













Ketiga, makan ubat untuk hilangkan rasa sakit. Ops tapi kalau boleh please lah elakkan dari mengambil pain killer. Alaaa ubat color pink kat atas ni la. Tak semua benda warna pink itu cantek dan bagus untuk kesihatan. Hehe. Kalau korang nak makan ubat, makan ubat tahan sakit or panadol sudah. Sebab painkiller ni nampak je cantek color pink bagai. Tapi dia punye long term effect tu korang kemungkinan besar akan mandul tau! So better korang amek ubat biasa-biasa je yea.
Keempat, untuk lebih cepat sakit korang tu berkurang better korang sapu minyak jugak kat perut korang. Aku prefer minyak angin sebab dia panas so dia akan cepat masuk meresap dlm perut and perut korang akan cepat rasa lega. Satu lagi yang biasa aku apply adalah minyak ape eh. Aduhh aku lupe nama minyak tu. Dia dalam botol biru tudung botol tu kuning. Wangi ala-ala minyak gamat jugak. Bagus jugak minyak tu tau. Tapi sayang tak ingat nama. Huhu (^_^)
Kelima, bila korang dah apply semua cara kat atas tadi tu especially cara ketiga tu confirm punye korang akan rasa nak lali. Haha. Aku sendiri pun sama. Lepas panadol atau tahan sakit dua biji masuk mulut, tak lama la tu rasa nak terbungkang. So korang kena tido supaya sakit senggugut tu tak rasa. Aku biasa dua jam pertama memang takkan sedar la. Lepas effect ubat tu dah habis baru aku akan sedar "eh aku dah tertidur rupenye". Haha.
So dah dapat info sikit-sikit? Ok la tu kan. Cukup ler dari takde ape-ape. Aku nak cakap bagi tips lelebih kang kalau salah orang aku pulakyang kena. Hehe. :P
Hurm encik bf aku nak beli rumah. Tapi dia suruh aku yang survey and urus everything. Haih bang mentang-mentang la gf awak ni study secretary dulu yea. Awak amek kesempatan jadikan kita S/U awak pulak yea. Hehe. Takpe dah biasa dah jadi S/U tak bergaji orang ni. Hehe. Tapi dia ada usulkan satu cadangan. Katanya nak beli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku. Ok nak mengaku kat sini. Skim tu memang pertama kali di pendengaran aku. Hahahah. Maklum lah aku ni tak layan sangat news yg berkaitan politik, hartanah, perumahan and bla bla bla. Bila dah sampai masa memerlukan baru aku sibuk sibuk nak amek tahu segala.
On the spot masa encik bf bagitahu aku tu kebetulan aku tengah online lagi. Laptop tengah kat riba lagi. So terus lah aku cube cari sikit sikit info. Boleh la tahu serba sedikit pasal Skim ni. Tapi tak tahu banyak. Sebab time tu pun dah midnight so haruslah mata aku kuyu nak mengadap laptop cari info lelame kan. Hehe.
Melalui carian Google, dapat korek sikit rahsia. Eh rahsia ke? Takdelah. Hehe. Google website itu website ini, google gambar itu gambar ini. Skim ni sebenarnya antara yang dibentangkan masa Bajet 2011 yang lepas. Tapi as usual lah aku mane ade tengok pembentangan-pembentangan ni so aku tak tahu. Tapi aku tahu dalam Bajet 2011 barangan berjenama dimansuhkan tax. Haha haruslah tahu bab mcm tu kan. Ok taknak tersasar dari topik. Skim ni diumumkan dalam pembentangan Bajet 2011 dan telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac lalu. Means baru lagi la hal ni. Bagus kan kerajaan nak bantu siap bagi pinjaman penuh lagi tu. Alhamdulillah..
Aku sokong kerajaan lancarkan skim mcm ni. Sekurang-kurangnya boleh bantu rakyat especially golongan muda yang bakal menjadi tunggak negara nanti. Minyak naik, barang semua naik. Kalau takde inisiatif mcm ni matilah kami yang bawah-bawah ni. Makin bertambahlah kadar kemiskinan. Kalau korang nak tahu, skim ni disasarkan untuk golongan muda yang berumur 35 tahun ke bawah dan bekerja di syarikat swasta. Pendapatan pula mestilah dibawah 3K sebulan. Haaa yang kerja kerajaan tak boleh yea. Korang dah banyak benefit kerajaan bagi. Loan senang je nak mohon kan. Hehe. And skim ni jugak almost semua bank dalam Malaysia ni mengambil bahagian. Wah wah wahh :)
Banyak yang aku nak tahu pasal skim ni. Ada tak sesape readers kat sini yang tahu lebih lanjut tentang skim ni? Please Miera nak tahu ni. Kalau korang tahu jangan la segan-segan komen kat post ni or tegur kat twitter or fb pn yea. Thanks! :)



Sedang aku berblogwalking tadi, aku jumpa sesuatu yang menarik perhatian. Segmen ni dibawakan fresh dari ladang oleh Enchik Tuan Rumah Bangku Kosong. Nak tahu kenapa aku cakap segmen ni menarik, korang boleh click gambar di atas atau click di link yg aku bagi.
Kenapa trafic itu penting bagi aku? Ape kepentingan trafic terhadap blog aku? Banyak kepentingannya. Trafic sebenarnya memang penting bukan saja bagi aku, malah bagi semua bloggers pon. Trafic lah yang menentukan kedudukan blog aku ni dalam dunia blogger. Trafic jugak dapat membantu aku menjana idea untuk lebih meng-post entry demi entry everyday. Memang ini blog personal aku. Tapi dalam dunia blogging ni salah satu faktor aku berasa puas bila blogging adalah dengan jumlah trafic yang meningkat. Dengan adanya trafic terutamanya unique visitor, blog aku akan lebih dikenali. Kalau takde orang datang, tak best jugak aku tulis menaip panjang lebar. Dok gitu? Hehe.
Selain tu jugak, dengan adanya trafic aku dengan para blogger lain boleh mencipta hubungan maya antara kami and share idea, isu semasa, pendapat and ape2 je yang boleh dikongsi. Aku jugak buat blog ni sebagai sumber sampingan aku. Aku menulis, adanya trafic and melalui trafic aku mendapat hasil. Seriously, aku always check aku punye trafic melalui Nuffnang. Bila tengok ada peningkatan jumlah trafic setiap hari, happy kot.
Tengok je gambar kat atas ni tapi aku tak dapat faham ape ape pon yang berkaitan. Ni hanya para doktor-doktor bertauliah kat luar sana yang boleh explain. Aku bukan doktor, aku bekas pelajar Secretarial sahaja. So semua ni langsung tak familiar dgn aku. Harap maklum. Hehe.
Im not perfect. Masalah gusi berdarah ni dah lama aku hadapi. Tak silap since sekolah lagi tapi masa tu tak teruk sangat. Tapi few years ago semakin teruk bila asyik gosok gigi je gusi WAJIB berdarah. Pernah jugak aku fikir nak pergi klinik check tapi biasalah, aku kecut perut sikit kalau nak main area area klinik atau hospital ni. Cuba suruh pegi shoping mall, lajuuuu je kaki melangkah. Haha. So aku just ignorekan pendarahan yang everyday aku alami ni. Ada jugak aku rajin-rajin makan buah tapi hangat-hangat tahi ayam. Kalau pergi market ada beli buah, makan la. Kalau tak beli, tak makan la. So there is no positive effect on this.
Antara faktor-faktor penyumbang berlakunya masalah gusi berdarah ni adalah cara menggosok gigi dengan terlalu kuat, menggunakan ubat gigi yang tidak sesuai, infeksi bakteria dan virus, tidak memiliki sel darah merah yang mencukupi, pengambilan minuman berkarbonat yang tinggi, pemakanan yang tidak sihat dan sebagainya. Wallaweh banyak jugak yang terkena kat batang hidung sendiri tu. Haha. Katakanlah, kita standard gosok gigi 2-3kali sehari. Tapi gosok gigi saje tak cukup. Dah kalau korang duk gosok gigi macam ape je kuatnye buat ape. And kalau gosok gigi kerap pn tapi still suka minum air bergas and makan makanan ringan pn same jugak. Bukan cakap korang la, aku ni ha ratu! Hahahhaha :P So macam mana nak mengatasi masalah ni??
Setelah meng-google dengan tekunnya akan hal ini, aku jumpa sedikit cara bagaimana nak mengatasi. Aduh ayat, takde skema lagi ke Miera? Haih. Antara cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi vitamin C dan juga makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi. Fungsi kalsium dapat membantu memperbaiki kerosakan gigi yang berlanjutan kerana kerosakan gigi. Korang jugak kena kurangkan pengambilan gula yang berlebihan. Kandungan gula yang tinggi dalam air bergas dan makanan ringan akan menyebabkan pendarahan yang lebih serious.
And untuk para perokok, stop smoking! Pengambilan tembakau dan tabiat merokok merupakan salah satu punca yang memburukkan lagi keadaan ini. And the last one, gunakan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai. Woot! Cara ni memang aku amalkan. Si Najat yang suggest aku tukar ubat gigi. She told me tak boleh pakai ubat gigi biasa, harus pakai ubat gigi yang khas untuk penjagaan gusi. So, aku tukar pakai ubat gigi Oral-B for teeth and gum care. Awesome! Memang dah takde prob ni sekarang lepas tukar pakai ubat gigi ni. Pemilihan ubat gigi yang sesuai jugak boleh membantu kita mengatasi masalah gusi berdarah ni selain cara menggosok gigi yang betul.
Ada banyak lagi sebenarnya cara utk mengatasi masalah gusi berdarah ni. Korang boleh laju-laju mintak tolong dengan Pakcik Google okey. Jangau risau, dia tak marah pon. Sebab tu gusi di atak berdarah *apa kaitannya?* Hehe.

Nah aku kasi senyuman nampak gigi ikhlas buat korang readers and followers yang baik hati sudi baca belog cikai aku ni. Thanks peeps! Much appreciated. xoxo :)

the halfway conversation.
See see! Eh boleh nampak tak ape yg aku print screen tu?
Okey dipendekkan cerita, dia tanya aku psl kawen la yang.
Hadoi. Penat nak menjawab the same answer.
Which is ' I tunggu you kawen dulu lah" ihik ;P
Then aku terfikir lah.
Flashback to the old time, which is about 6-7 years ago.
Im still so young. Still goes to school everyday. Wearing school uniform.
Meeting friends at school everyday. That was awesome u know!
No commitment at all. Nothing to take so serious.
Everything to think about is HOMEWORK HOMEWORK!
Betul atau tidak?
School-hood, takde sebarang tension nak terasa.
Melainkan tension dgn kerja sekolah yg berlambak.
Cikgu yang garang and suke denda orang.
Macam mana nak settle task yg cikgu bagi.
And one more thing should be on the list, boyfriend.
Yeah or no?
Kalau time skolah dulu, kalau boleh dapat bf hensom memang terer lah kn.
Nak nak lagi kalau si bf tu anak orang kaya, bijak and tak pernah couple.
Kira kita lah first love dia. First love lah sangat. haha
Then kekadang kalau yg malu-malu tu, tulis surat nak kenal.
Siap tulis lagi "Pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas".
Dah nampak sangat tu berharap. haha
Bila sidia pojaan hati reply surat tu, ayat bunga-bunga bagai.
Hati mulalah cair tak hingat. Pastu sengih sorang cm kerang busuk.
Pastu kecoh satu kelas satu skolah kau couple dgn budak tu.
Lepas tu lagi, kalau jumpa kawan-kawan, semua tanya pasal bf.
Lepas tu, dating kt skolah time rehat or time balik skolah.
Lepas tu bil telefon rumah melambung sebab duk bergayut je.
Sweet ke tak?
Dan sekarang back to the reality life as now on 2011.
Aku dgn tak rasminya dah pun mengjangkau umur 22tahun.
Umur yang aku rasa kalau time skolah dulu dah pk org tu matured lah.
Padahal matured atau tidak seseorang itu bukan terletak pd umur.
Tapi terletak pada tahap pemikiran seseorang itu.
Sokong atau bangkang?
Hala tuju hidup sekarang aku rasa utk satu impian je.
Masa depan dan cita-cita. *eh, itu dua la mek.*
For those yang still studying in uni or wherever, xsabar nak habis belajar.
And utk org cm aku ni, yang belajar tak hot sangat penat mencari kerja.
And memang tak kn lari kemana lah pasal satu issue ni.
Tak kira lah among friends ke, sedara mara ke, siapa ke.
Kalau jumpa je soalan yang biasa diajukan pasal kawen.
Kawen kawen kawen. Sampai dgn aku aku skali tye jugak. haha
Well, its a common thing i guess. During this age.
Im already 20 and above so aku selayaknya dah boleh kawen.
Kawan-kawan aku pon dah raaaaamai gilaa yg dah kawen.
Siap dah ada anak dah pun. Bestnye korang kan.
And ada jugak yg dah bertunang and akan kawen tak lama lagi.
Kalau org tanya pasal kawen, semua akan kaitkan dgn jodoh and seru.
Semestinya lah. Kalau tak sampai seru, jangan berangan lah.
Iye ke idak?
So, the main point yg aku nak sampaikan kt sini is :
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca kemerepekan aku ini.
p/s : sudahlah tu.jgn nanti smpai apa yg kita ckp tu terkena kt batang hidung sndri.malu nanti.renung renungkan dan selamat beramal! ;)