Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Kepala Pusing di Euro Fun Park, Terengganu




Wehuuuuuu.....Im back back back! Lama tak update. Selalu buat perangai skrg kan. Hiayak. Bukan ape. Kalau takde story nak diceritakan aku malas lah nak update dgn cerita2 yang mengarut. Bila ada cerita baru aku update. Maklumlah sejak sejak balik kampung ni jadi suri rumah berjaya pun ye, jadi anak dara tunggu orang masuk meminang pun ye gak. So takde benda buat la nak share kat korang. Hehe.


Kelmarin wedding kezen aku. Nanti aku share la yek. Gambar dgn aku tak banyak and tak lawa tu yang mood nk story pasal kawen dia tu jd kureng. Kalau gambar banyakkkk and lawo lawo lawo mmg balik je terus aku update. Hehe. Balik dari wedding kezen aku masuk bandar Ganu jap. Pegi Dataran Syahbandar serbu Euro Fun Park kat sana. Sempena cuti skolah kot. Pandai betul cari duit yep. Pergh ramai gilossss orang.




Seingat aku Euro Fun Park kat Terengganu ni dah masuk kali kedua dah buat kat sini. Memang fun fair terbaik dari ladang ah setakat ni. Besar gedabak tapak expo and games mmg best! Actually datang sini saje je melayan adik aku yang nak sangat datang. Tapi aku pun jadi sama naik dgn dia. Tak sabar sabar nak main satu satu tu. Well, i love games. Hikhik. :P


Abah bagi duit sikit jek nak habiskan main games dalam ni. Dah la kena share dgn adik aku. Benci ah. Nak buat keluar duit sendiri takde maklumlah dah jadi penganggur terhormat sekarang. Hehe. Main la setakat yang hado. Main 2-3 games je cz duit yang ciput and masa yang terhad. Duk dalam ni lama lama nanti ade yang kena bebel kat abah nanti kang. Huhu. Oh this games bukan dari Genting. Cz banyak yang takde kat Genting ada kat sini. Namanya pun Euro Fun Park so aku teka ni semua came from Europe kot? Haha pepandai jek meneka. :P




Benda alah gergasi ni namanya Challenger. Sekali pandang macam raksasa kaki 6 yang besau gedabak. Tahun lepas aku datang tak main pun benda ni. Takot sebab sambil dia berayun ke kiri kanan sambil dia pusing jugak. Tahun ni aku datang aku beranikan diri ajak adik aku naik. Fuhhh gayat nak mampos! Sikit punye tinggi dia naik and masa nak turun tu macam nak bunuh diri je rasa. Hui! Dah la masa tu tengah selsema and batuk pastu jerit2 pulak. Terbaik ah kan. Haha.


Few games lagi yang aku belum lepas nak naik. Ni ayat cabar diri sendiri ni tau. Aku memang penakot tapi aku suke cabaran gini. Jangn pandang i sebelah mata tau! Hehe. Next, Vortex and Top Gun aku nak try. Top Gun tu boleh lagi kot. Tapi Vortex (dalam gambar second yang tinggi macam jarun jam tu)???? Entah la cukup ke tak berani aku ni. Hehe. :P


Thursday, May 26, 2011

NR Sham Butik, macam macam hadooo


Helllooooo... Rutin seharian aku sekarang. Bangun pagi, mandi, makan pastu start enjin kete g butik umi. Takde la rutin sgt pun sebenarnye tp kalau rajin pergi la. Maklum la kat rumah xde orang. Aku je duk sensorang kat umah. Bosan boleh tahan la. Oh kepada yg belum tahu tu, my mom ada butik pakaian kat sini. Dah macam gedung pakaian pun ye gak. Hui banyak gilosss pilihan. Aku mmg tiap kali datang sini melepak meneman umi then ada la hasil aku bawak balik. Hikhik. That day dah boleh pau 3 pasang baju kurung. Nak pakai g few majlis nanti. Hehe.



Ada pilihan baju kurung siap banyakkkkk!



Choices of tudung siap yang banyak! Murah jek umi i tak cekik darah pun. Hehe.



Sekarang aku memang jarang dah hantar tailor jahit. Semua baju2 hangkut kat butik umi je. Lagi senang. Tudung pun boleh matching terus. Hiks :)




Kain pasang pun hado! Murah ke mahal ke semua hado. Bahagian depan2 tu kain sutera crip Terengganu. Aku suke sutera ni sebab tak berkedut sgt mcm sutera yang biasa2 tu. Harga? Kat KL rasanya about rm350. Sini jeng jeng jenggg! Hehe.



Banyak lagi barang lain ada.Umi aku ni memang kepala bisnes. Pantang nampak barang boleh buat duit terus dia rembat. Haiyak. Kain baju, kosmetik, perfume, tudung even baju lelaki pun ade! Haha. Nak tahu kena datang dulu kat butik umi NR Sham Butik. Cuci mata sampai mata tak kabur. Kalau beli banyak umi akan bg free gift, kadang2 bg kain free! Huhu. Raya tak lama dah ni. Kalau berkenan boleh contact me yah!

Wednesday, May 25, 2011

Misi menyiapkan hantaran pertunangan


Fuhhhhh....Lap peluh kejap. Baru dapat online hari ni. Sehari suntuk buat keje. Pagi teman umi pergi beli cincin, balik rumah kemas2 dapur, masak sikit sebab umi pesan suruh masak. Hehe. Then mengadap barang barang yang ditugaskan kepada aku. Barang hantaran!


Hikhik. That day aku post entry pasal persiapan pertunangan, ramai duk tanya aku ke yang nak bertunang. Ada jugak yang tegur kat facebook and ucap tahniah. Haha. Omaigadddddd...No no no. Don't judge me wrong. Its not me yang nak bertunang. Abang aku lah yang bakal bertunang. Hehe. Few of my friend ada yang tak caye bila aku deny bout this. Haha ape lah korang ni. Haish.





Sorry yea korang buat korang tertanya tanya je. Niat aku sje je nak bg korang suspen sikit. Hehe. Takde niat lain :) Aku just tolong buat hantaran dr pihak lelaki kepada pihak perempuan. Kira aku ni orang kanan abang aku la untuk majlis dia ni. Hehe. Upah nanti kire kemudian la. Harga adik beradik ape ada hal. Haha :P





Spot the red make-up bag itu yeah! Kenapa? Sebab aku nak korang percaya yang its not meeee yang nak bertunang. Its my brother la. Hehe. Kalau aku yang bertunang takkan aku nak bg set make-up untuk bf aku ye dok? Hehe.


Gambar2 tu masa dalam proses nak siapkan hantaran. Bersepah hall umah aku dengan barang2 ni semua. Sakit pinggang aku duk mengadap benda alah ni. Daripada siang sampai malam duk terbongkok bongkok buat benda ni semua. Sebab umi da bunyi suruh siapkan. Dia takot tak sempat la tu.


Buat punye buat akhirnye 70% dah siap. Tinggal lagi 1 dulang belum siap and benda2 kecik lain nak buat. Pergh cekap jugak aku buat. Haha perasan pulak. Yelah, baru first time cuba buat hantaran ni tau. Still ada masa untuk siapkan. Nak tengok hasilnye? Jadi ke dok hantaran yang aku buat? Nanti aku tunjuk okay. Tunggu entry berikutnya. :)


Monday, May 16, 2011

Persiapan hantaran pertunangan :)




Ting ting ting! Masanya dah hampir. Few weeks to go. Its someday in June yang aku nyatakan dalam entry yg lepas. Hiks. Beli membeli barang ni semua masa aku kt KL. Pergi ke Jalan Masjid India tu je dah macam-macam pilihan ade. Rambang mata weh. Kaki pun penat ya amat melangkah sebab ke hulu ke hilir mencari yang tercantik terbanyak pilihan. Hehe.





Tell you what, shopping barang-barang hantaran sendiri memang super best! Kenapa? Sebab kosnya yang tak setinggi kita menempah dgn org, kita boleh pilih sendiri design cmne kita nak, warna ape yg kita nak and semuanya bergantung pd kita sendiri. Aku memang pantang bab-bab ni. Memang jadi super duper aktif and excited lah. Heeee . Nasib baik encik bf pun sama naik tolong aku pilih itu pilih ini. Rupenye dia pun suka bab-bab ni! Hiks ;)




Tema warna green apple. Tak sabar nak tunggu June! Now hari hari duk buat sikit sikit hantaran and sangat teruja. Hehe :)



Saturday, April 23, 2011

I miss this baby girl, Ellysandra



Ohh baby baby baby ohhh..Hehe. Ah aku bukan demam Konsert Justin Bieber pun. I just miss this cute baby girl sooo much! Padahal baru tak sampai seminggu jumpa dah rindu. Ish. Lama gila tak balik kampung rupanya dah besar my Ellesandra nih. Dah boleh merangkak pun. Aaaa masa last main dgn dia dulu meniarap pun tak boleh lagi. Hish. Standardlah baby bila dah pandai merangkak memang nak membuas je kejenye. Kesana kemari. Berpeluh peluh badan gebu tu.

Guess what, she's getting clever and clever everyday. Eeee geram tau! Kalau bagi minum air masak tanak, demand nak air yang color color mcm air sirap ke, anggur ke. Kalau bg air masak ending dia ada dua je, kalau tak dia memang takkan minum air tu or dia minum tp pastu dia sembur balik. Haha. Then kalau dia nak makan something *actually mmg dia kuat mkn skrg*, terliur sesangat dia akan amek tgn sape2 suruh suapkan utk dia. Comel tau baby aunty ni.




Bila dia dah penat makan dah penat membuas, dia tido. Olololooo bucuk bucuk cayang ni. Geram geram aku nak bawak balik ke Kuantan hari tu. Kalau umi and mummy bagi kan bagus. Hehe. Tapi takpe lah tak lama dah aku nak balik Terengganu. Nanti boleh la main everyday dgn dia. Hiks. Meh aku share dgn korang video this baby girl Ellesandra. Tapi sila abaikan suara suara sumbang yang duk buat bising kat belakang tu yek. Hehe.



psssstttt.. i miss u baby girl. mmmmuah! :*


Monday, April 11, 2011

Nak jugak dia jadi Hilton..


Adik ohh adik. Gelak sesorang aku bila teringat kat adik laki aku yang sorang ni. Manja mengalahkan adik perempuan dgn aku. Pastu nak mengikut jejak langkah aku pulak dah. Haha. Ce baca nickname facebook dia tu. Cool huh? Hiks.


Few days before dia add aku dalam facebook awal-awal dia dah pesan kat aku. Memula tegur aku kat chatbox. Pesan siap siap "acik, kalau ada org nama Haziq Syah Hilton add acik nanti acik approve tau. Itu Ajik jugak. Ajik buat facebook baru". Aku tanya dia asal pulak mengada nak buat facebook baru and guna nama tu. Jawapan dia memang cool - "dah acik guna nama Hilton, Ajik kan adik acik. Kena guna nama sama la". Haha cool kan kan kan?? Adeh adik ohh adik. Nama abang-abang kau yang guna nama sebenar abah xnk pulak kau follow. Nama palsu rekaan semata mata ni jugak lah kau nak follow yea. Sabo je la.

Korang ada facebook account? Add lah me hokay! Tapi let me know first kalau x, xde mutual friend aku berat hati nak approve. Huuu peace yaw!


Monday, January 24, 2011

special post for today


HAPPY BIRTHDAY UMI!!
May God bless u always.
May all the happiness goes to u.
May all your wishes come true.
Thanks for raised me up all this time.
I love you umi! ♥

sorry umi acik tak sihat so xde idea nak menulis sgt.
baru lepas makan ubat batuk. dah cm nak lali la..hehe
a very simple post from your daughter.
to show i care and i do love u.always.
hugs and kisses. ;)

p/s : hadiah tunggu acik balik raya cina nanti yea.

Tuesday, November 23, 2010

aidiladha post

salam semua.
wehee aku da pulang kuantan.
betapa malas sbnrnye nk balik ktn.
tp atas sbb2 tertentu haruslaa balik kn ;)
how's ur raya haji?mesti best kan?
eh xlmbt sgt lg kn utk post psl aidiladha.
actually nk post few days ago da..
tp busy sgt la pulak.so here u go.today baru post
awak awak byk mkn daging?hehe
as for me, yupsss! heeee
oh paling2 best masa balik kg umi.
pksdare buat mkn2 sket.
sempena anak sulong dia Balqis dpt 5A UPSR.
wahh tahniah dik.. :)
so mksdare aku buat my-fav-all-the-time!
bihun sup daging.yummyyyyyyyy
sedap okey. and aku mkn byk.
tiap kali balik raya mmg tu la mknan killer dia yg aku mkn.
and tetibe jd muke xmalu mkn byk2 tmbh byk kali. :P
ahh pedulik ape.mksdare sndri je kot!hehe
ohh itu waktu tghri raya kedua.
petang raya kedua tu plak before balik.
gue sempat melahap nasi minyak mksdare gue yg sorg lg.
haiyaaa..manyakk sedapp woo..
well, blah umi mmg pndai msk kot.
sbb nenek aku pon dlu2 berniaga jual kuih.
maybe itu la sbb nye diaorg pndai masak.
tp malangnye aku x mewarisi sifat itu. isk isk :P
harusnye aku timbang berat skg.
tp xnak ah.mmg rasa mcm da naik badan je ni.
pp pon da bertambah2 chubby nye.
diet2! aha ckp sje xguna miera weh.aihh
okey lah kita hidangkan gambar2 xbpe nk cun ni utk awak tgk k.
raya haji tp xde pon pic lembu kena sembelih?haha.
suke hati laaa :P



Wednesday, October 27, 2010

luahan seorang anak

semalam abah call.this is the summary of conversation.

abah : acik, hari ni pos resume kt abah.guna pos laju.
aku : nak buat ape?abah nak ejas kerja ape?
abah : adalah abah nk ejas kerja kt sini.ngan Yb.
aku : hmmmmmm....nanti lah acik buat.
-end of conversation-

so ape yang aku rasa aku nakkkk sangat cakap kt abah sebenarnya tp x tercakap adalah :

"abah,org xnk bagi resume kt abah.orang xnak balik kerja kt sana.orang da kerja elok kt sini even gaji xtggi sgt.abah, org nak berdikari and org mampu berdikari.abah and umi cuba la paham boleh tak?org bukan buat ape2 yg x elok pun kt sini..org kerja and xde perubahan yg tak elok pun org buat kt sini.org ingt lg umi ngn abah.org xkan kecewakan umi ngn abah.abah, tolonglah.orang xnak balik sana..... :( bukan org xnk duk ngn umi ngn abah tp org just nak berdikari.BERDIKARI je abah.org tau org sorg je anak perempuan umi ngn abah.org tau kenapa abah ngn umi jaga org sangat sangat.org appreciate tu.tp utk kali ni je org nak mintakkk sgt sgt bagi org decide sendri hidup org.susah senang bangun jatuh org nak buat sendiri.pleaseee abah..pleaseee umi..let your daughter choose her own way for her future.pleasee..."

tapi tu semua dalam hati aku je.
and dalam blog ni je akan ada.
bukan dimulut aku.
i wish i am as tough as others.
thats all.thank you.

Saturday, October 16, 2010

ellysandra




oh iya.
kerana aku rindu ini budak.
makanya aku postkn pic budak ini disini.
kerana budak ini sangat comel.
sangat mampu buat aku geramm ramm ramm!
sangat buat aku rasa nk cubit.
dan mummy nya gewdik.
sebab bagi pakai top to toe pink.
which is my obsession.omaipink!very swett baby ♥
mmuah mmuah mmuah!



p/s : rompak pic2 sweet ini di feebee aunty nya ellyssa. :)

Saturday, September 4, 2010

keluarga last minute!

eeee...geram aku ngn anak branak aku ni.
apsal la sukee suruh aku buat keje last minute??
kesian aku weh terkejar2 nk buat semua keje.
hadoiiii...saborr je la... -__-'
ok cool miera..xde la mrh pon..
aku just gerammm je ngn adik bradik aku ni..
hari tu umi call..pesan nanti balik kena bawak adik aku g shoping.
alahaiii...nk shoping rye pon tggu aku ke??
no wonder lah slame ni ada sale ape2 pon aku yg start ajak pegi dlu.ish.
kelmarin umi call lg..suruh belikan dia kasut lg..
pdhl aku da beli da pon..nak lg tu.. *mak borek anak rintik*

then td umi call lg..suruh belikan baju utk adik aku yg f5.
aeee....ko ni fadhil boleh tahan....
esok aku da nk blik da weh!
mlm ni da la aku nk buat kuih raya lg.
bukak puasa dgn member2 lg before blik ganu.
suruh la aku buat keje2 last minute gtu byk2 kali.
mu tu da la CEREWETTT nak mampos.haish!

kalau aku xde keje len nk buat xpe la adik2 ku oiii...
mmg aku akan pegi shoping la utk korg..sbb aku ni kaki hbskn duit.
tp kakak mu ini ada byk hal nk setel before balik kampung tau.
sabar je la..nsb aku kakak yg baik tau.
kalau tak xde nye aku nk belikan ko dah.mengade!

Thursday, July 29, 2010

sebab umi dan abah

first..untuk ABAH.

abah, kenapa x tunai kan janji?
sampai sekarang acik tunggu.
x dapat2 lagi.
masa acik mintak ni acik betul2 memerlukan la tu.
kalau masa acik x mintak abah bagi je pulak.
sedih tau.. T_T

second..untuk UMI.

umi,kenapa call lepas tu marah acik?
bukan acik mintak duit nak buat bukan2 pun.
acik nak beli baju raya.acik dah berkenan sgt dah.
hari tu acik balik umi ckp kt kedai umi xde lg.
so acik kira tu mcm umi suruh acik beli sendiri je lah.
tak tahu pulak umi pn simpan baju raya utk acik.
tp x kn umi nak suruh acik cancel baju tu.
sedih tau.. T_T

third..untuk SEMUA.

jangan tanya2 kenapa.
dah sedih ni bila2 masa boleh menangis.
sbb jwb soalan2 semua.
bye.

Friday, July 16, 2010

kampung halaman :)

mood : orang kampung.
heheheheh..
iyelah now kt kampung.
mengaku orang kampung okay.
sy xlupe diri.
ingat asal usul.
heheheh..motif?
mcm pelik sesetengah org malu nk mengaku
dia made in village.
haish.pelik.
village lah best!
ni baru bgn tdo.dlm suasana hujan.
ohh bestnye..sejukkk byk pokok2..
heeee..rindu sgt situasi ni :)
owh okay td bertolak pukul8lbh.
jln xjem sgt so kul12lbh da smpai.
lbh krg 10menet lg nak smpai tu along kol tye kt mane.
smpt lg tipu dia ckp baru kt dungun.
hahahah..gle slow aku bwk?haish.
ohh sgt terharu okay dengan adik aku haziq tu.
baru je smpai beru je bukak pintu kereta baru nak melangkah
dia datang pggil aku manje2 and hug and kisses aku.heeee ♥
rindu ur sista ye my lil bro?hikhik..miss u too.
dia ni da byk kali kena mrh ngn umi aku lah.
sebab manje sgt ngn aku.peluk cium tu biasa lah bg kitaorg.
hahahah..ops.jgn jeles :p
umi ckp nanti kalau smpai besar mcmni len mcm org tgk.
ahaha..lantak lah!kami syg kami berdua.huhu
well sesampai je aku td ltk barang jap.
pegi tgk nenek aku jap.
then terus pegi umah abg asyraf aku.
pegi men dgn anak buah yg hei comel giler!
ellysandra.gerammmmm.haish
btw aku balik kali ni kena tido kt luar.*sigh!
sebab abah tgh renovate rumah.
haish.xpe lah.memahami gitu.
biar pn actualy rinduuu giloss kt bilik.
oklah nk pegi men ps dgn 'bf' aku tuh.
jgn sibok!chow dulu :)