Showing posts with label random about me. Show all posts
Showing posts with label random about me. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Kepala Pusing di Euro Fun Park, Terengganu




Wehuuuuuu.....Im back back back! Lama tak update. Selalu buat perangai skrg kan. Hiayak. Bukan ape. Kalau takde story nak diceritakan aku malas lah nak update dgn cerita2 yang mengarut. Bila ada cerita baru aku update. Maklumlah sejak sejak balik kampung ni jadi suri rumah berjaya pun ye, jadi anak dara tunggu orang masuk meminang pun ye gak. So takde benda buat la nak share kat korang. Hehe.


Kelmarin wedding kezen aku. Nanti aku share la yek. Gambar dgn aku tak banyak and tak lawa tu yang mood nk story pasal kawen dia tu jd kureng. Kalau gambar banyakkkk and lawo lawo lawo mmg balik je terus aku update. Hehe. Balik dari wedding kezen aku masuk bandar Ganu jap. Pegi Dataran Syahbandar serbu Euro Fun Park kat sana. Sempena cuti skolah kot. Pandai betul cari duit yep. Pergh ramai gilossss orang.




Seingat aku Euro Fun Park kat Terengganu ni dah masuk kali kedua dah buat kat sini. Memang fun fair terbaik dari ladang ah setakat ni. Besar gedabak tapak expo and games mmg best! Actually datang sini saje je melayan adik aku yang nak sangat datang. Tapi aku pun jadi sama naik dgn dia. Tak sabar sabar nak main satu satu tu. Well, i love games. Hikhik. :P


Abah bagi duit sikit jek nak habiskan main games dalam ni. Dah la kena share dgn adik aku. Benci ah. Nak buat keluar duit sendiri takde maklumlah dah jadi penganggur terhormat sekarang. Hehe. Main la setakat yang hado. Main 2-3 games je cz duit yang ciput and masa yang terhad. Duk dalam ni lama lama nanti ade yang kena bebel kat abah nanti kang. Huhu. Oh this games bukan dari Genting. Cz banyak yang takde kat Genting ada kat sini. Namanya pun Euro Fun Park so aku teka ni semua came from Europe kot? Haha pepandai jek meneka. :P




Benda alah gergasi ni namanya Challenger. Sekali pandang macam raksasa kaki 6 yang besau gedabak. Tahun lepas aku datang tak main pun benda ni. Takot sebab sambil dia berayun ke kiri kanan sambil dia pusing jugak. Tahun ni aku datang aku beranikan diri ajak adik aku naik. Fuhhh gayat nak mampos! Sikit punye tinggi dia naik and masa nak turun tu macam nak bunuh diri je rasa. Hui! Dah la masa tu tengah selsema and batuk pastu jerit2 pulak. Terbaik ah kan. Haha.


Few games lagi yang aku belum lepas nak naik. Ni ayat cabar diri sendiri ni tau. Aku memang penakot tapi aku suke cabaran gini. Jangn pandang i sebelah mata tau! Hehe. Next, Vortex and Top Gun aku nak try. Top Gun tu boleh lagi kot. Tapi Vortex (dalam gambar second yang tinggi macam jarun jam tu)???? Entah la cukup ke tak berani aku ni. Hehe. :P


Monday, May 23, 2011

Poney For My Babygirl



Helloo excuse me tumpang lalu. Titt tittt..Fuh fuh tiup sikit habuk habuk yang baru nak menetap kat blog ni. Habuk habuk tak dibenarkan berada di blog ini okay. Hehe. Alaaa dah balik kampung ni malas la pulak jadi nak berbelog. Bukan sebab dah hilang minat nak berbelog. Tengok cmni la hah. Dah start pot pet pot pet je tak jumpa titik la jadinye. Hikhik. Sebab keluarga itu istimewa, sampai lupa semua. Cewah. And sebab adanya my babygirl Ellysandra. So aku secara automatik busy tak kire masa. Hehe :P


Yeah, before balik sini that day memang niat nak buy something for my babygirl tu. Tapi lupa masa kat Kuantan sebab duk meneman orang lain shoping je. Aku tak shoping pung. That time aku mcm takde nafsu nak shoping. OMG tak caye kan kan kan? Hehe.


Cer teka from Kuantan to Terengganu lebih kurang 6 jam kot. Haha. Macam g mane je rasa gile lama. Tapi standard lah bila dah berjalan dgn family aku especially ada abah aku tu. Memang suka menyinggah minum kopi and amek angin. Kalau aku sorang memang takde stop mane2 dah. Stop bila dah sampai je. Hehe.





Antara salah satu tempat persinggahan, Mesra Mall Kemaman. Saje menyinggah nk berjalan. Plus aku ada hajat nak singgah sini. Nak beli something for Ellysandra. Nasib baik sana ada butik Poney. Hikhik. Shopping baju2 for her 1 dress, 1 baju and 1 skirt. Semua aku beli yang saiz 2-3 tahun but she's still 1 years old ++ kot. Saje beli besau so dia boleh pakai lama. Hiks. xoxo :)


Friday, May 20, 2011

Sedihnya nak tinggal ni semua...


Assalamualaikum..


Isk isk sedih ni. Kejap lagi umi abah dah sampai. Nak bawak aku balik Terengganu. Sobs. Sedih and happy dua dua ada. Sedih sebab nak tinggal Kuantan, nak tinggal kawan-kawan kat sini. Happy sebab boleh balik jumpa family, dekat dgn family. Hmmm..


Tadi dapat sms from Najat. Say goodbye to me. Huwaaa sedihnyaaaaaa. Bergenang genang airmata nak reply sms dia tuh. Tak pernah sms sedih2 dgn dia kot. Isk. Semalam dah lepak dengan dia. Cuba jugak cari masa untuk jumpa dia before balik today. Even smlm ada dinner dgn ex-boss tp lepas tu straight pergi rumah dia. Jumpa dia, borak and peluk cium before balik. Sobs. Nanti aku mesti rindu ko beb.


ECM, Megamall, Benteng, TC, Tanjung Lumpur, Kuantan Parade, Terminal Bas Kuantan and bla bla bla i'll be missing semua tempat tuh. Najat, Aten, Yana, Kak Ayu, Ann, Fara, Ms.Chan, adik2 Najat and semua orang aku akan rindu korang wehhhh! Sobs.


Korang semua yang tak sempat jumpa before balik ni, aku mintak maaf kalau ada terkasar bahasa ke terguris hati ke apa. Nanti kalau korang kawen jemput aku! Hehe. Im sorry, goodbye.

Farewell Dinner a.k.a entry last di Kuantan


Salam semua. Hurmmmm ni antara entry2 terakhir aku post di Kuantan. And maybe jugak entry yang last semasa aku di Kuantan. Lepas ni semua entry akan di post straight from Terengganu. Sobs. Berat hati nak tinggal Kuantan tapi apakan daya.


Aku dah resign secara rasminya nak dekat 3 minggu dah. Tapi atas sebab kesibukan melampau ex-boss aku tu so asyik asyik delay this farewell dinner. Last2 semalam jadi jugak lah. Bukan aku mintak hokay. Tapi diaorang yang nak belanja takkan nak tolak kan. Tak manis lah kata orang. Hehe. Terharu pun ada actually sebab setahu aku lah staff2 before aku tak pernah boss aku buat farewell dinner ape semua nih kalau dah resign. Aku jek yg dapat. Teheee thank you boss. You such a very kind boss. Tu sebab aku sayang nak resign hari tu. Isk.


So semalam we had a dinner at Cherating Steak House kat Jalan Beserah tu. Not bad makan kat sana. Harga up sikit lah dari other restaurant tp really worth your money coz portion dia besar hoi. Golek2 aku dgn Ms.Chan nak habiskan. Haha. Oh yups Mr.James ex-boss aku tak join cz dia ada appoinment dgn client. Tp totap dia yang bayarkan bill for the dinner. Hiks. Tenkiuuuuu :)



Our starter mushroom soup and garlic bread. Garlic bread dia sedap sebab very crispy. And mushroom soup dia sangat pekat. Memang sodapppp!



My all time fav grill chicken chop in blackpapper sauce. Pergi lah western food mana2 pun memang ini je aku akan order. Steak ke, lamb ke hape ke memang aku tak layan. Tekak say NO. Hehe. Grill chicken dia rangup pap pup pap. Memang kenyang. Tapi coleslaw and fries mcm other restaurant takde cz dia ganti dgn fresh vege.



Seafood spagetti. Pergh torrrbaikkkk. Portion dia besar kot boleh share sampai 2-3 orang untuk 1 hidangan. Dia letak udang, sotong, scallops and cherry tomato. Best!



Meet my super best officemate, Ms.Chan. Waaa dia sangat baik wooo. Just like my own sista dah kat office tu. Everything boleh share with her. :)



Ah ada jugak budak ni. Sesat ke ape. :P



Satu-satunya pic aku dgn Ms.Chan. Haha. Please percaya. Aku tak pernah bergambo bila pergi mana2 dgn dia. Oh soooo not me. Hehe.



Alhamdulillah kenyang. Thank you boss bayar bill! Hiks :P


Wednesday, May 18, 2011

Baby Day Out!



Ini kisah semalam ye kawan-kawan. Sebab tu semalam Amiera Hilton ni takde entry. Sebab sebab sebab Amiera Hilton bekerja dan menjaga baby. Babysitter lah konon kononnya. Hehe. Aku keluar dengan si scandal ku Najat for sure and skali dgn Aten. Its been a long time jugaklah aku tak jumpa aten since her befday aritu. Boleh tahan vasss sekarang. Sape nak ngorat silakan! Hehe :P





Haaa kan dah cakap aku jadi babysitter semalam. Ni anak buah si Najat dia bawak keluar sekali. Sorang lagi tinggal kat rumah maklumlah anak buah dia twins so tak kuasa kami yang single mingle ni nak bawak dua2. Jatuhlah market oii! Haha. Fine aku tak single. Diaorang je. Chit. :P





Baby Mukriz ni folow kitaorang ke hulu ke hilir. Mujur tak bawak ke shoping mall jek. Malaslah ke shopping mall takde mood nak bershoping mopping. Baik pergi amek angin makan makan sudeh. We went to Taman Gelora pekena karipap panas yang torrrrbaik and popia. Sebelah gerai karipap panas tu adalah gerai fav encik bf yang gilakan hotdog goreng tepung makcik tu. Memang sedap pun. Kteorang makan kenyang2 mestilah Mukriz pun lapo jugak. Si mommy nya bagi ler susu kat dia. Kang menangis gelabah sorang sorang. Haha.





Tup tup dapat je susu dah terus tido budak ni. Very the good baby boy. Hehe. Panas duk Taman Gelora kteorang beransur pula ke TC. Amek angin pantai pulak. Lenaaaaaa tido baby Mukriz ni. Oh ada kisah masa sampai TC semalam. That time aku and Aten dah keluar dari kereta kat carpark TC. Menunggu Najat keluarkan stroller from bonet. Lambat then nampak few guys berjalan datang ke carpark...


Me : Ada lelaki ah. Nasib baik kau pegang Mukriz.
Aten : Mane?
Me : Tuu *mata menjeling kat mamat2 tu* Habis la Aten market kau. Haha :P
Aten : Weh mommy nye cepatlah sikit!
Me : Hahahahahhaha!!!


Sengal Aten! Siap jerit kuat2 nak bagi those guys tu noticed yang baby yg dia pegang tu bukan anak dia. OMG. Nak pegang baby tapi market nak jaga je memanjang. Hahahah. :P



i love you cutey baby boy! mmmuah!!



p/s : gurls, i'll be missing u a lotssssss.


Lots of story to share, to laugh. Eh eh lepas ni susah da nak jumpa korang. Uwaaaaa actually keluar semalam sebab lama tak jumpa and sempena aku dah nak balik Terengganu. Isk. Sedihhh :'(


Saturday, May 14, 2011

The Stage Eyeshadow



Lama tak shoping barang make up. Kalau beli pun asyik asyik compact powder, eyeline, lipbalm and blusher. Eyeshadow memang berzaman dah tak beli and yang ada pun tak habis2. Haha. Tapibaru baru ni aku dah beli 3 colors of Stage eyeshadow yang harganya semurah RM12 each. Harga asal RM45 you. Haruslah beli cz its clearance sale! :)



the colors.


Semua aku angkut color2 gelap coz aku lebih suka ala2 smokey eyes. Color2 cerah memang kureng sesuai dengan mata aku yang tak berapa nk besar and tak berapa nak sepet ni. Hehe. And i'm not into eyeshadow yang ada shimmer2 sangat. Pegi dinner okaylah. Tapi kalau nak keluar melilau je better yang takde shimmer kan. Resultnya bila dah duk tempek kat mata??

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Tadaaaaaaa!!!!



Awww ayu gitu you senyum. Haha :P See the blend of those two eyeshadow? Tu aku guna color dark choc and dark blue only. Green aku belum pakai lagi nak guna untuk someday in June nanti. Hiks :)




dah mekap cecantik keluarlah kita! :)


Tudung Vs Shawl??





Fuhhhhhhh leganyaaaa.... Sehari suntuk semalam duk main refresh page blogger dengan harapan boleh update blog tapi hampeh. Check status blogger memang sah takkan dapat update seharian. Nasiblah. Time mood org berkobar2 nak update time tu lah dia mengada taknak bagi kita update. Mengade tahu!


Chop chop! Cube korang teka pic kat atas tu pic dah lama ke pic baru? Kalau yang berprasangka buruk kat i tu mesti fikir pic lama ni kan. Hiks. Takde lah. Pic ni taken on last Thursday, means kelmarin lah. Boring sangat duk rumah sensorang bila dah resign ni. Nak keluar belek2 tudung ternampak few of my tudung bawal. Teheee.. Tibe2 mood nak bertudung bawal muncul and yeah aku bertudung bawal! Hehe.


Rasa macam keluar tu zaman2 budak skolah budak poli je rasa. Dengan bertudung bawal tu sangat lain ok rasanya. Nak pakai tudung tu pun dah sikit punya leceh rasa. Tapi dek kerana semangat membara nk bertudung bawal, jadi jugak lah pakai tudung bawal keluar cuci mata. Hiks. Shawls? Oh masih lagi dipakai. Hehe.


This one thing you should know. Ape perasaan bila pakai tudung bawal pada zaman masa kini yang trend nya shawls sana sini ya. Rasanya mcm special yaw! Haha. Kiri kanan mostly perempuan duk pakai shawls and me just pakai tdung bawal. Hikhik. Macam comel lote ayu je pun hado rasa. Erkk -.-'


Wednesday, May 11, 2011

Cik Anon dah sound, lu pk la sendiri


Hurm..Lepas je tak sampai 24jam aku buat entry Sunway Lagoon dah ada Cik Anon tersayang drop comment kat entry tu. Aku sengaja publish comment tu. Buat ape nak delete susah payah Cik Anon comment kot. Hehe. Aku dah agak mesti ada yang nak bunyi and tegur ah pasal tu. Rupenye betul sangkaan aku. Yes, aku tahu korang mesti akan tanya 'eh mana tudung Miera. tak pakai tudung dah ke?'. Hurm.


Betullah, masa pergi Sunway Lagoon tu memang aku tak bertudung, menampakkan rambut. Tapi itulah diri aku. Tak hipokrit kot rasanya kalau mcm tu. Depends lah atas diri masing masing. Kalau orang tu rasa taknak letak pic tak pakai tudung, tak payah letak. Kalau nak letak, nak share pun suka hatilah. Btw maybe ada yang lupa kot. Takpun ada yang baru je baca blog aku. Before this pun aku pernah post satu entry pasal Picnic with my girlfriends. That entry pun tak pakai tudung. Tapi yelah maybe masa tu takde Cik Anon lagi nak perasan kewujudan blog cikai aku ni. Hehe. Bukanlah nak bengang sebab kena tegur ye rakan rakan. Tapi kalau nak tegur kasilah url and nama sekali. Senang nak bagi feedback ye dok? Hehe.


Btw guys, itu cara aku. Sebelum korang kenal aku dalam blog ni lagi aku dah macam tu. Kemana je aktiviti yang melibatkan berkelah ke, main air ke, ape2 je lah yang nak kena salin2 baju bagai aku akan ikut cara aku tu. Lepas habis semua aktiviti dah salin baju baru ler aku akan bersiap bertudung bagai semule yep. Lainlah utk kemana mana pergi shopping kat KLCC tuh aku mengipas2 rambut depan korang kan. Itu lainlah. Haha. Aku tak suruh perempuan lain ikut cara aku tu. And aku bukannya diva ke ikon ke ape pun untuk dijadikan ikutan. Cukuplah dengan rakan-rakan, family, encik bf and org2 lain yang rapat dengan aku tahu aku ni mcm mana. Internet penuh dengan penipuan, so I won't be one of them. Please, dont judge a book by its cover. Ingat, we're born as a original so dont die as a copy. Hiks. :)


Friday, April 29, 2011

Sate Zul Malay Town Kuantan






Salam semua. Now sambil duk mengadap tengok berita TV3 sambil online jugak. Check post blog ada yang draft belum dipost as entry rupanya. Sobs. Aku ni memang jenis suka peram buat habuk dulu kot. Jenis outdated pun ye jugak. Isk.


That day aku ngn housemates keluar memalam buta g makan. Hajatnya nak berkelah sambil melepak di Esplanade baru bukak kt Taman Gelora tp tetibe akak umah aku g tukar plan. Penat je aku peluh peluh bagai sambil bersiap sambil berkejar ke dapur nak goreng cucur. Semangat punye pasal. Haha.

Cancel nk berkelah, Satay Zul Malay Town pun jadilah. Nak ke Satay Zul Jalan Teluk Sisek malas ler pulak. Actually sana lagi best satay nye compare dgn kat Malay Town. Almaklumlah sana kan main yang dah lama bertapak. Ramai giloss orang. Korang yang tak pernah g sana nanti dtg Kuantan try ok? :)




Menu 1 : Bakso + Air Green Apple Kasturi



Menu 2 : Satay Ayam & Daging




muka dah macam hamster simpan makanan dalam mulut dah. tembamnye T_T



Ok dah. Itu je. Aku malas la pulak nk mengarang panjang panjang macam buat karangan sekolah. So untuk kali ni, biarkan gambar yang berbicara. Muahaha. Ok bai. Selamat meleleh air liur! Hikhik :P




Aku menang lotteri wei! yahoooooo


Pergh rezeki lagi. Kali ni memang macam bulan bintang jatuh ke riba. Rezeki yang tak diminta minta datang dengan sendirinya. Aku menang lotteri wei! Yabedabeduuuuuuu..Sukenyeeee. Hiks :) Eh ape pulak. Nak bukti? Ingat aku menipu? Meh sini aku berlagak sikit dgn korang!



Bukti 1




Bukti 2



Bukti 3



Nah aku kemukakan 3 bukti utk korang percaya bahawasanya aku tak menipu. Ish sukenyeee hati aku menang lotteri. Tak pernah pernah lagi aku menang lotteri sebelum ni wei. Hiks. Mesti korang dah fikir macam macam yang buruk pasal aku kan? Ish jangan fikir mengarut. Aku tak layan la lotteri ke sports toto ke nombor ekor ke ape ke. Tak baik tau.


Semua email email tu yang masuk dalam spam box email Yahoo aku yang lagi satu. Haiya mane dapat email aku ni. Kalau ye pun nak bg aku duit post cheque la bagi aku. Senang boleh aku cash kan cheque tu terus. Hiks. Agak agak korang lah kan, kalau aku betol betol dapat duit sedebuk gitu banyaknye brape ek nilai dalam RM? Mahunya shopping 40 hari 40 malam aku. Haha.


Sorry la yek aku bukan jenis cepat melilau mata dengan benda benda ni semua. Dah terang lagi bersuluh kot aku xde join ape ape contest luar negara apatah lagi main lotteri semua. Ingat ye korang, kalau dapat ape ape sms, call or email yang gtau korang dah menang ape2 better korang beware. Jangan kalut sangat nak bagi details ic nombor akaun bagai. Sekarang ramai je orang nak kaya cepat. Miskin cepat pun ramai. Hehe.


Sekian pesanan khidmat masyarakat tak bertauliah oleh Amiera Hilton. Hiks :P


Thursday, April 28, 2011

Akid Azami, sudahlah buat aku menangis

Al kisah, pertemuan pertama kami diaturkan oleh Abg Ben Ashaari. Pertemuan yang tak dirancang sama sekali. Tak sangka satu satunya pertemuan itu merapatkan kami berdua. Serious, dia antara lelaki yang rapat dengan aku dalam alam ini.

Pertemuan pertama dengannya, aku dikutuk. Diberi komen yang pelbagai terhadap pembawakan diri dan penampilan. Tapi takpe, aku anggap itu sebagai komen positif dan membina untuk aku terus maju dalam alam ini. Dia dikenali ramai kalau nk dibandingkan dengan aku yang hingusan ni. Bertuah aku dapat mengenalinya. :)

Selepas pertemuan pertama, kami teruskan hidup masing masing seperti biasa. Tapi aku tak sangka rupanya aku antara wanita yang lebih bertuah daripada yang aku sangka. Pertama, dia expose kan aku kepada rakan-rakannya. Aku terharu. Sumpah aku akan terharu kalau orang buat mcm tu kt aku. Sebab aku bukan siapa siapa. Aku dalam dunia ni hanya sorang yang kerdil dan hingusan. Thanks.

Hari ini, dia buat lagi. Hampir hampir nak menitis airmata wanita ku ini. *oke tipu* Aku terharu. Nyata, dia seorang lelaki yang baik. Beruntung wanita yang memilikinya. Dia sahabat aku yang baik dalam dunia kecil ini. Dunia maya. Dia adalah Akid Azami, lelaki yang dah 2 kali buat aku terharu hingga rasa nk menangis gembira. Korang tertanya tanya apa Akid dah buat pada aku? Kenapa?


kerana followers aku bertambah kerananya. :)



kerana kunjungan tertinggi ke blog aku pada hari ini adalah hasil dari penulisannya.




kerana sedikit review yg diberikan membawa seribu kesyukuran. *click gambar untuk ke blog Akid*



Thanks Akid sebab sudi listkan Miera antara 5 Blog Perempuan Yang Best. Terharu ni isk isk. Hehe. Tapi jujur, blog Miera ni biasa aje. Penceritaan hanya berdasarkan apa yg Miera lalui hari hari and yang lain just atas dasar nk berkongsi sesama bloggers. Korang yang dah follow Miera. thanks jugak tau. Tanpa korang, siapalah blog Miera ni. Cewah emo pulak. Teheee. xoxo :)

Wednesday, April 27, 2011

Memalsukan gambar pelbagai cara.



Aku suka edit gambar! Korang mesti suka jugak kan? Yelah mcm aku ni muka tak cantek, body tak hot, kulit tak mulus. Sebab tu ler aku suka edit edit ni. Hiks. Tapi korang guna software ape yek untuk kerja kerja edit meng-edit ni? Ape yang senang and cepat bagi korang?

Bagi aku, aku lebih prefer edit gambar guna Photoscape. Ringkas, mudah dan cepat. Click situ, click sini pap siap! Pastu upload ler dalam Facebook and blog. Dah tu penat penat edit takkan nak simpan buat pekasam je ye dok? Nak jugak la menunjuk yang kita ni pun teror memalsukan gambar. Hiks.


abaikan posing ntah ape2 aku tu. salah satu sebab kenapa aku suka Photoscape - senang nak combine few pics jadi satu. Hiks.



second sebab aku suka Photoscape - boleh tukar tone color dgn mudah :)



Satu lagi aku guna Adobe Photoshop CS5. Dulu masa mula mula merangkak belajar nak edit gambar memang aku start dengan Adobe tp yang version CS3 punye. Merangkak punye merangkak boleh la aku edit and tukar sikit sikit. Kalau compare Adobe dgn Photoscape of course lah aku pilih Photoscape. Tapi dalam keadaan keadaan tertentu aku akan guna Adobe. Contohnya kalau nak tukar satu gambar kpd tone2 yang berlainan ke aku akan guna khidmat Adobe ni. Hehe



Ni maksud aku guna Adobe untuk tukar tone kat certain2 area je :)



Last one, aku akan guna software Picasa 3 untuk buat muka aku tampak lebih licin, halus dan mulus. Haha. Maklumlah aku impikan nak kulit macam Fazura tapi tak dapat, so kena lah edit buang ape ape yang tak perlu kat muka tu. Hiks. Adobe pun boleh buat retouch and buang jerawat ke hape yang ada dalam gambar tp Picasa ni lagi hebat kemampuannye. Tak caya try ah. Hehe.

And apa yang aku suka bout Picasa, dia boleh adjust tuning sampai gambar tu nampak mcm korang snap guna DSLR. Hebat kan? Padahal snap guna henfon cikai je tapi lepas edit hasilnya pergh meletop letop pop pop. Dah jimat tak payah beli la DSLR kalau cmtu. Hiks.



hasil guna Picasa adjust tuning then just combine the pic using Photoscape. tehee



see? buang calar balar scar scar yang tak berkenaan kulit jd tulus mulus. and yeah pic ni guna camera digital Sony je tapi aku edit guna Picasa adjust tuning kasi hebat seolah olah DSLR. LOL! :P

Thats all tentang software software untuk meng-edit gambar yang aku nak share dgn korang. Ape lagi yek software edit gambar yang best? Hurm aku tak hebat pun dalam kerja edit edit gambar ni tp sekadar nk share takpe kan? Korang pandai edit gambar sila la editkan gambar aku kasi jadi muka mcm model top sikit! Hiks. :P



Monday, April 25, 2011

comes around goes around

perasan kuasa 1



perasan kuasa 2



Hello! Hoh sedap sangat korang cakap aku perasan eh? Siap berkuasa kuasa lagi. Korang tu ape? SS? Hehe jangan marah gurau jek. Peace. Fuh fuh kinda bz today. Nak update even satu entry pun tak sempat. Cehhh..


Busy kerja ke busy ape? Hehe tettt! :P Well, today ada sorang new staff came in. Bertaraf kakak utk aku dan juga seorang isteri malah ibu kepada seorang anak lelaki. Nice person and really made my day with all her stories. Thats why lah aku tak sempat nak update blog. Sibuk bergossip and bercerita la korang. Hiks.


Adat lah kan "hilang tumbuh, patah berganti". Now aku tengah mengira hari je ni nak tinggalkan company aku skrg ni. Tinggal lagi 5 hari untuk aku wariskan segala ilmu dan pengetahuan yang selama ni aku pelajari kpd kakak yang bakal replace tempat aku. Hopefully melekat la ape yg aku ajar tu memandangkan aku memang xde bakat langsung utk jadi seorang cikgu. Harap maklum. Hehe.


Manakala pic2 yg perasan berkuasa kuasa bagai tu actually aku amek masa lepas interview yang lepas. Sorry yea lambat update bout that. Hehe. That day interview ok la. Alaaa bukan interview pun actually. Its actually a typing test, nak judge selaju mana and seteror mana calon-calon tahu guna Microsoft Words and Excel. Tu makanan aku hari hari duk hadap kat office ni. So no komen la eh. Tak susah tp takde la senang macam kacang sangat pun. Hehe.

Okes Im going to do something. Later aku update pasal lain pulak yea. Thanks korang yang melawat, blogwalking, follow and baca entry entry aku ni. Much appreciated. xoxo :)


Friday, April 22, 2011

The GPS couple




Apa yang penting? Kerjasama! Wonderpet wonderpet! Hehe. Yes kerjasama sangat penting dalam menjayakan sesuatu misi. Hasilnya? Pasti berbaloi baloiii. Hehe. Yeay GPS is much more than a helper. Helper for what? For this la.

Nak pergi The Roomate punya pasal lah ni aku boleh rapat dgn GPS. We are from Ampang going to OU. So agak jauh kalau nak lalu harung hiruk pikuk jalan KL tu. Encik bf punye target dalam 40 minit insyaallah boleh sampai. Tapi 15 minit je dah sampai rupenye lalu hiway. Hiks. Nasib baik ada GPS kakak bf aku tu. Banyak berjasa dan mempercepatkan perjalanan kami. Sampai ke Bangi pergi makan kat SUDU pun dia menolong. Hehe.


Ape yang aku suka pasal GPS ni? One thing yang aku perasan lah cz aku bukan own GPS sendiri tp pernah lagi mengguna GPS lain before this. Ada GPS brand lain yang bila nk exit mana2 sikit lagi nak sampai baru ler nak bising suruh masuk. Bahaya lah gitu kan. GPS kakaknye ni tak. Kira sempat la kita nak amek masa tukar lane ke ape kan. Tapi aku tak tahu ler brand ape this GPS. Yelah malam ni. Takde keje pulak aku nak membelek brand GPS ni kan. Huhu.



Saturday, April 16, 2011

Last entry.


Last entry. Ceh boleh percaya ke?? Jangan percaya ok. Itu hanya tipu semata-mata. Tapi mungki betul jugak. Boleh percaya sebab ini memang last entry untuk minggu ni. Dan juga satu satunya entry sebelum aku berangkat pulang ke UK. Eh UK pulak dah. Pulang ke kampung laaa.. Hehe :P

Masa korang baca entry ni mungkin aku tengah syok tido dalam bas. Ataupun mungkin jugak aku dah selamat sampai ke kampung halaman. Hui malas gile nak balik naik bas pagi pagi. Tapi apakan daya. Owh aku balik kampung sebab ada typing test before interview. Hari tu aku ada apply goverment office kat kampung aku. Dah umi abah duk bising panggil balik, turutkan aje lah. Kang kecik hati org tua, aku gak berdosa. Haih.

So korang doakan lah aku berjaya yea. Doakan aku semoga kelajuan menaip aku lebih hebat daripada biasa yg aku duk menaip update entry nih. Hehe. Next week aku update lagi yea. Tata titi tutu ;)


Friday, April 15, 2011

Cermin ajaib!


Enough with two pictures only! Tak boleh banyak banyak nanti kena kutuk pun banyak banyak. Hikhik. Just realized yang tabiat bergambar menerusi cermin ni dah lama aku tinggalkan. Tapi baru-baru ni baru tersedar yang aku dah terbuat semula tabiat tersebut yang aku rasa chomel. Hahahah. Style ni merasuk rasuk dlm jiwa aku time aku sambung study dulu. Haih keluar beramai ramai pastu sorang sorang masuk tandas. Yang tak masuk tandas buat keje syok sendiri dpn cermin. Haha budak budaknye lah perangai!


Bagi aku motif amek gambar menerusi cermin adalah syok sendiri semata mata dan cara yang terbaik to tell others what u wear that day. Ahah. Dah tu nak suruh orang lain yang tangkap kan malu. So tangkap lah sendiri dgn bantuan cermin ajaib. Hihiks. So motif aku bergambar sedemikian pulak kenapa? Cz I'm not a toilet girl who's was waiting for her bestie. And yeah I felt sooo rock buleh pakai kemeja tak butang satu pun! -.-


Monday, April 11, 2011

Keseronokan berganda ganda di shopping mall




Hai koranggg!! Mule mule sila tengok gambar tersengih aku tu sampai lebam and berdarah biji mata korang. Then dah boleh proceed baca entry ni ok. Hikhik. Weee ini entry adalah entry happy tahap maksima punyee. Sebab tu aku paksa korang tengok gambar aku tu. Supaya korang boleh turut sama tersengih mcm kerang busuk. -.-'




Punca 1



Punca 2


Agak agak korang mesti dah tahu kenapa aku tersengih kan? Ye betul. Korang bijak pandai. Punca 1 dan punca 2 kat atas tu la yang menjadikan hari aku super awesome today. Hiks. As usual aku pegi kerja today. But halfday je cz there's no works to do. So aku membodek la boss cakap nak balik awal. Bila dah balik awal tu ape lg. Duit tengah berkepuk kepuk kepak. Fikiran pulak dari semalam duk ingat heels2 yang hot yg aku nmpk masa keluar berpoya-poya dgn my bff smlm. Maka melawat shopping mall lah aku jawabnye. Hiks.

Perangai aku ni memang rasanya boleh dikategorikan sebagai sifat standard bagi seorang perempuan. Kalau berkenan something tapi tak boleh memilikinya, rasa resah gelisah x boleh nk tido malam! Si lelaki kalau x boleh memahami perasaan tu sila bayangkan kau syok kat sorang awek ni and tak sanggup tengok awek tu jatuh kat tangan lelaki lain. Ha gitu lah gayenye. Hehe. Eh tapi ai dah lama tak shopping heels you. Last heels dah lupe bile beli kemain lama sampai tak hingat. Haih.

Semalam bile aku keluar berpoya-poya dgn bff ternampak heels yang superb awesome iaitu gambar yang diberi nama Punca 1. Pergh sentap gile bile blah tinggalkan butik CR tu mcm tu je. Bukan nak ckp aku gile shopping *actually mmg pun* tapi aku tak boleh bila ada sale up to 70% nih. Just imagine heels tu harga asal RM139 jadi RM69 jek. Huh huh kencang jugak la jantung aku masa tengok harga tu. Haha. Then aku tak tahan hari ni after kerja aku drive masuk bandar kejap. At first aku ingat xpe lah tengok kat ECM dulu kot2 ada jugak. Aku masuk Vincci dulu, melekat sepasang. Takpe sebab guna last voucher Padini yg aku ada jimat RM20 dah kat situ. Selamat.

Then uji hati try sms encik bf tengok dia bg ke x aku hangkut sepasang lagik. Kalau dia xbg memang aku xbeli. Tapi tapi tapi.. Oooo la la la la.. dia bagi lah! Hiks. Ape lagi berdesut la aku pegi serang Megamall pulak sebab kat butik CR ECM takde heels tu. Cepat-cepat pergi maklumlah kalau lambat seminit pun orang lain dah boleh rembat saiz aku. Isk. Nasib baik ada lagi. Fuh fuh.




Aloh muke x nampak pulak. Xpe lah janji heels tu nampak. hiks




yang paling penting this heels selesaaa gilaaaa! worth my money.



Heels kt Vincci tu aku biasa-biasa aja. Tak excited sgt and takde lah tak suke pulak. Sebab tu tak bergambar masa try2 heels Vincci tu. Plus ada abg salesman duk perhati. Malu lah ai kan. Hiks. Pelaburan terbesar hari ni successfully done! Mintak mintak la mata dah tak melilau mengushar benda lain dah. Please lah faham tuan kau ni dah pokai. Duhhh!

Nak jugak dia jadi Hilton..


Adik ohh adik. Gelak sesorang aku bila teringat kat adik laki aku yang sorang ni. Manja mengalahkan adik perempuan dgn aku. Pastu nak mengikut jejak langkah aku pulak dah. Haha. Ce baca nickname facebook dia tu. Cool huh? Hiks.


Few days before dia add aku dalam facebook awal-awal dia dah pesan kat aku. Memula tegur aku kat chatbox. Pesan siap siap "acik, kalau ada org nama Haziq Syah Hilton add acik nanti acik approve tau. Itu Ajik jugak. Ajik buat facebook baru". Aku tanya dia asal pulak mengada nak buat facebook baru and guna nama tu. Jawapan dia memang cool - "dah acik guna nama Hilton, Ajik kan adik acik. Kena guna nama sama la". Haha cool kan kan kan?? Adeh adik ohh adik. Nama abang-abang kau yang guna nama sebenar abah xnk pulak kau follow. Nama palsu rekaan semata mata ni jugak lah kau nak follow yea. Sabo je la.

Korang ada facebook account? Add lah me hokay! Tapi let me know first kalau x, xde mutual friend aku berat hati nak approve. Huuu peace yaw!


Wednesday, April 6, 2011

Buat baik dibalas baik, buat jahat?? jangan sesekali



Bak kata pepatah "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Itu lah yang aku nak cakapkan untuk entry kali ni. Sebenarnya ini entry untuk berterima kasih merangkap entry terharu pun ye jugak. Hikhik. Ape taknya, aku bukak-bukak blog tadi tibe-tibe ada satu suprise utk aku. Meh intip sikit ape yang suprise tu.




taraaa!! ce tengok ce tengok.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



isk isk *lap airmata terharu*


Itulah suprise yang aku dapat hari ni. Betul betul suprise punye ni. Tak sangka ada orang sudi review blog aku siap buat tajuk entry "7 Blog Contoh" pulak tu. Lahai..Terharunye rasa. Entry ni dipostkan oleh Zippo Miller. Korang boleh terjah blog Zippo ni sebab dia punye entry bagus. Ada banyak tips, cerita and yang penting Zippo memang suka buat review blog orang lain. Bagus kan? To Zippo, thanks sesangat sebab pilih blog Miera ni sbg antara blog pilihan Zippo. Terima kasih daun keladi, lain masa review lah lagi yea. Hiks :P


Ek eleh Miera ni itu pun nak kecoh ke? Eh haruslah kecoh. Bukan senang nak ada org review blog kita tanpa diminta. Aku ado, kau hado?? Kalau takdo zip mulut tu diam-diam. Huhu. Korang jom terjah and follow blog Zippo Miller ni. Mana tahu korang pun akan di-review nanti kan?