Showing posts with label from the bottom of my heart. Show all posts
Showing posts with label from the bottom of my heart. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Sedihnya nak tinggal ni semua...


Assalamualaikum..


Isk isk sedih ni. Kejap lagi umi abah dah sampai. Nak bawak aku balik Terengganu. Sobs. Sedih and happy dua dua ada. Sedih sebab nak tinggal Kuantan, nak tinggal kawan-kawan kat sini. Happy sebab boleh balik jumpa family, dekat dgn family. Hmmm..


Tadi dapat sms from Najat. Say goodbye to me. Huwaaa sedihnyaaaaaa. Bergenang genang airmata nak reply sms dia tuh. Tak pernah sms sedih2 dgn dia kot. Isk. Semalam dah lepak dengan dia. Cuba jugak cari masa untuk jumpa dia before balik today. Even smlm ada dinner dgn ex-boss tp lepas tu straight pergi rumah dia. Jumpa dia, borak and peluk cium before balik. Sobs. Nanti aku mesti rindu ko beb.


ECM, Megamall, Benteng, TC, Tanjung Lumpur, Kuantan Parade, Terminal Bas Kuantan and bla bla bla i'll be missing semua tempat tuh. Najat, Aten, Yana, Kak Ayu, Ann, Fara, Ms.Chan, adik2 Najat and semua orang aku akan rindu korang wehhhh! Sobs.


Korang semua yang tak sempat jumpa before balik ni, aku mintak maaf kalau ada terkasar bahasa ke terguris hati ke apa. Nanti kalau korang kawen jemput aku! Hehe. Im sorry, goodbye.

Wednesday, March 30, 2011

Jodoh aturan keluarga


Jodoh diaturkan oleh ibubapa. Apa pendapat korang? Ada yang cakap sekarang dah takde style mcm tu tp sebenarnya cara tu masih ada and akan tetap ada. Bagus ke jodoh pilihan parents ni? Atau ada sebab disebaliknya?

Sememangnya parents mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Kalau boleh nak bakal suami anak mereka yang mampu menyenangkan hidup, memberi kemewahan, keselesaan hidup dan segalanya. Tipulah kalau kita sendiri taknak itu semua kan. Tapi biarlah semua tu dilatari dengan kasih sayang yang cukup jugak. Ada harta bertimbun pun tak semestinya menjanjikan kebahagiaan. Kenapa nak aturkan jodoh anak sedangkan dah tahu hati anak sudah ada yang empunya? Mungkin sebab pilihan mereka tu lebih elok di mata mereka. Lebih pandai menarik hati mereka berbanding yang lain. Aku tak tujukan entry ni utk sesiapa tapi just lately byk dgr cerita psl ni. Duk kat rumah pun kdg-kdg bercerita jgk psl ni. Takot okey.

Bayangkan orang yang kita tak pernah kenal, tak pernah tahu hati budi akan jadi teman hidup kita selamanya. Ape rasa? Bagi yang tak kisah tu takpelah, tapi bagi aku itu memang tak boleh nak dibayangkan. Memanglah orang cakap "bercinta lepas kawen pun boleh" tapi terkadang kita perlukan masa utk mengenali sesorang yang baru. Bukan main harung je semua yang datang. Bercinta lepas kawen itu bagus. Boleh jauhkan dosa tp aku fikir kalau kita tak dapat serasi dengan pasangan, apa guna jodoh yang diaturkan? Kalau lepas kawen bergaduh, tak sepakat, asyik dengan airmata je masa tu sape nak disalahkan? Adakah itu yang terbaik untuk anak?

Harta benda wang ringgit bukan segalanya. Semua tu tak boleh beli hati dan perasaan. Let say jodoh pilihan parents tu seorang Doktor, Lawyer etcs. Yes, pada sebutan jawatan memang best. Memang beruntung sape dapat. Bak kata orang "lepas kawen cuci kaki je masuk rumah". Hidup senang, mewah. Tapi kalau tak boleh serasi dan sependapat berguna ke harta tu semua? Hidup senang lenang, nak beli ape semua dapat. Tapi hari-hari bertengkar dengan suami, hari-hari suami asyik busy je. Best ke tu yea? Kalau dapat yg serasi baguslah, alhhamdulillah. Sedangkan yang bercinta bertahun pun tak semestinya serasi inikan pulak yang tiba-tiba duduk sebumbung makan semeja. Ya Allah, tak boleh bayang tu semua. Serious.

Parents tak seharusnya mendesak. Especially kalau anak tu still muda remaja. Bagilah diaorang enjoy zaman muda diaorang dulu. Nanti dah kawen, dah ada komitmen hidup anak-anak dah x sama macam sekarang. Dah ada suami, family, anak-anak sendiri pulak hidup mereka akan terbatas. Mungkin diaorang dah ready untuk ada komitmen, tapi bukan dengan orang yang mereka tak kenal. So biarkan diaorang bebas dulu enjoy dengan kawan-kawan sebaya. Tak lari gunung dikejar. Jodoh takkan kemana. Tuhan tu maha Adil.

Aku bukan ape kalau boleh hope parents bagi la peluang untuk anak-anak buat pilihan sendiri. Ini kan masa depan mereka. Janganlah jadi terlalu mengatur masa depan anak-anak. Betul parents lebih banyak makan garam tapi janganlah sampai mcm tu. Bagi aku jodoh pilihan parents ni tak best la. Bukan aku ckp semua pilihan parents tu memang akan tak bahagia bila kawen. No, dont get me wrong. Tapi kalau boleh biarlah anak tu sendiri pilih siapa yang mereka nak pilih utk berkongsi hidup melainkan anak tu sendiri yang bagi izin parents supaya carikan mereka jodoh, itu lainlah kan. Okey, bagi pilihan itu tak salah tapi jangan mendesak. End up anak tu lari dari rumah macam mana? Anak tu jugak yang salah? Renung-renungkan.





Aku pun menentang perjodohan ini. Please, lagu ini sedih. Saje nak layan. :)


Sunday, March 20, 2011

Jauh

Kamu jauh dan memang jauh.
Sungguh aku tak suka ini.
Andai jauh, dekatkan lah aku dihati.
Bukan jauh, dan semakin jauh dr fikiran.

Aku rindu kamu.
Andai tak rindu, tidak wujud mimpi.
Kamu datang seperti biasanya.
Menjemput dan kita keluar berduaan.
Mencipta memori bahagia.
Sungguh aku rindu kamu.

Andai jasad memang terpisah.
Ku terima itu realitinya.
Jauh itu fizikal. Jauh itu jasad.
Andai sudah jauh, khabarnya juga hilang.
Itu aku sedih. Memang sedih.
Bisa mengalir air jernih.
Hanya kerna jauh dari segalanya.

Jauh itu rindu, jauh itu pilu.
Harap sampainya khabar walau hanya sekeping sms.

5.00pm - 11.00 pm...dan masih menunggu.
Bye.

Thursday, November 4, 2010

kerana aku perempuan

aku seorang perempuan.
namun tak sama seperti yang lain.
aku tak sekuat yang lain.
aku tak sehebat yang lain.
aku perempuan lemah.
lemah selemah-lemahnya.

aku punya hati.
aku punya perasaan.
aku sama mcm perempuan lain.
hati cepat menangis.
perasaan cepat tersentuh.

kerana aku perempuan.
dan bukannya lelaki.
jiwa selembut sutera.
mudah dicarik.mudah dirobek.
seperti sebutir permata.
mungkin jua hanya kaca.
genggam sebaiknya.
jangan dibiar jatuh ke bumi.
kelak hancur tidak bercantum semula.

begitulah aku.
seribu pengharapan diberikan.
sejuta impian dipasang.
demi harapan nan satu.
impian itu menjadi indah.
mimpi itu sepertinya pasti.

sekali aku bangun.
aku mampu berdiri tegak.
berdiri demi suatu impian.
andai impian itu hilang.
aku pasti rebah menyembah bumi.
bersama impian yang terkubur.

aku lemah.
bisa jatuh tidak bertiang.
kecundang tanpa tujuan.

yang nyata.aku pasrah.

sekian.

Wednesday, October 27, 2010

luahan seorang anak

semalam abah call.this is the summary of conversation.

abah : acik, hari ni pos resume kt abah.guna pos laju.
aku : nak buat ape?abah nak ejas kerja ape?
abah : adalah abah nk ejas kerja kt sini.ngan Yb.
aku : hmmmmmm....nanti lah acik buat.
-end of conversation-

so ape yang aku rasa aku nakkkk sangat cakap kt abah sebenarnya tp x tercakap adalah :

"abah,org xnk bagi resume kt abah.orang xnak balik kerja kt sana.orang da kerja elok kt sini even gaji xtggi sgt.abah, org nak berdikari and org mampu berdikari.abah and umi cuba la paham boleh tak?org bukan buat ape2 yg x elok pun kt sini..org kerja and xde perubahan yg tak elok pun org buat kt sini.org ingt lg umi ngn abah.org xkan kecewakan umi ngn abah.abah, tolonglah.orang xnak balik sana..... :( bukan org xnk duk ngn umi ngn abah tp org just nak berdikari.BERDIKARI je abah.org tau org sorg je anak perempuan umi ngn abah.org tau kenapa abah ngn umi jaga org sangat sangat.org appreciate tu.tp utk kali ni je org nak mintakkk sgt sgt bagi org decide sendri hidup org.susah senang bangun jatuh org nak buat sendiri.pleaseee abah..pleaseee umi..let your daughter choose her own way for her future.pleasee..."

tapi tu semua dalam hati aku je.
and dalam blog ni je akan ada.
bukan dimulut aku.
i wish i am as tough as others.
thats all.thank you.

Sunday, October 10, 2010

awak....

awak,
sy kecewa bila awak mcm ni.
sy sedih bila tau semua ni.
sy hampa dengan apa yg awak dah buat.

awak,
sebab sy syg awak sy rasa sedih bila mcm ni.
sebab awak org penting sy rasa kecewa.

awak,
sy bukan siapa-siapa.
sy takde hak atas awak.
sy cuma insan biasa.

awak,
kalau awak tau kenapa sy rasa ni.
mungkin awak tau mcm mana syg sy kt awak.
kalau awak tau rasa syg sy tu.
mungkin awak takkan buat mcm tu.

awak,
sy x mintak lebih dr awak.
sy xmintak duit mahupun harta.
sy mintak satu je dr awak.
jadilah yg terbaik utk diri sendiri.
dan org lain yg berharap dgn awak.

awak,
sy sedih.
sy menanges.
sy kecewa.
tp sy takkan sesekali halang awak.
sebab sy takde hak utk buat itu.

take care.

Tuesday, September 14, 2010

karma

bercakap pasal karma.
maksudnye ape yg kita buat, someday kita akan dapat balik the same.
kita buat baik kt org, baik la kita dpt balasan.
jahat kita buat kt org, jahat jugak la blasan kita.
so thats called KARMA.what goes around comes around.
bukan nk bercakap mcm org bijak pandai sgt.
yelah aku mengaku aku diploma je pon..
bukan tinggi sgt blaja.tp psl ni aku rase skolah xhbs pon boleh pk.
kalau nk buat ape2 tu fikir la dulu ye..jgn ikut prasaan je..
aku post entry ni atas banyakk sebab.
banyakkk yang berlaku sekeliling aku skg melibatkan karma ni.
so aku jd slalu terfikir psl ni.sebab dan akibat dr sesuatu perbuatan.
tolonglah.kalau xsuke org mane2 pon tolonglah jgn buat jht kt org.
biarlah dia dgn hidop dia.jgn siksa dia.jgn lyn dia mcm xde prasaan.
sebab kita semua ni manusia.semua ade pertalian saudara.
masa kita muda sihat ni layan la semua org dgn baik..
sebab nanti kita akan tua..kita akan sakit..kita perlukan org len utk jaga kita.
masa tu kita tau la sape yg boleh diharapkan dan sebaliknya.
and masa tu if org yg penah dpt kejian,kutukan,makian kita yg jaga kita.how?
yg selama ni kita tatang bagai minyak yg penuh tu mane?mane diaorg pegi?
masa tu baru nk menyesal nk menangis semua lah.
memang..betul..sedangkan Nabi ampunkan umatnya..apatah lg kita manusia.
tapi sekali kita dah terluka, parut tu ttp akan ada utk selama-lamanye..
and for those yang rasa org len dah x perfect buat dia.....
tolonglah tinggalkan dia dgn baik..lepaskan dgn cara yg btul..
xperlu lah nk siksa org tu sampai mati ke..nak dera ke ape..
ape salah dia sampai mcm tu skali kita lyn dia?sedangkan binatang sygkn anaknye.
kalau zaman2 dulu apa yg kita on the dot dpt balasan tp skg tak.
sbb Allah s.w.t nak kita lebih berfikir betul ke slh ape yg kita buat tu..
kalau salah kita boleh betulkan..kalau betul boleh dijadikan contoh..
tp tu lah..kita slalu fikir diri kita paling sempurna..ape yg kita buat betul.
thats all..bkn nk ckp aku baik or whateverlah.
aku cuma meluahkan rasa kesal aku terhadap beberapa keadaan.
renung-renungkan dan selamat beramal!! hehe :)


p/s : dulu awak lyn saya xubah mcm binatang tp sekarang????fikirkan....

Monday, August 16, 2010

pengakuan

aku tak faham!
sangat sangat tak faham!
kenapa jd mcm ni eh??
kalau x mcm ni xboleh ke??
tp actually sukee mcm ni..
tp mcm susah lah jugak..
tp kadang2 xsusah sangat.
haha..mcm mane tuh?
faham tak?x faham kn??
same lah kite!

ok mood serius pulak.
awak.awak.encik hafiz izham.
kenapa buat sy mcm ni??
awak jampi jampi sy ke ape?
ke awak guna guna?
ke awak xguna ape2 pn?
awak xnk cuba bgtau sy ke?
isk isk.

kali ni.sy jatuh cinta dgn awak.
banyak kali jatuh.
baru nak bangun jatuh semule.
awak suke tolak sy.
bagi sy jatuh jatuh jatuh cinta kt awak.
sampai guling guling sy dibuat awak.
mcm cite hindustan lah rasa.
hari hari jatuh cinta.
sehari x jatuh cinta x boleh ke?
awak ni..bg sy PAUSE sekejap feeling ni boleh x??

awak, ape yg awak buat slalu je buat sy happy.
buat sy sengih sorg bila kita jauh.
gile ke ape sy ni??
kalau jumpe tu xsah kalau sy x gelak2.
kalau jumpe tu x sah klu xbuat sy bahagia.
klu jumpe tu x sah klu xbuat sy geram.
suke tau!buat lah lg.hari2 buat pn x mrh.

dimata sy awak paling hensem :)
dimata sy awak paling baik :)
dimata sy awak paling sweet :)
dimata sy awak paling melindungi :)
dimata sy awak paling membahagiakan :)
dimata sy awak paling memahami :)
dimata sy awak paling gentleman :)
dimata sy awak paling sempurna :)
dimata sy awak adalah segalanya ♥

dan sy nak awak tahu ni.
awak bukan shj dah amek hati sy.
tp awak da amek sluruh prasaan sy sepenuhnye.
kalau sy ckp sy cinta, prasaan tu awak da amek.
kalau sy ckp sy syg, pn awak da amek.
kalau sy ckp sy rindu, awak amek jugak.
kalau sy ckp sy suke, awak amek jugak.
kalau sy ckp sy sedih, pn awak amek jugak.

berapa lama dah kita kapel?sebulan lebih.BARU.
berapa lama dah kita kenal?dua tahun.BARU.
semua tu BARU je nak bermula.
tp sy brani nk ckp ni.
yg sy dah betul betul betul jatuh cinta.
awak jd diri awak.
awak bagi sy yg terbaik.
awak hormat sy.
awak lindung sy.
awak dengar sy.
awak faham sy.
dan atas sebab2 itu lah.
awak buat sy jd mcm ni.
jangan marah bila sy mcm ni sbb awak.


bila sy kata sy syg awak, BETUL.
bila sy kata sy cinta awak, BETUL..
bila sy kata sy rindu awak, BETUL..
thanks awak sebab awak pn rasa apa yg sy rasa.
mungkin dimata org awak biasa aje2.
tp bg sy tidak.
bg sy awak paling istimewa.
sy xnk rasa ni hilang walau sikittt pn.tanak.
sy nak rasa ni kekal dan bertambah sampai bila2.
rasa yg membuatkan sy bahagia.
rasa yg membuatkan sy resah.
awak dunia sy.
yang melindungi sy dr segala bencana yg ada.
sy syg awak.terlalu sayang. ♥



p/s : sy rindu awak banyakkkkkkk sangat sekarang.awak selalu tinggalkan sesuatu yg sweet dlm diri sy.utk sy ingt..utk sy fikir..dan utk sy rindu.. HAFIZ IZHAM :)

-I MISS YOU-

Friday, July 30, 2010

long distance relationship

dulu, sebelum ni.
aku selalu dengar org ckp.
kalau kapel jauh2 susah.
xbest, rindu, bahaya.
and jawapan aku masa tu....

"alaa..rindu la best..lg rindu lg best.bila dah jumpa boleh lps rindu smua trus.tp kn boleh call2 jugak.bergayut kt fon lama2.sms ke..ym ke..xpn klu nk tgk sgt 3G and webcam kn ada.yang penting setia kt kapel.senang je."

yes tu lah jwpn aku masa tu.
sbb aku pk kapel jauh n dekat sama je rasanye.
tp aku silap.sebab jauh dan dekat tu banyak sgt bezanya.
dulu aku xrasa kapel jauh2 tu mcm mana.
so boleh la ckp mcm phm je kn.
but skg aku dah rasa.okay serius xsuke.
bukan xsuke kapel tu tp xsuke perasaan ni.
bila jauh rindu sangat.
kalau dekat ckp je rindu on the dot boleh jumpe.
tp jauh2 mcm ni ckp beribu ribu kali boleh la.
jumpa memang xkn dpt.never slagi slh sorg xdtg jumpa.
ye ye motif post entry ni semata mata sbb rindu awak.
xreti dah nk ckp mcm mana. :(
call everyday.sms everytime.webcam everyday.
pun xkn dpt hilang kn rindu ni!tahu??
no korang xtahu.xde sape tahu.xde sape akan phm.
aku je tahu.aku je paham.sbb aku je yg rasa.
bye.

Thursday, July 29, 2010

sebab umi dan abah

first..untuk ABAH.

abah, kenapa x tunai kan janji?
sampai sekarang acik tunggu.
x dapat2 lagi.
masa acik mintak ni acik betul2 memerlukan la tu.
kalau masa acik x mintak abah bagi je pulak.
sedih tau.. T_T

second..untuk UMI.

umi,kenapa call lepas tu marah acik?
bukan acik mintak duit nak buat bukan2 pun.
acik nak beli baju raya.acik dah berkenan sgt dah.
hari tu acik balik umi ckp kt kedai umi xde lg.
so acik kira tu mcm umi suruh acik beli sendiri je lah.
tak tahu pulak umi pn simpan baju raya utk acik.
tp x kn umi nak suruh acik cancel baju tu.
sedih tau.. T_T

third..untuk SEMUA.

jangan tanya2 kenapa.
dah sedih ni bila2 masa boleh menangis.
sbb jwb soalan2 semua.
bye.

Saturday, July 24, 2010

sentap tp okay

suka dengan sentap tu sama ke ada beza ye?
tak tahu lah ade ke tak.kay nak ckp td keluar the girlsss
watching movie Sorcerer's Apprentice.
best gile cite ni even masuk 20menet late. :)
and juga rasa sentap atas sebab2 tertentu.
okay saya mengaku sy xreti ckp bila mengadap depan2.
tp sy boleh taip semua yg sy nak ckp perfectly.
so sy diamkan diri je and pendam je mcm biasa.
even dlm hati nak sgt tahu kenapa.
xpe lah awak sy mintak maaf kalau awak malu dgn sy.


p/s : mlm tu sy HIPOKRIT and rasa awak jauh dr sy.maaf awak.sy syg awak.(xtahan sy mampu menangis je)

Tuesday, June 1, 2010

--------

current mood x menentu.
kejap ok.
kejap x ok.
kejap happy.
kejap x happy.
kejap sedih.
kejap x sedih.
kejap ingat.
kejap x ingat.
Ya Allah!
Sudah lah dugaan ini.
Hati aku x pernah sekeras ini.
Tp bila aku keraskan hati mcm ni
kenapa rasa mcm masih lemah??
----
slalu rasa mcm nk menangis bila dgr lagu ST12 Jangan Pernah Berubah..Jahat sgt kah aku??i ada sebab knp i tggl kan u..maaf kan i u..i rasa i perlu pergi demi kebaikan u..demi masa dpn kita..nanti kalau u dah jumpa someone yg u syg u cinta u kasih ingt jgn treat girl tu mcm girl biasa ok..show her how much u love her..jgn nanti bila gurl tu dah give up baru u nak berusaha bersungguh2 utk tnjuk betapa u syg kt dia..jgn nanti bila peluang tu dah xde baru u nk rebut..jangan nanti bila syg tu dah pudar baru u nk corakkan dengan warna sebenar..jangan nanti bila dah hilang baru u cari..jgn buat mcm tu k..ye i mengaku berat hati i nk buat ape yg i sdg buat skg.tp i tekad dgn kptsn i..i nk u berubah..and org lain yg akan rasa perubahan u tu..bukan i..jgn berubah utk i..tp berubah lah utk diri u sndri n utk org yg bakal hadir dlm hidup u nanti..u jgn janji ape2 dah dgn i ok..syg ni still ada dlm hati i..still wujud..everyday i pass my life i rasa mcm lost something..tp i kuatkan semangat i..andai kata kita memang ada jodoh i xpernah menolak u..n andai kata u datang balik kt i satu hari nanti n jika masa tu i masih lg xjd isteri org, i terima u dgn hati terbuka..sbb masa tu i tau..u lah jodoh i.tp bukan sekarang..maafkan i dr hujung rambut smpai hujung kaki..halalkan ape yg pernah u buat n bg utk i..i halalkan segalanya jugak..setiap apa yg kita dah lalui selama ni, i simpan elok2..i xkn buang k..satu je i mintak dr u..klu syg tu masih ada syg lah i sbg kwn u k..thanks for everything..im happy selama dgn u..hari tu i ckp i x happy sbb i xnk u tanya i knp byk sgt..sorry..n for the last time i call u like this i nk ckp "b,syg rindu b..last jumpe hari tu syg rasa nk hug b n nangis2 in ur hug tp syg xmampu"
-bye-
teardrops,
miera

Saturday, May 29, 2010

erti sahabat

NAJAT NASIHA AWAK BUAT SY MENANGIS LAGI!
KENAPA BUAT JUGAK BILA JAUH2 PUN?
BIASA AWAK BUAT DPN2 SY TAU!
AWAK NANTI NK JUMPE AWAK LG.
NAK CAKAP BANYAK2 LG.
SY SAYANG AWAK SANGAT.
KAWAN TERBAIK PERNAH SY MILIKI.
THANKS AWAK
:)

dia && dia ~~rasa~~

aku rasa ini..
sesuatu yg org len xdpt rasa..
xmungkin.
perasaan ni susah.
terlalu susah.
aku takot.
andai kata pilih yg ini salah.
aku menyesal.
andai kata pilih yg itu salah.
aku menyesal.
aku susah nk buat keputusan.
sangat susah.
aku cakap "lets time decide it"
tp sampai bila waktu itu?
sampai aku terlepas ape yg sepatutnye aku ambil?
atau sampai aku hilang ape yg aku nk?
perasaan ini.
satu utk dia.
satu utk dia.
sakit utk dia.
manis utk dia.
marah utk dia.
suka utk dia.
knp perlu ada pilihan..
bila ia terlalu susah.
dia..sayang aku.sangat sangat.
ye aku pasti sbb aku dpt rasa.
cara dia cube utk x lepaskan aku.
tp payah utk aku teruskan.
aku dah cuba!
dan dia..sayang aku..sangat atau tidak?
aku x ada jawapan.
hati cakap sayang lah dia jugak.
tp diri sendiri x pasti.
sebab aku nak.
andai aku pilih dia atau dia.
biarlah dia yg aku pilih
jd yg terakhir.
dan biarlah jgn datang yg lain lagi.
aku dah penat utk memilih.
ohh hati.tenanglah!

Tuesday, May 4, 2010

-silent and empty-

i just read a statement.and it makes me feel like..-empty-
wonder how to speak out my feeling right now.
its kind of worst feeling after all..
and this is only what i can say..


"we really cant expect other peoples appreciate us like we did to them.its pain but we cant force them.some peoples thought that we are great, we are superb..but its nothing compare to one simple word from that one person.sometimes it can make us feel "wah,how precious i am"..and sometime it also can make us feel "hah?i am nothing??"..just like im walking alone in the crowd of peoples in the city with unstoppable cars and motors..survive for my own life to find my own happiness..nobody would know me.very real me."