Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Ramadhan, Business & Me

Bismillah..............

Salam Ramadhan. Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah kepada semua readers AH yang beragama Islam. Puasa ketiga dapat petunjuk untuk terus berblogging. Hihi T_T

Its been a looooooooooong time since my last post. Hampir setahun. Baru ingat nak sambut anniversary meraikan setahun tanpa blog. Tak jadi la pulek. Huhu. Insyaallah kali ni miera try sedaya upaya segigih mungkin untuk keep update blog hampeh ni. Even maybe tak boleh macam dulu which is everyday ada je post, maybe sebulan sekali cukuplah kot? Insyaallah, I'll try my bestest. Hihi.

Okay perkembangan terbaru *retis sangat ayatnyeeeeee* badan yes kejap kembang kejap kuncup. Depend on pemakanan dan gaya hidup. Cewahhh. Huhu. Btw now miera quit busy dengan kerja tetap and my bridal service job called The Khawen which is provide perkhidmatan untuk mengubah hantaran, hand bouquet, doorgift and anything about wedding. Besides, kalau untuk event selain wedding/engagement pun we accept. Business ni some kind of BFF Business jugak sebab the founder of TK ni adalah me, Syera and Najat. Insyaallah this friendship will remain till forever. Amin...........

Another thing, sangat busy dengan persiapan majlis diri sendiri. I will be engaged soon. Woot woot!! Mulanya tak nak reveal pasal ni and thats why tak update blog pun. Kalau update cemni la jadinya. Habis rahsia terbongkar. Kikiki. Tapi takpe lah sharing is caring. Hihi. Hampir 80% persiapan majlis miera buat sendiri and also dengan kerjasama The Khawen as well. Serious, kerja kawen such a very interesting job to do. Oh i fall in love babeh. Kalau boleh nak buat 100% sendiri tapi atas sebab tertentu tak boleh. Huhu. Later will be sharing tips and persiapan menjelang my e-day ok. 

And after raya, i will come up with my clothing business again. Me just cant escape from doing business. Thats what we call passion, perhaps. Nantikan kemunculannya okay? Pwomish me? Hihi 

Till then, darlings!


Wednesday, May 25, 2011

Misi menyiapkan hantaran pertunangan


Fuhhhhh....Lap peluh kejap. Baru dapat online hari ni. Sehari suntuk buat keje. Pagi teman umi pergi beli cincin, balik rumah kemas2 dapur, masak sikit sebab umi pesan suruh masak. Hehe. Then mengadap barang barang yang ditugaskan kepada aku. Barang hantaran!


Hikhik. That day aku post entry pasal persiapan pertunangan, ramai duk tanya aku ke yang nak bertunang. Ada jugak yang tegur kat facebook and ucap tahniah. Haha. Omaigadddddd...No no no. Don't judge me wrong. Its not me yang nak bertunang. Abang aku lah yang bakal bertunang. Hehe. Few of my friend ada yang tak caye bila aku deny bout this. Haha ape lah korang ni. Haish.





Sorry yea korang buat korang tertanya tanya je. Niat aku sje je nak bg korang suspen sikit. Hehe. Takde niat lain :) Aku just tolong buat hantaran dr pihak lelaki kepada pihak perempuan. Kira aku ni orang kanan abang aku la untuk majlis dia ni. Hehe. Upah nanti kire kemudian la. Harga adik beradik ape ada hal. Haha :P





Spot the red make-up bag itu yeah! Kenapa? Sebab aku nak korang percaya yang its not meeee yang nak bertunang. Its my brother la. Hehe. Kalau aku yang bertunang takkan aku nak bg set make-up untuk bf aku ye dok? Hehe.


Gambar2 tu masa dalam proses nak siapkan hantaran. Bersepah hall umah aku dengan barang2 ni semua. Sakit pinggang aku duk mengadap benda alah ni. Daripada siang sampai malam duk terbongkok bongkok buat benda ni semua. Sebab umi da bunyi suruh siapkan. Dia takot tak sempat la tu.


Buat punye buat akhirnye 70% dah siap. Tinggal lagi 1 dulang belum siap and benda2 kecik lain nak buat. Pergh cekap jugak aku buat. Haha perasan pulak. Yelah, baru first time cuba buat hantaran ni tau. Still ada masa untuk siapkan. Nak tengok hasilnye? Jadi ke dok hantaran yang aku buat? Nanti aku tunjuk okay. Tunggu entry berikutnya. :)


Friday, May 20, 2011

Farewell Dinner a.k.a entry last di Kuantan


Salam semua. Hurmmmm ni antara entry2 terakhir aku post di Kuantan. And maybe jugak entry yang last semasa aku di Kuantan. Lepas ni semua entry akan di post straight from Terengganu. Sobs. Berat hati nak tinggal Kuantan tapi apakan daya.


Aku dah resign secara rasminya nak dekat 3 minggu dah. Tapi atas sebab kesibukan melampau ex-boss aku tu so asyik asyik delay this farewell dinner. Last2 semalam jadi jugak lah. Bukan aku mintak hokay. Tapi diaorang yang nak belanja takkan nak tolak kan. Tak manis lah kata orang. Hehe. Terharu pun ada actually sebab setahu aku lah staff2 before aku tak pernah boss aku buat farewell dinner ape semua nih kalau dah resign. Aku jek yg dapat. Teheee thank you boss. You such a very kind boss. Tu sebab aku sayang nak resign hari tu. Isk.


So semalam we had a dinner at Cherating Steak House kat Jalan Beserah tu. Not bad makan kat sana. Harga up sikit lah dari other restaurant tp really worth your money coz portion dia besar hoi. Golek2 aku dgn Ms.Chan nak habiskan. Haha. Oh yups Mr.James ex-boss aku tak join cz dia ada appoinment dgn client. Tp totap dia yang bayarkan bill for the dinner. Hiks. Tenkiuuuuu :)



Our starter mushroom soup and garlic bread. Garlic bread dia sedap sebab very crispy. And mushroom soup dia sangat pekat. Memang sodapppp!



My all time fav grill chicken chop in blackpapper sauce. Pergi lah western food mana2 pun memang ini je aku akan order. Steak ke, lamb ke hape ke memang aku tak layan. Tekak say NO. Hehe. Grill chicken dia rangup pap pup pap. Memang kenyang. Tapi coleslaw and fries mcm other restaurant takde cz dia ganti dgn fresh vege.



Seafood spagetti. Pergh torrrbaikkkk. Portion dia besar kot boleh share sampai 2-3 orang untuk 1 hidangan. Dia letak udang, sotong, scallops and cherry tomato. Best!



Meet my super best officemate, Ms.Chan. Waaa dia sangat baik wooo. Just like my own sista dah kat office tu. Everything boleh share with her. :)



Ah ada jugak budak ni. Sesat ke ape. :P



Satu-satunya pic aku dgn Ms.Chan. Haha. Please percaya. Aku tak pernah bergambo bila pergi mana2 dgn dia. Oh soooo not me. Hehe.



Alhamdulillah kenyang. Thank you boss bayar bill! Hiks :P


Monday, April 25, 2011

comes around goes around

perasan kuasa 1



perasan kuasa 2



Hello! Hoh sedap sangat korang cakap aku perasan eh? Siap berkuasa kuasa lagi. Korang tu ape? SS? Hehe jangan marah gurau jek. Peace. Fuh fuh kinda bz today. Nak update even satu entry pun tak sempat. Cehhh..


Busy kerja ke busy ape? Hehe tettt! :P Well, today ada sorang new staff came in. Bertaraf kakak utk aku dan juga seorang isteri malah ibu kepada seorang anak lelaki. Nice person and really made my day with all her stories. Thats why lah aku tak sempat nak update blog. Sibuk bergossip and bercerita la korang. Hiks.


Adat lah kan "hilang tumbuh, patah berganti". Now aku tengah mengira hari je ni nak tinggalkan company aku skrg ni. Tinggal lagi 5 hari untuk aku wariskan segala ilmu dan pengetahuan yang selama ni aku pelajari kpd kakak yang bakal replace tempat aku. Hopefully melekat la ape yg aku ajar tu memandangkan aku memang xde bakat langsung utk jadi seorang cikgu. Harap maklum. Hehe.


Manakala pic2 yg perasan berkuasa kuasa bagai tu actually aku amek masa lepas interview yang lepas. Sorry yea lambat update bout that. Hehe. That day interview ok la. Alaaa bukan interview pun actually. Its actually a typing test, nak judge selaju mana and seteror mana calon-calon tahu guna Microsoft Words and Excel. Tu makanan aku hari hari duk hadap kat office ni. So no komen la eh. Tak susah tp takde la senang macam kacang sangat pun. Hehe.

Okes Im going to do something. Later aku update pasal lain pulak yea. Thanks korang yang melawat, blogwalking, follow and baca entry entry aku ni. Much appreciated. xoxo :)


Saturday, April 16, 2011

Last entry.


Last entry. Ceh boleh percaya ke?? Jangan percaya ok. Itu hanya tipu semata-mata. Tapi mungki betul jugak. Boleh percaya sebab ini memang last entry untuk minggu ni. Dan juga satu satunya entry sebelum aku berangkat pulang ke UK. Eh UK pulak dah. Pulang ke kampung laaa.. Hehe :P

Masa korang baca entry ni mungkin aku tengah syok tido dalam bas. Ataupun mungkin jugak aku dah selamat sampai ke kampung halaman. Hui malas gile nak balik naik bas pagi pagi. Tapi apakan daya. Owh aku balik kampung sebab ada typing test before interview. Hari tu aku ada apply goverment office kat kampung aku. Dah umi abah duk bising panggil balik, turutkan aje lah. Kang kecik hati org tua, aku gak berdosa. Haih.

So korang doakan lah aku berjaya yea. Doakan aku semoga kelajuan menaip aku lebih hebat daripada biasa yg aku duk menaip update entry nih. Hehe. Next week aku update lagi yea. Tata titi tutu ;)


Friday, April 1, 2011

im leavin u


Assalamualaikum semua. Selamat pagi.



Ini nak ceritakan kisah semalam and pagi ni. Kisahnya semalam aku mencari idea macam mane nak buat ayat kasi sedap dibaca oleh boss aku. Aku nak bagi dia surat yang mcm aku cakap hari tu. Surat resign daa. Hehe. Iye, aku dah nak resign. So boleh tahan seharian jugak lah aku xde idea nak buat ayat cmne. Skip skip skip sampai petang baru teringat yang aku belum siapkan surat resign tu lagi. Coz aku memang dah plan akhir bulan March and awal bulan April memang aku nk resign. Huu :)


Skip punye skip petang semalam aku berusaha la cari contoh-contoh resign letter yang sedap dibaca dan ringkas. Akhirnya jumpa lah dgn bantuan pakcik kesayangan aku iaitu Pakcik Google. Hehe. Aku malas nak fikir-fikir ayat mcm nak buat karangan BM so thats why aku main copy-paste-edit je. Senang dan cepat! Hehe. Lepas print peram semalaman bawah timbunan kertas-kertas keje semua. Kasi sorok sikit la nanti kang kalau boss aku balik office dia nampak dah x boleh buat suprise kan. Huhu.


So as for today, aku dah letak resign letter tu atas meja dia. Isk isk takot oh nak letak actually. Takot dia cakap "u tak boleh resign! kalau tak i taknak bayar gaji u!". Haha takde lah mane ade boss aku keja cenggitu. Boss aku baik ape. Sebab tu aku sayang nak tinggal company ni. Okay tinggal lagi sebulan untuk aku merasa diri sebagai seorang pekerja makan gaji. After sebulan, enjoy lah kitew habiskan gaji bulan ni. Haha. :P


Monday, March 28, 2011

posto posto untuk theboss


Assalamualaikum semua readers. And hello to non-muslim jikalau ada lah kan. :) Dah hari Isnin, dah minggu last untuk bulan March ni. Means tinggal berapa hari je untuk aku prepare satu surat. Surat ape? Untuk siapa? Ehem ehem..


Aku nak tulis surat cinta nak bagi kat boss aku yang sangat baik hati. Ewah ewah nak bercinta dengan boss pulak aku ni. Gewdik tak habis-habis. Takdelah. Gurau pun tak boleh. Haih. Memang aku nak tulis surat nak bagi sama itu boss hansomm. Tapi bukan surat cinta. Sebenarnya nak tulis surat perletakan jawatan atau lebih simple disebut sebagai resign letter. Ramai jgk yang tanya kenapa aku nk resign. Sebab dia satu je. Sebab aku nak balik kampung. Nak jadi orang kampung sepenuh masa. Nak jadi suri rumah sepenuh masa. Part time tolong umi kat butik, maybe. Hehe.


Aku dah kemukakan isu ni kepada dua orang yang ada share dlm hidup aku. Sorang encik bf, sorang cik bff. Hehe. Both pon support aku punye keputusan. Alhamdulillah, at last. Actually niat ni dah lama ada cumanya tak pernah termakbul. Mungkin Allah SWT cakap jangan balik lagi kot. Hehe. Sepanjang aku merantau kat tempat orang ni, hidup sendiri, susah senang pikul sorang. Kadang-kadang sampai menangis jugak sebab berat sangat sampai tak terpikul. Nasib baik aku ada they both to help and guide me. Much appreciate loves!


Aku akan prepare resign letter siap-siap. Genap 1 April nanti aku akan letak atas meja boss notis sebulan. After sebulan aku ada lagi masa lebih kurang sebulan untuk stay sini spent time dgn orang-orang yang patut. Especially my bff Najat. Gosh! Dah lama gile tak spent time dgn dia. I've noticed bout that too babe. Dont worry I have something to share with you. Aku tahu kau mesti suka punyee. Hehe. So sesiapa yang stay kat kuantan ni yang takde kerja and nak cari kerja boleh la hantar resume untuk replace my position yea. Alah kerja biasa-biasa je pon. Gaji tak hebat pong!


Sebenarnya berat hati nak tinggal company ni. Gaji aku ok, boss pulak baik gile. Segan aku nk bg resign letter. Haih. Tapi nak tak nak aku terpaksa. Kalau aku tak blah sekarang, bila lagi aku nk buat kan? Pas ceroh segan, letihlaaa. Hehe. After this new life, new home, new me, new new new. Yessza! :)


Saturday, February 26, 2011

im stress. enaf

Google



Aku tension. Stress. Serabut. Semua ada. Today is just like everything is going wrong with my job. As usual, every week Ms.Chan akan kutip bil-bil and resit-resit yang ada pada aku. Cz im handling petty cash for my company. At first memang rasa berat nak terima tanggungjawab handle bab-bab duit ni, but I have to.


Kepada akauntan-akauntan kat luar sana, korang memang terbaik. Aku cakap mcm tu sebab aku tahu macam mana perjalanan keluar masuk duit company and how to manage company's account even bukan aku yang buat semua tu. I've learnt a little about it. Serious, pening sangat-sangat. Everything must have the black and white proof and bil-bil semua mesti teli *i dunno the right spelling of this word* dengan system. Pening!


As for today, Ms.Chan ambil semua bil-bil yang aku pegang which is melibatkan pengeluaran petty cash yang aku handle. And minggu ni actually memang minggu busy company aku. Ulang alik ke site. Petty cash yang aku handle mostly digunakan utk bagi staff-staff isi minyak everyday utk pegi site and bayar some cash bills. I thought this week gonna be okay as usual. Tapi jangkaan aku meleset. Like serious.


Satu bil petrol tak cukup. Aku pening merata tempat akucari. Takde. Fine, itu memang kes tak berapa serious bagi aku. Sebab maybe aku ada tercicir kat mana-mana. Pi mai pi mai tang tu jugak. Kalau cari betol-betol jumpa lah tu. But then, aku kira semula balance yang ada setakat hari ni. First calculated, total tak sama dgn balance yang ada. Aku pass bagi Ms.Chan kira herself. The same. I was like "hah????". Sumpah terkejut bagai ape. Sebab yang tak cukup bukan seringgit dua. Tapi tak lah banyak sampai tiga angka.


And yes, this things buat aku stress. I mean, really really. Stress and tension sampai nak nanges time tu jugak. Sebab aku bukan jenis tangan panjang songlap duit orang okey, apatah lagi duit company. I dont mind paying back duit yang short tu. Tak kire lah either aku pay dgn duit sendiri or tolak gaji. Memang tak kisah. Tapi macam mana dgn kepercayaan bos aku kt aku? He would think negative on me. This is serious case for me. Aku tak amek duit orangggg!


Macam yang aku cakap tadi, minggu ni minggu busy kt company aku. Duit keluar bercucuran. Sometimes diaorang ni datang serentak serbu aku mintak duit itu lah, ini lah. Terkadang aku lupa nak write down sebab datang serentak mcm tu. Tapi biasanya lepas tu aku tulis jugak. Takkan ter-skip mana-mana duit yang keluar. Tapi kali ni aku blurr. Blur sangat-sangat. Dah ingat satu yang aku lupa nk write down tapi tu pun still not enaf. Ada lagi yang missing. OMG!


Ms.Chan asked me to think deeper. Where does the money goes. I know she trust me. Tapi keadaan ni tak best. Sangat sangat! Ya Allah, tolong aku. I just wanna cry and hoping for my brain to think deeper and harder. Thats all.