Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

The Pink Coach Veil. OMG OMG OMG!!


Before aku type ayat karangan berjela-jela lagi, aku nak mengamuk sikit boleh? Omaigaddddddddddddd rindunyeeeeeee kat blog cikai niiii. Isk isk. Kekok pulak rasa bila lama tak menaip membebel sorang sorang ni. Hehe.

Atas masalah tertentu banyak story aku xboleh nak update tak boleh nak cerita. Kisah abang aku bertunang, kisah kawan aku kawen, kisah itu kisah ini banyak yang aku tak share. Benci tahu! Isk. Takpe lah yang lepas tu biarlah lepas. Malas da aku nk update pasal tu.

Straight to the point. Aku sekarang tengah kemaruk nak membeli cadar baru. Yeah actually katil da upgrade kepada king size so secara automatiknya aku merangkak mencari cadar-cadar baru utk katil aku tu. Sikit punye susah nak jumpe kat kedai Terengganu ni. Kalau ada pun single, queen, single, queen. Benci lagii!!

So aku saje la nak jumpe Pakcik Google mintak kasi idea sikit. Hehe. Niatnye 100% saje saje nak tengok cuci mata cadar-cadar online ni. Boleh laaaa..Banyak yang design bungeeeeee je memanjang. Bukan tak suke, suke jugak tapi depends la corak kan. Hehe. Tapi bab-bab cadar ni aku xsuke shopping online. Sebab aku nak pegang nak rasa sendiri kain dia. Kalau yang harga beratus ratus tu jangan cakap la. Tunggu aku jadi duta Nuffnang dulu boleh la. Memang konfem sejukkkkkk kain. Hehe. Rasanya nak kena cari kat Kuantan la pulak. Maklum la Terengganu ni ape la sangat yang ade. Huuuu :P

Tapi tapi tapi tapi................... Korang tahu tak mane nak beli cadar coach mcm kat bawah ni?? OMGGGGGGGG cantek amat dong!!! Kalau ada skirting sekali utk bed lagii cantekkk!!! Huarghhhhhh gerammmmmm!!! Nak nak nak!! Sape boleh tolong??? Pleaseeeee...isk :(



♥♥♥ yeah i'm a coach lover ♥♥♥


Saturday, May 14, 2011

The Stage Eyeshadow



Lama tak shoping barang make up. Kalau beli pun asyik asyik compact powder, eyeline, lipbalm and blusher. Eyeshadow memang berzaman dah tak beli and yang ada pun tak habis2. Haha. Tapibaru baru ni aku dah beli 3 colors of Stage eyeshadow yang harganya semurah RM12 each. Harga asal RM45 you. Haruslah beli cz its clearance sale! :)



the colors.


Semua aku angkut color2 gelap coz aku lebih suka ala2 smokey eyes. Color2 cerah memang kureng sesuai dengan mata aku yang tak berapa nk besar and tak berapa nak sepet ni. Hehe. And i'm not into eyeshadow yang ada shimmer2 sangat. Pegi dinner okaylah. Tapi kalau nak keluar melilau je better yang takde shimmer kan. Resultnya bila dah duk tempek kat mata??

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Tadaaaaaaa!!!!



Awww ayu gitu you senyum. Haha :P See the blend of those two eyeshadow? Tu aku guna color dark choc and dark blue only. Green aku belum pakai lagi nak guna untuk someday in June nanti. Hiks :)




dah mekap cecantik keluarlah kita! :)


Thursday, April 21, 2011

Last minutes punye kerja bershopping





Siapa perempuan yang tak suka shopping kat sini angkat tangan cepat! Ada? Takde kan? Pelik lah kalau perempuan tak suka shopping. Cuma tahap dia ber-shopping tu yang membezakan perempuan tu kuat shopping ke tak. Aku? Aku biasa-biasa je. Nak kata kuat sgt shopping dok ler. Time takde duit kena jugak menahan nafsu shooping tu. Time duit dah berkepuk baru la datang sawan nk shopping. Tapi kejap je xlama pun. Hehe.

Aku kalau nak ber-shopping ni ada time jugak. Kalau kat Kuantan ni dlm sebulan tu sekali dua ada la kot shopping. Tu pun kalau ada yang berkenan di hati. Kalau takde x shopping lah. Selamat dah duit kat situ. Tapi kalau aku balik Tganu memang x shopping lah. Mengharap shopping online je lah. Tu pun x slalu. Biasa aku akan simpan duit abah duk bagi hari hari kat aku lebih kurang 5-6 bulan then bila g KL amek kau sedebuk aku habiskan. KL memang bukan tempat yang terbaik utk aku saving. T_T


sy nampak awak curi-curi amek gambar sy yea bang. :P



As usual lah, aku naik KL haritu niatnya nak attend Nuffnang Event je actually. Tapi gatal sangat siang hari tu ajak encik bf g cuci mata kt KLCC kan dah over shopping. Duit abah bagi suruh beli makanan untuk sebulan dah aku habis utk shopping semata mata. Mati kalau umi dapat tahu. Isk. Ini bukan kes tak sengaja ini memang kes aku yang mencari nahas. Dah awal awal aku sengaja tak bawak baju pun utk pegi Nuffnang Event tu. So memang wajib lah aku membeli baru. Hui!


Ape yang aku cari sebenarnya utk pakai malam tu? Entah ler aku takde idea. Lately aku perasan aku duk rembat duk beli kemeja je memanjang. Encik bf aku ni suke sgt. Kalau bershopping dgn dia mmg tak sah kalau tak buat balik kemeja. Grr! Cari punye cari xjumpe yang berkenan di hati. Bayangkan lah satu KLCC tu takde satu pun memikat hati aku. Takpun ada yang memikat aku, tp tak berjaya tackle pandangan encik bf. Pasrah sambil buat muke. Huh.


Adalah dalam 5 jam jugak lah kitaorang duk pusing turun naik satu KLCC tu. Kaki penat tak payah cakap la. Nak tercabut je rasa kaki dua belah ni. Nasib baik dapat bf yang mengikut je kerenah aku ni. Hehe. Last skali dah berjodoh kot, masa tu dah nak turun nk balik dah. Giveup lah konon. Sekali mata aku terperasan "eh b, kita tak masuk lagi kan Esprit ni tadi?". Laju encik bf aku jawab "dah la tadi". Malas nak follow lettew! Hehe. Ah aku jalan je masuk laju2. Kat sini baru la sangkut ada yg berkenan. 2 helai pulak tu aku rembat. Lepas geram aku 5 jam duk memusing tak jumpa. Haih.





Apa yg encik bf aku bawak tu? Haha tu lah hasil 5 jam aku keliling turun naik KLCC tuh. 4 helai je aku sempat rembat 3 baju 1 jeans. Hekhek. Aku bukan penggila seluar jeans mcm si Najat Nasiha tu duk beli seluar skmo. Aku jarang membeli seluar jeans tp tau lah that day rasa nak beli. Hikhik. Actually ape yg aku pakai masa pegi tgk The Roomate tu, the shirts and jeans tu lah yg aku beli di siang hari. Hikhik kantoi. :P


Monday, April 11, 2011

Keseronokan berganda ganda di shopping mall




Hai koranggg!! Mule mule sila tengok gambar tersengih aku tu sampai lebam and berdarah biji mata korang. Then dah boleh proceed baca entry ni ok. Hikhik. Weee ini entry adalah entry happy tahap maksima punyee. Sebab tu aku paksa korang tengok gambar aku tu. Supaya korang boleh turut sama tersengih mcm kerang busuk. -.-'




Punca 1



Punca 2


Agak agak korang mesti dah tahu kenapa aku tersengih kan? Ye betul. Korang bijak pandai. Punca 1 dan punca 2 kat atas tu la yang menjadikan hari aku super awesome today. Hiks. As usual aku pegi kerja today. But halfday je cz there's no works to do. So aku membodek la boss cakap nak balik awal. Bila dah balik awal tu ape lg. Duit tengah berkepuk kepuk kepak. Fikiran pulak dari semalam duk ingat heels2 yang hot yg aku nmpk masa keluar berpoya-poya dgn my bff smlm. Maka melawat shopping mall lah aku jawabnye. Hiks.

Perangai aku ni memang rasanya boleh dikategorikan sebagai sifat standard bagi seorang perempuan. Kalau berkenan something tapi tak boleh memilikinya, rasa resah gelisah x boleh nk tido malam! Si lelaki kalau x boleh memahami perasaan tu sila bayangkan kau syok kat sorang awek ni and tak sanggup tengok awek tu jatuh kat tangan lelaki lain. Ha gitu lah gayenye. Hehe. Eh tapi ai dah lama tak shopping heels you. Last heels dah lupe bile beli kemain lama sampai tak hingat. Haih.

Semalam bile aku keluar berpoya-poya dgn bff ternampak heels yang superb awesome iaitu gambar yang diberi nama Punca 1. Pergh sentap gile bile blah tinggalkan butik CR tu mcm tu je. Bukan nak ckp aku gile shopping *actually mmg pun* tapi aku tak boleh bila ada sale up to 70% nih. Just imagine heels tu harga asal RM139 jadi RM69 jek. Huh huh kencang jugak la jantung aku masa tengok harga tu. Haha. Then aku tak tahan hari ni after kerja aku drive masuk bandar kejap. At first aku ingat xpe lah tengok kat ECM dulu kot2 ada jugak. Aku masuk Vincci dulu, melekat sepasang. Takpe sebab guna last voucher Padini yg aku ada jimat RM20 dah kat situ. Selamat.

Then uji hati try sms encik bf tengok dia bg ke x aku hangkut sepasang lagik. Kalau dia xbg memang aku xbeli. Tapi tapi tapi.. Oooo la la la la.. dia bagi lah! Hiks. Ape lagi berdesut la aku pegi serang Megamall pulak sebab kat butik CR ECM takde heels tu. Cepat-cepat pergi maklumlah kalau lambat seminit pun orang lain dah boleh rembat saiz aku. Isk. Nasib baik ada lagi. Fuh fuh.




Aloh muke x nampak pulak. Xpe lah janji heels tu nampak. hiks




yang paling penting this heels selesaaa gilaaaa! worth my money.



Heels kt Vincci tu aku biasa-biasa aja. Tak excited sgt and takde lah tak suke pulak. Sebab tu tak bergambar masa try2 heels Vincci tu. Plus ada abg salesman duk perhati. Malu lah ai kan. Hiks. Pelaburan terbesar hari ni successfully done! Mintak mintak la mata dah tak melilau mengushar benda lain dah. Please lah faham tuan kau ni dah pokai. Duhhh!

Tuesday, March 1, 2011

shopping sakan at ButtonMyButton yuk!

Eh eh, ape gambar comel kt bawah ni?


Inilah rahsia jimat duit. Hehe. Jom ramai-ramai pakat beli RM30 cash voucher for only RM10. RM10 sahaja okey. Murah kan? Saving kan? And this voucher is from ButtonMyButton. Alaaa..yang owner dia Shahida Shariff tu. Alaaa..yang ada branch kat Indonesia tu. Ha...yang tu lah! Butik dia kat Malayisa ada kt Subang Jaya. I've fall in love for few things from her shops. Antaranya adalah....




Custome made Baju Kurung. Exclusive at Button My Button tau!




Super duper sweet!



And this is the winner. I loooove the skirt and shirt!
omaigod omaigod. *pengsan*


Nak join aku pengsan tak? Haha. Kalau nak, jom kelik sini and pengsan sama-sama.

Sunday, February 27, 2011

Pencinta tegar maxi skirt and dress.




Ahhhh.. This is awesome! Awesome! Gojes! Gojes! Meleleh air liur menengok this maxi skirt. Sangat lawa. Serious shit I tell you. First aku tengok this maxi skirt, I was thinking "dia mesti sukaaa gilakk kalau aku pakai skirt ni". Ngeheheh. Si bf aku tu kan gilakk warna purple. Kalau aku rembat ni memang tetiap kali dating la aku pakai skirt ni. Haha. Terdetik dalam hati utk beli this maxi skirt. Bukan sekali tapi berdetik-detik. I guess its worth my money to have it. Tak mahal sangat pon. But then rasanya aku kena lupakan niat tu kot. Well, ukur skirt di ketinggian sendiri la. Haha. Kalau aku pakai memang jadi se-maxi-maxi-nye itu maxi skirt. Meleret mcm skirt Cinderella kalau pakai takat paras pinggang normal. Haha.

Recently I went through almost all over blogshop that I ever known. Misinya cuma satu iaitu nak mencari blazer / jacket yang hot and malatops gituew. Tapi tibe-tibe misi itu menjadi bercanggah-canggah dengan niat sebenar. And memang tak boleh dinafikan darah pencinta maxi skirt and maxi dress itu mengalir laju dalam DNA ku ini. Tiap-tiap kali terjumpe maxi skirt/dress yang cantek mesti nak pitam rasa. Bahahahha :P I have few maxi dress/skirt. Tapi jarang pakai sebab my-everyday-life is always go to the office and work work work! Makanya I dont have so much time nak ber-skirt-skirt bagai. Haha.

Gojes hah? Awesome hah? Yes, it is!
*Actually ni hanya selingan utk cover ape yang aku rasa smlm.*

Friday, February 25, 2011

ikut nafsu mati. memang mati.

Hello loves! I have to stay up untill 11.30pm tonight. Tak boleh tido atau cuba-cuba nak lelap mata. Nanti terbabas lupa nak bangun padah! Kesian member kang tak naik bas. Actually baru plan nak tido awal malam ni memandangkan encik bf will be busy with his friends. Test suara kejap tengok pecah ke tak. Huhu.

Eh, ada gambar la kt atas. Gambar sape tu..Weweittt. Muahaha. Gewdiknyee. Itu gambar perasan syok sendiri ai lah. You ni kann.. Sebenar-benarnya petang tadi aku nak post dah psl ni. Dah buat entry dah pon. Tapi sebab ayat serabai gile, idea pon zero makanya aku draft kan nya sahaja biar berkurun tak dipost.

Guess what, Selasa lepas aku dah ke bandar lepas kerja. Niatnye nak beli barang peribadi SATU je ok. Harga berapa ringgit je pon. Tapi aku spent much more than I thought I will. (T_T) Then paling menyakitkan hati aku bila sampai-sampai kat rumah dapat msg from Levi's Malaysia told me 24-25hb ada sale special for Loop Member. Aku macam "what da...kenapa tak hantar msg ni awal-awal tadi hoi!". Kalau tak kan senang boleh aku hangkut beli barang + cuci mata sekali gus terus. Nak jugak kan tengok kot-kot indah khabar dari ghupe.

Untuk tidak menyakitkan hati aku, on 24hb tu jugak aku serang butik Levis ECM nak ushar ape yang tengah sale gila babeng tu. Memang sentap bila salegirl yg baik tu ckp "owh, sale tu utk stock-stock yg 4-5tahun lepas je. yang baru-baruu takde".. And I should step out after that. Tapi kenapa melangkah masuk lagi jauh hoi. Pokai pokai pokai. Dah ku hentam sehelai kemeja yang konon sedondon dgn kemeja encik bf. Kemeja cikai mcm tu pon harga boleh support minyak kereta aku sebulan. Tapi ngok pegi beli jugak. Sumpah takde duit hoi. (T_T)

Makanya untuk kedua-dua hari aku menjejakkan kaki ke ECM tu, hasilnya adalah seperti yang terhasil dalam gambar di atas. Two scarfs (satu lagi color beige) and a shirt. If just the promote msg dihantar lebih awal, memang takkan ku beli those scarfs. Serious. Sebab those scarfs harga boleh tanggung aku makan seminggu hoi. Syaitonnnnnn!



p/s : lepas ni tak nak join membership ape-ape dah. *hoping*

Tuesday, January 25, 2011

one stop shopping centre

salam semua.
rasanya kan macam dah lama je tak on9 shoping.
heeee.. it feels like 'eh xde ape ke aku beli utk bulan ni'
hmm..lebih kurang cmtu la feling sorg2 aku ni.
makanya aku mem-browse lah secara online.
and salah satu tempat fav aku suka habiskan secara tidak sedarkan diri adalah
ahahha..nama xleh blah kn aku bagi. tapi dah betol kot.
just like shopping heaven kt sini. all in one lah.
ape je yg ko nak ada. mmg kt sini aku biasa ushar utk hilangkn stress.
cewah mcm ape je. dah cuci2 tu terbeli jugek. pastu encik bf mrh lagik. huuuu :P
plussss kita tengah cari barang nak bagi kt someone.
but i have nooo idea nak bagi ape lagi. isk isk naif betol lah. -_-'




nak dress cantik? ada!


nak handbeg lawo? ada!


nak accessories meletops? ada!


hai baju bf aku pon ade!


facial care pon ada laa!


utk baby comel pon ada!

*all pictures are credited to Jipaban*


sooooooo kesimpulannye......almost everything ada.
tak perlu susah payah nk bukak banyak2 tabs kan?
tak perlu pening kepala nk cari kt mana dah.
type je dlm search box tu nahhhh keluar lah kau semua.
so ape lagi? ayuh shoping di Jipaban!

Thursday, January 6, 2011

i must get u back!

i love you.
no, i'm not.
yes, i do.
err..no no..i don't love you.
i love you.sure!


sebagai seorang perempuan yg mempunyai hati, perasaan dan naluri ke-perempuan-an yang sangat kuat dan teguh di dlm diri (apa aku merepek ni), maka timbullah rasa ini.
rasa kekeliruan.kecelaruan.kerinduan.
kehampaan.kedukaan.dan mcm2 lg 'ke'..
im sorry for leaving you yesterday, my darling.
you such a very beautiful things i ever found.
i regret for leaving you just like that.
i regret for not trying to have you, even once.
im done with it! i follow my desire.
i want you so bad.really really.
im coming for you baby.u'll be mine.no worries.
we'll be happy together.forever.
xoxo ;)

Monday, November 8, 2010

im the lucky one ;)

salam semua.
seperti yg anda sedia maklum.
sy merupakan seorg peng-online shoping.
yg berada di tahap separa kritikal.
separa je okey.bukan kritikal jenis xde ubat da tu.
and last week tgh click2 ushar2 tuh.
eh terbaca bout something.
kt mana dah lupa.but mmg siyes xsengaja terrnmpk.
oh ya da ingt.dlm preview blogshop.
cuba click and then eh??mcm best jek.
ada love promotion from Whitesoot.
kire mcm giveaway la lbh kurang.
wah! and i just try my luck.
mudah je caranye.
tag.komen and pray.

so itulah dia hasil komen yg tetibe dtg idea spontan.haha
*sila kelik kelik pic kalau nk baca ape je aku mengarut tuh*


then lepas da komen tuh mmg da lupe da.
da xamek port da pon psl tu.
sbb aku mmg jenis susah nk bertuah dlm bab2 cmni.
HAHHAHA
but then.omaigodd.
just now aku online.nama aku yg terkeluar??
betul la weh.AMIERA HILTON.
aku la tuh.xde org len da yg koya hilton.haha
okay and aku won..huu happy.
dpt baju cmtu for only RM 1.80 ko.
mane nk dpt?bundle pun xdek!haha
okey la miera xperlu nk eksaited sgt. :P

and the winner is..meee ;P


haha ayat nk teruja je kan.isk!

btw thankss a lot to Whitesoot
gudnite :)

Wednesday, October 27, 2010

blogshop

ohh dah hampir tengah malam nampaknye.
kerja hampir siap.tinggal nak upload n update je.
and then tido sampai pagi lah.hehe
apekah?ianya adalah business aku n my bff najat la.
da agak lama diam sebab masing2 busy dgn kerja.
sorry sgt semua.ramai yg asyik tanya.sory ye :)
okay lah now dah buat mini update.
hope u girls boleh cuci mata n pilih2 la ye.
semua boleh didapati di belog.
www.girls-andherstuff.blogspot.com
oh tapi pic2 ni semua belum ada dalam blog.
belum sempat nk update n discuss ngn partner.
dia dah krohh krohh tido.aihhh....
nevermind.once dah update i'll let u know ya.
btw,take a look and happy shopping! ;)






p/s : gambar sendiri haruslah lebih banyak kan?hehe :)

Saturday, October 16, 2010

goood news utk kaum wanita

eh eh happy nih.happy happy.semalam bajet 2011 kan???
wuhuuu aku xtengok.tgh keje time tuh.
tp aku dapat tau something yg membuat aku terujaaa..kerajaan mansuhkan cukai terhadap barangan import seperti LV, Gucci, Coach etc.
WOWWWW!!!!!gempakgilacunnnn *tiru iklan celcom.hikhik :P and and anddddd dgr2 cukai perfume pon trut dimansuhkan tax?waaaa ini sudah bagusss ;) lepas ni boleh la shopingggg gila gila gila lagiiii..lepas ni boleh la delete dua barang dlm wish list kt tepi ni kan?huuuu.i loikeeee bajet 2011 nih. ;)

p/s : najat nasiha jom kita buat list!weheeee

Tuesday, September 21, 2010

dulu vs sekarang

raya tahun lepas aku still study.
raya tahun ni aku da keje.

raya tahun lepas aku dpt banyak duit raya.
raya tahun ni aku dpt sikit duit raya.

raya tahun lepas aku hantar jahit baju raya.
raya tahun ni aku beli baju raya yg dah siap.

raya tahun lepas aku baru dapat kereta.
raya tahun ni aku baru nak repair kereta.

raya tahun lepas aku bank in duit raya dlm ASB.
raya tahun ni aku guna habis semua duit raya kt blogshop.

masyaallah!!!

macam mane nak kawen ni??hikhik.
ok xpe.janji tak boros dah.
ni bukan salah aku.ni salah najat.
aku tanya dia "jat, yg ni lawa tak?"
semua dia ckp "lawa..beli la.."
dah tu nak suruh aku buat pekak telinga je ke??
transfer maybank2u lah satu-satunye cara yg ada.
ahahahha...ok done! semua yg aku nk dah dapat.
weweiiittttt...!!! happy ouhh!! ;))))


nota kaki pendek : dress itu akhirnya menjadi milikku.awww.. ;)

Saturday, September 4, 2010

keluarga last minute!

eeee...geram aku ngn anak branak aku ni.
apsal la sukee suruh aku buat keje last minute??
kesian aku weh terkejar2 nk buat semua keje.
hadoiiii...saborr je la... -__-'
ok cool miera..xde la mrh pon..
aku just gerammm je ngn adik bradik aku ni..
hari tu umi call..pesan nanti balik kena bawak adik aku g shoping.
alahaiii...nk shoping rye pon tggu aku ke??
no wonder lah slame ni ada sale ape2 pon aku yg start ajak pegi dlu.ish.
kelmarin umi call lg..suruh belikan dia kasut lg..
pdhl aku da beli da pon..nak lg tu.. *mak borek anak rintik*

then td umi call lg..suruh belikan baju utk adik aku yg f5.
aeee....ko ni fadhil boleh tahan....
esok aku da nk blik da weh!
mlm ni da la aku nk buat kuih raya lg.
bukak puasa dgn member2 lg before blik ganu.
suruh la aku buat keje2 last minute gtu byk2 kali.
mu tu da la CEREWETTT nak mampos.haish!

kalau aku xde keje len nk buat xpe la adik2 ku oiii...
mmg aku akan pegi shoping la utk korg..sbb aku ni kaki hbskn duit.
tp kakak mu ini ada byk hal nk setel before balik kampung tau.
sabar je la..nsb aku kakak yg baik tau.
kalau tak xde nye aku nk belikan ko dah.mengade!

Monday, August 30, 2010

gumbiraaaa

morning readers!
how are u feeling??great?good lah.
aku great jugak but sangat penat tahap dewa.
smlm baru balik rumah.from kl.
aku xdrive pon penat tahap dewa.
boleh imagine tak org yg drive aku ke hulu ke hilir?
penat tahap ape aku tak tau.tye lah dia sndri.hehe :)
ok shoping list yg lepas da complete.
and secara keseluruhannye aku happy.
fyi, this is the very firstttt year aku shoping raya gune duit sndri.
DUIT SENDIRI OK.abah xbagi sesen pon.isk isk

ok shoping kt klcc je pon..mls nk pegi tmpt len dah.
sebab aku pon xbyk dah nk beli beli ni..
hari tu da shoping banyak..
pegi skali lg atas sbb nk tmbh brg sket2 lagi and tman bf shoping.
giler bapak ramai org.especially kt vincci.
damn.serabut tahu tak. *sigh!
tgh2 pilih shoes aku kol la umi aku..
niat nk tye confirmkan dia pkai size brape..
alih2 dia gtau aku very the goooooood news ouh!
acik, umi belikan rantai emas putih utk acik.
eheheeheh...senyum panjangggggg aku ^_____^
ohh sayang umi ketat2 tau.hehe..*winks!
nak balik kampung cepat lah klu cmni.
ok still penat tau.sangat sangat.nak sandar kt krusi pulak.
penat dah menaip.nati nk share pics yg konon2 sweet la..huhu :P

Sunday, August 22, 2010

shopping list


upcoming list :
  1. few shirts and blouses
  2. high heels - not more than 2 inch.mayb :)
  3. flat shoe - to wear when beraya with bf only.
  4. new jeans - preferable Levi's curve ID.damn i wish!
  5. new purse *not necessary*

done bought :
  1. few shirts and blouses - thanks to hubby :)
  2. new handbag in black color
  3. baju kurung for raya

a very short list need a very big budget. i wish im not a shoppaholic.*sigh!

Wednesday, July 28, 2010

oh my baju raya!

oh oh oh!
pejam celik pejam celik
dah nak puasa n then raya lah pulak.
disebabkan itu(ayat nk skema.haha)
aku berusaha keras berpuasa dgn bersungguh2.
utk ganti puasa tahun lepas yg aku x sengaja tinggal.
balance dua hari je lagi nk habis.
esok lusa puasa ganti then yeah raya ganti lah sy. :)
okay bercakap pasal raya.
wajib lah perkara utama menjadi topik mengenai baju raya.
(skema lg ko apasal miera ha)haha :P
eh baju raya.xbeli lg la..isk isk T_T
FYI aku ni niatnye dr last month lg nk beli kain.
then pegi hntr jht kt tailor.
but slalu je lupe nak pegi cari kain.
so jadi nye cmni lah.
terpaksa beli baju yg dah siap
sbb tailor da xtrime tempah jahit.(smpai hati kamoo kamoo tailor)
so nak beli yg dah siap pn mls nak pegi sorang2 after keje.
hajatnye nak pegi beli dgn encik boyfriend
tp masa bila pulak nk pegi nye.
anda di KL sy di kuantan.
bajet mcm duk kampung sebelah2 je kn.haish!
nk tunggu ogos lmbt lg.
tu dah kire kerja last minit.aku xsuke.
nanti xde choice n smua yg berkenan da xde size aku.
ouh sumpah benci begitu buat aku xpuas hati.
so aku usaha utk cari online.
tp xde yg berkenan!ape punye mata lah.
kalau ada pn again, saiz dah hbs.
benci tahu tak.huh.
pakai jeans dgn tshirt je lah raya nanti boleh??
haha.tidak!
teruskan usaha anda miera :)
adios!