis-tapis entry ni pun. Bukannya aku mencarut ke ape dalam ni kan nak tapis-tapis bagai. Aku cakap benda yang fakta semua orang tahu. And lelaki pon seharusnya tahu akan hal ini supaya diaorang boleh faham and caring lebih kat gf-gf diaorang time gf diaorg mengalami keadaan ini. Hah kau hamek aku kasi ayat skema jawapan punye tu. Huhu.

Senggugut atau lebih dikenali sbg period pain ni tak semua perempuan yang akan rasa. For those yang datang bulan tu chill chill je untunglah kan. Tapi utk yang jenis kalau dtg bulan je rasa mcm nk beranak, hah tu yang kesian. Serious korang patut kesian kt diaorng. Aku pernah jugak merasa cmne feeling orang senggugut ni. Boleh tahan sakit la. Memang nak pekena ubat sepuloh biji dan dan masa tu jugak rasa. Sakit dowh. Tak terjawab exam aku melayan sakit ni haa. Dah bertahun senggugut ni tak menyerang aku tup tup tahun ni dia datang rapat. Aduhh..



So macam mana nak hilangkan sakit senggugut ni?? Takkan takde cara. Ada banyak cara so depends on korang lah nak apply cara yang mana satu utk atasi sakit ni yeah. Meh aku share sikit cara-cara yang aku tahu. Setakat aku tahu and aku pernah apply je okey. So jangan demand nk harapkan aku list satu per satu cara mcm aku ni doktor sakit puan. No!


First, kalau korang diserang senggugut korang haruslah bertahan. Selama mana perlu bertahan? Itu bergantung pada daya ketahanan badan korang lah. Kalau aku tak boleh nak tahan sangat. Lama-lama tahan gua menangis gak beb sakit punye pasal. Huhu.


Second, kalau dah tahan tapi dia taknak hilang jugak sakitnya maka korang haruslah minum air masak banyak banyak banyak banyakkkk. Air masak kan boleh membantu sistem dalam badan kita berfungsi dengan lebih baik. Ada jugak yang cakap, minum air bergas especially coke. Itu aku tak pasti tapi aku rasa berguna jugak. Tapi kalau minum tu jangan minum mcm minum air masak pulak banyak banyak. Haha. Minum sikit je sekadar nak bagi air bergas tu mengalir dlm badan. Ewah sedap pulak aku hurai. Haha :P

Ketiga, makan ubat untuk hilangkan rasa sakit. Ops tapi kalau boleh please lah elakkan dari mengambil pain killer. Alaaa ubat color pink kat atas ni la. Tak semua benda warna pink itu cantek dan bagus untuk kesihatan. Hehe. Kalau korang nak makan ubat, makan ubat tahan sakit or panadol sudah. Sebab painkiller ni nampak je cantek color pink bagai. Tapi dia punye long term effect tu korang kemungkinan besar akan mandul tau! So better korang amek ubat biasa-biasa je yea.


Keempat, untuk lebih cepat sakit korang tu berkurang better korang sapu minyak jugak kat perut korang. Aku prefer minyak angin sebab dia panas so dia akan cepat masuk meresap dlm perut and perut korang akan cepat rasa lega. Satu lagi yang biasa aku apply adalah minyak ape eh. Aduhh aku lupe nama minyak tu. Dia dalam botol biru tudung botol tu kuning. Wangi ala-ala minyak gamat jugak. Bagus jugak minyak tu tau. Tapi sayang tak ingat nama. Huhu (^_^)


Kelima, bila korang dah apply semua cara kat atas tadi tu especially cara ketiga tu confirm punye korang akan rasa nak lali. Haha. Aku sendiri pun sama. Lepas panadol atau tahan sakit dua biji masuk mulut, tak lama la tu rasa nak terbungkang. So korang kena tido supaya sakit senggugut tu tak rasa. Aku biasa dua jam pertama memang takkan sedar la. Lepas effect ubat tu dah habis baru aku akan sedar "eh aku dah tertidur rupenye". Haha.


So dah dapat info sikit-sikit? Ok la tu kan. Cukup ler dari takde ape-ape. Aku nak cakap bagi tips lelebih kang kalau salah orang aku pulakyang kena. Hehe. :P


14 comments:

sya rossa said...

wuu,..mentrual pill is my bff..tp cube than kalo xskit sgt...xtahan kalo pms ni kan

Abang Stalker said...

auch,auch..auch!!period..sktnya perut.haha.. :P sory2..abg gurau. :) bgnya entri AH ni.sbg info tmbhn utk lelaki cm abg.

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

amalkan makan VCO..insyaAllah x kan ada rasa sakit tu..
ni berdasarkan pengalaman akak & my sis..

dia amik vco then after 15 min sakit terus hilang..

cuba la ;)

zippo miller said...

Zippo bace sambil senyum bile ayat Hilton " Ewah sedap pulak aku hurai. Haha :P" wakaka

Amiera Hilton said...

@sya : laaa..kalau boleh jgn amalkan la ok.. :)

@AS : haip! ooo perli yea. info tu abg stalker wajib tahu tau :P

@pinkymomma : owh miera dah amalkan VCO dah hampir 2bulan..rasanya betol lah berkesan :)

@zippo : hehe diam wek! :P

noorae said...

omg. period. Sengugut mmg mnyakitkan okeh. baek tidur je..lg sodap.xyah telan pain killer..kan Cik manis hilton? ;) btw..botol biru penutup kuning tu, minyak TYT kuttt..heks~

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

me too! VCO terbaikkk :)

puteri ain said...

sakit sangat ..
tak boleh nak gmbar kan la..huh...

Redbloodsnow said...

haaa akak adalah salah satu perempuan yg tiap bulan kena period pain. mmg sakit giler. rasa nk beranakan darah je! hahaha

tp akak selalu tahan. if tah tahan..option kedua akak...sapu minyak panas or letakkan beg panas kat perut...it works taw :D

tp option telan menstrual pill tu...akan x nk la. sbb whenever akak telan. sure darah stop serta merta :(

Amiera Hilton said...

@noorae : haaaa yeay! betol betol betol. minyak TYT. hehe. tengs ingatkan miera! syg lebih! hehe :)

@cintabunga : yups setuju :)

@puteri ain : tahu takpe :(

@redbloodsnow : mkn pill tu drh stop serta merta yeah? tak tahu cz xpnh try pun. huhu..miera biasa akan mkn panadol lebih sikit then tidooo zzzzz.. hehe

MyMye MyMya said...

sya mmg mesti makan buat tahan sakit...klu tak, mmg tak dpt bangun ...pagi2 tue...:D

Amiera Hilton said...

@mymye : ooo. tp kalau boleh lg elok x depend pd ubat kn? kesian pulak..nsb baik miera jarang2 je kena.

Atiey said...

hem period sangat sakit kalau kena senggugut..tapi mummy tak amalkan mkn ubt time period coz doc ckp nnti drh tak kuar habes..kalau nak kasi hilang minum air suam panas banyak2...

Amiera Hilton said...

@atiey : hmm tahu xpe.. isk xsuke period pain