Showing posts with label menu. Show all posts
Showing posts with label menu. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Farewell Dinner a.k.a entry last di Kuantan


Salam semua. Hurmmmm ni antara entry2 terakhir aku post di Kuantan. And maybe jugak entry yang last semasa aku di Kuantan. Lepas ni semua entry akan di post straight from Terengganu. Sobs. Berat hati nak tinggal Kuantan tapi apakan daya.


Aku dah resign secara rasminya nak dekat 3 minggu dah. Tapi atas sebab kesibukan melampau ex-boss aku tu so asyik asyik delay this farewell dinner. Last2 semalam jadi jugak lah. Bukan aku mintak hokay. Tapi diaorang yang nak belanja takkan nak tolak kan. Tak manis lah kata orang. Hehe. Terharu pun ada actually sebab setahu aku lah staff2 before aku tak pernah boss aku buat farewell dinner ape semua nih kalau dah resign. Aku jek yg dapat. Teheee thank you boss. You such a very kind boss. Tu sebab aku sayang nak resign hari tu. Isk.


So semalam we had a dinner at Cherating Steak House kat Jalan Beserah tu. Not bad makan kat sana. Harga up sikit lah dari other restaurant tp really worth your money coz portion dia besar hoi. Golek2 aku dgn Ms.Chan nak habiskan. Haha. Oh yups Mr.James ex-boss aku tak join cz dia ada appoinment dgn client. Tp totap dia yang bayarkan bill for the dinner. Hiks. Tenkiuuuuu :)



Our starter mushroom soup and garlic bread. Garlic bread dia sedap sebab very crispy. And mushroom soup dia sangat pekat. Memang sodapppp!



My all time fav grill chicken chop in blackpapper sauce. Pergi lah western food mana2 pun memang ini je aku akan order. Steak ke, lamb ke hape ke memang aku tak layan. Tekak say NO. Hehe. Grill chicken dia rangup pap pup pap. Memang kenyang. Tapi coleslaw and fries mcm other restaurant takde cz dia ganti dgn fresh vege.



Seafood spagetti. Pergh torrrbaikkkk. Portion dia besar kot boleh share sampai 2-3 orang untuk 1 hidangan. Dia letak udang, sotong, scallops and cherry tomato. Best!



Meet my super best officemate, Ms.Chan. Waaa dia sangat baik wooo. Just like my own sista dah kat office tu. Everything boleh share with her. :)



Ah ada jugak budak ni. Sesat ke ape. :P



Satu-satunya pic aku dgn Ms.Chan. Haha. Please percaya. Aku tak pernah bergambo bila pergi mana2 dgn dia. Oh soooo not me. Hehe.



Alhamdulillah kenyang. Thank you boss bayar bill! Hiks :P


Friday, April 29, 2011

Sate Zul Malay Town Kuantan






Salam semua. Now sambil duk mengadap tengok berita TV3 sambil online jugak. Check post blog ada yang draft belum dipost as entry rupanya. Sobs. Aku ni memang jenis suka peram buat habuk dulu kot. Jenis outdated pun ye jugak. Isk.


That day aku ngn housemates keluar memalam buta g makan. Hajatnya nak berkelah sambil melepak di Esplanade baru bukak kt Taman Gelora tp tetibe akak umah aku g tukar plan. Penat je aku peluh peluh bagai sambil bersiap sambil berkejar ke dapur nak goreng cucur. Semangat punye pasal. Haha.

Cancel nk berkelah, Satay Zul Malay Town pun jadilah. Nak ke Satay Zul Jalan Teluk Sisek malas ler pulak. Actually sana lagi best satay nye compare dgn kat Malay Town. Almaklumlah sana kan main yang dah lama bertapak. Ramai giloss orang. Korang yang tak pernah g sana nanti dtg Kuantan try ok? :)




Menu 1 : Bakso + Air Green Apple Kasturi



Menu 2 : Satay Ayam & Daging




muka dah macam hamster simpan makanan dalam mulut dah. tembamnye T_T



Ok dah. Itu je. Aku malas la pulak nk mengarang panjang panjang macam buat karangan sekolah. So untuk kali ni, biarkan gambar yang berbicara. Muahaha. Ok bai. Selamat meleleh air liur! Hikhik :P




Friday, March 18, 2011

Menu : Nasi Ayam Crowne Plaza di Tanah Putih


Assalamualaikum.

Salam Jumaat untuk semua. Dah Jumaat? Means today is the last day. Esok dah Sabtu. Sabtu encik bf dah balik KL semula dah. Isk isk. Pasrah pasrah. Okey lah takmo sedih sedih hari Jumaat cmni. Tak manis. Hehe.

Oh semalam mcm yang telah aku update dalam Facebook and Twitter, ada orang rajin nak masak nasi ayam. Nama dia Encik Hafiz Zain. Eh silap. Hafiz Izham merangkap pacar gue. Hehe. Tahu dah dia bosan lettew duk rumah lama xde buat keje. Lemau lemau. So pagi-pagi semalam aku bangun awal bersiap cepat-cepat. Tolong dia pegi beli ayam fresh kt kilang yg supply ayam-ayam ke market yang dekat dengan office aku ni. Harga murah la sikit dari tempat lain. Then dia hantar aku ke office and seterusnya jadi suami separuh masa pegi ke pasar beli sayur. Haha. Padan muke.

Aku mengaku aku tak hebat bab-bab memasak dan kerja-kerja dapur ni. Tapi masih belajar sedikit demi sedikit. Kalau setakat sardin and maggi tu memang hebat la. Yang lain cannot cannot. Makan sendiri boleh. Hehe. Woot! Seharian kot aku tak makan ape-ape. Breakfast nasi lemak je sikit. Semangat nak merasa nasi ayam air tangan "Chef" Crowne Plaza punye pasal. Dah tu hari-hari masak utk guest je, special guest ni nak jugak merasa kan. Since memula couple lagi aku duk mintak nak rasa dia masak tapi tak dapat-dapat. Kali ni dapat jugak tapi bkn aku yang suruh. Haha.



Nasi kurang terserlah warnanya disebabkan kekurangan planta, kata encik chef of the day.



Ayam yang direbus and dibakar. Yummeh!



Sup, sambal, kicap and sayur. Sambal tu sedap!


Overview. Ecewah :P

So semalam aku baham makan nasi ayam tu menambah sepinggan lagi. Tak boleh la nk tambah banyak-banyak pinggan. Malu la ai depan mamanya. Huhu. Sedap even ada sikit kurang kata mamanya. Tapi kt mulut aku ok je. Hehe. Yelah encik bf awal-awal lagi dah cakap kt aku nasi ayam tu bukan sepenuhnya dia buat. Mama pun tolong buat jugak. So thats why lain sikit. Kalau dia yang buat sepenuhnya, dia akan buat guna resepi yang biasa dia buat kt hotel. Nevermind la, janji sedap and kenyang dimakan. Hehe. Oh, sambal yang dia buat tu aku suke. Aku memang tak tahan kalau makan nasi ayam and sambal rasa masam-masam pedas. Wallaweh kecurrr air liur!


The co-chef of the day. Chef Iz


The chef of the day.
*awak, awak still hutang kita spagetti bolognese tau! ;P *



p/s : Satu-satunya 'breakfast' yang memberi anda duit. Mixfm breakfast show.