Tengok je gambar kat atas ni tapi aku tak dapat faham ape ape pon yang berkaitan. Ni hanya para doktor-doktor bertauliah kat luar sana yang boleh explain. Aku bukan doktor, aku bekas pelajar Secretarial sahaja. So semua ni langsung tak familiar dgn aku. Harap maklum. Hehe.
Im not perfect. Masalah gusi berdarah ni dah lama aku hadapi. Tak silap since sekolah lagi tapi masa tu tak teruk sangat. Tapi few years ago semakin teruk bila asyik gosok gigi je gusi WAJIB berdarah. Pernah jugak aku fikir nak pergi klinik check tapi biasalah, aku kecut perut sikit kalau nak main area area klinik atau hospital ni. Cuba suruh pegi shoping mall, lajuuuu je kaki melangkah. Haha. So aku just ignorekan pendarahan yang everyday aku alami ni. Ada jugak aku rajin-rajin makan buah tapi hangat-hangat tahi ayam. Kalau pergi market ada beli buah, makan la. Kalau tak beli, tak makan la. So there is no positive effect on this.
Antara faktor-faktor penyumbang berlakunya masalah gusi berdarah ni adalah cara menggosok gigi dengan terlalu kuat, menggunakan ubat gigi yang tidak sesuai, infeksi bakteria dan virus, tidak memiliki sel darah merah yang mencukupi, pengambilan minuman berkarbonat yang tinggi, pemakanan yang tidak sihat dan sebagainya. Wallaweh banyak jugak yang terkena kat batang hidung sendiri tu. Haha. Katakanlah, kita standard gosok gigi 2-3kali sehari. Tapi gosok gigi saje tak cukup. Dah kalau korang duk gosok gigi macam ape je kuatnye buat ape. And kalau gosok gigi kerap pn tapi still suka minum air bergas and makan makanan ringan pn same jugak. Bukan cakap korang la, aku ni ha ratu! Hahahhaha :P So macam mana nak mengatasi masalah ni??
Setelah meng-google dengan tekunnya akan hal ini, aku jumpa sedikit cara bagaimana nak mengatasi. Aduh ayat, takde skema lagi ke Miera? Haih. Antara cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi vitamin C dan juga makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi. Fungsi kalsium dapat membantu memperbaiki kerosakan gigi yang berlanjutan kerana kerosakan gigi. Korang jugak kena kurangkan pengambilan gula yang berlebihan. Kandungan gula yang tinggi dalam air bergas dan makanan ringan akan menyebabkan pendarahan yang lebih serious.
And untuk para perokok, stop smoking! Pengambilan tembakau dan tabiat merokok merupakan salah satu punca yang memburukkan lagi keadaan ini. And the last one, gunakan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai. Woot! Cara ni memang aku amalkan. Si Najat yang suggest aku tukar ubat gigi. She told me tak boleh pakai ubat gigi biasa, harus pakai ubat gigi yang khas untuk penjagaan gusi. So, aku tukar pakai ubat gigi Oral-B for teeth and gum care. Awesome! Memang dah takde prob ni sekarang lepas tukar pakai ubat gigi ni. Pemilihan ubat gigi yang sesuai jugak boleh membantu kita mengatasi masalah gusi berdarah ni selain cara menggosok gigi yang betul.
Ada banyak lagi sebenarnya cara utk mengatasi masalah gusi berdarah ni. Korang boleh laju-laju mintak tolong dengan Pakcik Google okey. Jangau risau, dia tak marah pon. Sebab tu gusi di atak berdarah *apa kaitannya?* Hehe.
Nah aku kasi senyuman nampak gigi ikhlas buat korang readers and followers yang baik hati sudi baca belog cikai aku ni. Thanks peeps! Much appreciated. xoxo :)
8 comments:
cara nak bagi gigi putih ade x..hehe
@Firdaus : gugel sendiri. uhuu :P
kene guna ubat kumur x kalo gusi berdarah ni? :)
natasha : boleh guna jugak. listerine or oral-B yg utk cegah gum probs. :)
hi, i see your post la.
boleh x you share the pic of your "So, aku tukar pakai ubat gigi Oral-B for teeth and gum care."
Sebab skrang nie gigi ku berdarah2 cam vempire dah. haha.
klu ley no need to publish to wall and email to me at ask@forexengineer.us tolong yerp! :)
Good share..i like it...nk p beli ubat gigi yg betul nie..huhu
Ubat gigi oral b tu kt mana nk cari? Same problem here.
Mana nk cari ubat gigi oral b tu? Farmasi ke?
Post a Comment