Showing posts with label bestfren forever. Show all posts
Showing posts with label bestfren forever. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Ramadhan, Business & Me

Bismillah..............

Salam Ramadhan. Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah kepada semua readers AH yang beragama Islam. Puasa ketiga dapat petunjuk untuk terus berblogging. Hihi T_T

Its been a looooooooooong time since my last post. Hampir setahun. Baru ingat nak sambut anniversary meraikan setahun tanpa blog. Tak jadi la pulek. Huhu. Insyaallah kali ni miera try sedaya upaya segigih mungkin untuk keep update blog hampeh ni. Even maybe tak boleh macam dulu which is everyday ada je post, maybe sebulan sekali cukuplah kot? Insyaallah, I'll try my bestest. Hihi.

Okay perkembangan terbaru *retis sangat ayatnyeeeeee* badan yes kejap kembang kejap kuncup. Depend on pemakanan dan gaya hidup. Cewahhh. Huhu. Btw now miera quit busy dengan kerja tetap and my bridal service job called The Khawen which is provide perkhidmatan untuk mengubah hantaran, hand bouquet, doorgift and anything about wedding. Besides, kalau untuk event selain wedding/engagement pun we accept. Business ni some kind of BFF Business jugak sebab the founder of TK ni adalah me, Syera and Najat. Insyaallah this friendship will remain till forever. Amin...........

Another thing, sangat busy dengan persiapan majlis diri sendiri. I will be engaged soon. Woot woot!! Mulanya tak nak reveal pasal ni and thats why tak update blog pun. Kalau update cemni la jadinya. Habis rahsia terbongkar. Kikiki. Tapi takpe lah sharing is caring. Hihi. Hampir 80% persiapan majlis miera buat sendiri and also dengan kerjasama The Khawen as well. Serious, kerja kawen such a very interesting job to do. Oh i fall in love babeh. Kalau boleh nak buat 100% sendiri tapi atas sebab tertentu tak boleh. Huhu. Later will be sharing tips and persiapan menjelang my e-day ok. 

And after raya, i will come up with my clothing business again. Me just cant escape from doing business. Thats what we call passion, perhaps. Nantikan kemunculannya okay? Pwomish me? Hihi 

Till then, darlings!


Tuesday, June 28, 2011

Pulut Pauh with the bestie


Ape punye pelik perangai aku ni. Time hari puasa ni la rajin nak update blog. Update pulak pasal makanan. Memang sengaja nak test iman la ni. Kalau tak tahan, menjawab la sendiri. Huhu.



Haaa ni la dia Pulut Pauh yaw! Sodappppp tp kawan aku yang dah biasa makan cakap ada yg lagi sedap. Entah la tu pengalaman pertama kot aku rembat pulut pauh ni. Cz makanan ni takde kat ganu apatah lagi kuantan. Hehe. Kalau nak makan kena berjalan jauhh sampai ke kelantan ni haa belah-belah Rantau Panjang. Ni pun dapat try masa pergi bestie aku kawen that day kat Rantau Panjang. Terus panjang kaki berjalan ke sempadan Golok. Haha :P




Senyum lebar dapat try makanan baru. Huhu. Pulut pauh ni mcm pulut-pulut lain jugak cara hidangan dia. The same way with pulut durian jugak. Ada pulut and pauh (mangga) kat sebelah. Kalau letak pauh manis memang lagi sedap! Masa sampai je order kitaong aku da kecur air liur tp buat relaks sudah. Haha. Kalau kurang manis, tambah ajo gula jadi la manis.




Thanks Yus sebab beriye nak perkenalkan aku dgn pulut pauh ni. Hikhik. Boleh jadi tourist guide la kau. Macam-macam tahu. Huhu. Eh chop, aku sempat jugak hangkut memborong barang kat Rantau Panjang ni. Nasib baik terlepas Kastam check! Hiks :P

Friday, May 20, 2011

Sedihnya nak tinggal ni semua...


Assalamualaikum..


Isk isk sedih ni. Kejap lagi umi abah dah sampai. Nak bawak aku balik Terengganu. Sobs. Sedih and happy dua dua ada. Sedih sebab nak tinggal Kuantan, nak tinggal kawan-kawan kat sini. Happy sebab boleh balik jumpa family, dekat dgn family. Hmmm..


Tadi dapat sms from Najat. Say goodbye to me. Huwaaa sedihnyaaaaaa. Bergenang genang airmata nak reply sms dia tuh. Tak pernah sms sedih2 dgn dia kot. Isk. Semalam dah lepak dengan dia. Cuba jugak cari masa untuk jumpa dia before balik today. Even smlm ada dinner dgn ex-boss tp lepas tu straight pergi rumah dia. Jumpa dia, borak and peluk cium before balik. Sobs. Nanti aku mesti rindu ko beb.


ECM, Megamall, Benteng, TC, Tanjung Lumpur, Kuantan Parade, Terminal Bas Kuantan and bla bla bla i'll be missing semua tempat tuh. Najat, Aten, Yana, Kak Ayu, Ann, Fara, Ms.Chan, adik2 Najat and semua orang aku akan rindu korang wehhhh! Sobs.


Korang semua yang tak sempat jumpa before balik ni, aku mintak maaf kalau ada terkasar bahasa ke terguris hati ke apa. Nanti kalau korang kawen jemput aku! Hehe. Im sorry, goodbye.

Wednesday, May 18, 2011

Baby Day Out!



Ini kisah semalam ye kawan-kawan. Sebab tu semalam Amiera Hilton ni takde entry. Sebab sebab sebab Amiera Hilton bekerja dan menjaga baby. Babysitter lah konon kononnya. Hehe. Aku keluar dengan si scandal ku Najat for sure and skali dgn Aten. Its been a long time jugaklah aku tak jumpa aten since her befday aritu. Boleh tahan vasss sekarang. Sape nak ngorat silakan! Hehe :P





Haaa kan dah cakap aku jadi babysitter semalam. Ni anak buah si Najat dia bawak keluar sekali. Sorang lagi tinggal kat rumah maklumlah anak buah dia twins so tak kuasa kami yang single mingle ni nak bawak dua2. Jatuhlah market oii! Haha. Fine aku tak single. Diaorang je. Chit. :P





Baby Mukriz ni folow kitaorang ke hulu ke hilir. Mujur tak bawak ke shoping mall jek. Malaslah ke shopping mall takde mood nak bershoping mopping. Baik pergi amek angin makan makan sudeh. We went to Taman Gelora pekena karipap panas yang torrrrbaik and popia. Sebelah gerai karipap panas tu adalah gerai fav encik bf yang gilakan hotdog goreng tepung makcik tu. Memang sedap pun. Kteorang makan kenyang2 mestilah Mukriz pun lapo jugak. Si mommy nya bagi ler susu kat dia. Kang menangis gelabah sorang sorang. Haha.





Tup tup dapat je susu dah terus tido budak ni. Very the good baby boy. Hehe. Panas duk Taman Gelora kteorang beransur pula ke TC. Amek angin pantai pulak. Lenaaaaaa tido baby Mukriz ni. Oh ada kisah masa sampai TC semalam. That time aku and Aten dah keluar dari kereta kat carpark TC. Menunggu Najat keluarkan stroller from bonet. Lambat then nampak few guys berjalan datang ke carpark...


Me : Ada lelaki ah. Nasib baik kau pegang Mukriz.
Aten : Mane?
Me : Tuu *mata menjeling kat mamat2 tu* Habis la Aten market kau. Haha :P
Aten : Weh mommy nye cepatlah sikit!
Me : Hahahahahhaha!!!


Sengal Aten! Siap jerit kuat2 nak bagi those guys tu noticed yang baby yg dia pegang tu bukan anak dia. OMG. Nak pegang baby tapi market nak jaga je memanjang. Hahahah. :P



i love you cutey baby boy! mmmuah!!



p/s : gurls, i'll be missing u a lotssssss.


Lots of story to share, to laugh. Eh eh lepas ni susah da nak jumpa korang. Uwaaaaa actually keluar semalam sebab lama tak jumpa and sempena aku dah nak balik Terengganu. Isk. Sedihhh :'(


Sunday, May 15, 2011

Si comot dan si gendut


Lama tak jumpa si Najat Nasiha. Rindu pulak rasa. Hiks. Baru baru ni jumpa dia. A date with her, my scandal. Hehe. Ingatkan nak tengok wayang movie Kongsi Lu Langsi Lu Mati tu. Tapi lahai tengok orang beratur sikit punya panjang. Itu belum lagi yang bersepah tengah menunggu nak masuk wayang. Cancelled and we're going to eat eat eat! Hehe :)



Black Canyon Restaurant, ECM



my scandalousssss si gendut dut dut. hiks





Kitaorang makan itu je kot. Percaya tak? Sila percaya akan pembohongan terbesar ini. Haha. Takde maknanya nak makan itu je. Actually makanan lain lupa nak snap sebab sampai je terus ngap ngap ngap! Tengok that roll je lah. Baruuuu je sampai aku dah snap should be ada 6 rolls semua. Tapi dah hilang satu si NN cepat ngap ngap ngap!





After perut dah kenyang si NN bunyi "rasa nak test suara ah. lama x pegang mic". Teheeee..Ape lagi ke Xanax lah kami berkaroks berdating berdua duaan. Kalau ramai lagi meriah konsert kami ni rasanya. And and and cube tengok aku in the pic above. Kemain lagi karoks sambil bersila. Artis pro pun tak leh buat gitu. Haha. Well, tabiat aku actually suka duduk bersila :P


Friday, April 15, 2011

hantu kak limah balik rumah cara kami.





Hahahaha. Comel kan hantu kak limah aku? Lagi comel dari hantu kak limah yg original. Haha. Memperkenalkan antara housemate aku. Hantu kak limah senior belah kanan adalah Kak Ayu and hantu kak limah junior yang belah kiri tu namanya Ann. Diaorg ni takde keje memalam bute duk ajak aku main tepung. Aku join je lah. Merangkak rangkak menyorok tepi kereta pun sanggup janji plan berjalan dengan lancar. Haha





Yang kat atas ni aku memperkenalkan the Tok Dalang and Mak Dalang. Rancangan asal direka sendiri oleh Tok Dalang yang tak berpuas hati sebab masa befday dia dulu dia terkena perkara sama jugak. Bermandi manda di TC dengan tepung dan telur dan cake. Ohh indahnyee.. Haha. Aku? Aku tak tahu menahu pasal rancangan ni. Last minit lepas keluar dah masuk rumah si Mak Dalang Ann ni bagitahu aku diaorang nak kena kan Kak Ayu that night. Aku pun join aje lah. Benda best. Hehe.





Rancangan telah dijalankan dengan jayanya di depan rumah kami. Tak perlu pergi mana mana. Cumanya perlakuan terhad bila buat kat rumah sebab dah tengah malam orang semua dah berdengkur tido. So kalau gelak tak boleh gelak kuat kuat. Kalau nak marah pun tak boleh jerit kuat kuat. Kalau kuat sikit volume suara memasing akan kuar lah bunyi "syuhhh". Haha itu amaran utk senyap yea.



Last sekali again, happy befday Kak Ayu! Semoga panjang umur, murah rezeki dan dipercepatkan jodoh dengan tunang yea. Nanti kawen jangan lupa jemput Miera even Miera dah tak stay Kuantan. Hehe. And and and....lu kena beb! Haha. Peace yaw ;)


Wednesday, April 13, 2011

Lagi masa berpoya poya sebelum berpisah.

Hari baru dan mood baru. Mari kita lupakan pasal entry ticket free yang hiba itu dan beralih lah kepada hidup normal kehidupan seharian. Tentang hari-hari yang dilalui sepanjang berada di Kuantan. Tentang indahnya berada di tempat orang. Isk ape merepek ni.




Sekali lagi aku habiskan hujung minggu dengan yang tersayang my dear bff Najat Nasiha. Ni dah kira antara hari-hari last aku kat Kuantan ni. Lepas ni aku dah nak blah balik Terengganu so dah payah nak jumpa keluar berpoya poya bersama. Kali ni aku remind kan dia awal2 keluar pukul3 dah siap bukan pukul3 baru nak bersiap. Cz she's a Nona girl FYI. Haha. Suke sangat Nona tu. Aku melayan jugak Nona tp kadang-kadang je. Kalau dah ada plan takde lah nk mengadap sampai habis.



First thing first kteorang nak makan western actually. Tekak ni dah mengidam ngidam nak ciken cop yg terbaik. This thing korang should know why i loveeeeee sangat sangat keluar dengan si Najat ni. Sebab dia kuat makan. So aku follow jek makan kt mana-mana tempat dia nak. Tapi aku tasuke bila dia dah kenyang. Dia jadi pemalas mcm ular sawa. Aku suruh bg cadangan tempat mana nk makan pn dia xdek idea. Isk!



Artis baru nak naik. Hek kau! :P



Bakal ganti ranking Rossa and KD. haha


Lepak Coffee Street kejap cuci mata then kitaorang ke Megamall. Lama tak jejak kaki dah lain sikit rupenye. Isk. Sampai sana pandang bawah dulu "oh ada booth jual shawls and baju la kat bawah". Turunnn lah kami. Sempat la hangkut 2helai shawls murah. Hiks. Then naik balik pegi serang karaoke di Apple K Megamall. Si Najat la bising sangat nk test suara dia kat sini cz kteorang tak pernah karok lagi kat sini. Saje lah nk mencube. Dia punye rate sini aku pening. Sumpah aku pening! Kteorang ckp nak charge per hour tp dikiranya per person. Dah tu? Tak faham ah!



Takpe lah dalam tak faham pun nyanyi je lah dah org bagi mic ye dok. Hiks. Kering tekak tekak duk buat konsert dalam bilik tu 2 jam. Habis dari lagu omputih sampai ke lagu nasyid In-Team kteorang belasah. Haha. Kalaulah buat video time nyanyi lagu nasyid tu kan best. Haha.


Tapi yang tak best kat Apple K ni dia punye sistem. Bukan sound sistem tp sistem yg control timing ke ape ntah. Asyik asyik aku tengah syok syok nyanyi tengah tarik note tertinggi dah music senyap! Nak kondem aku ke ape. Rupenye sistem dia auto restart. Fffft! Kalau sekali takpe lah. Ni dalam dua jam 3-4 kali kau nak restart memang takdelah aku nk dtg dah lepas ni. Huh. Kalau lah ada disediakan peti cadangan memang aku bg cadangan kaw kaw punyeee..! Hiks.


Tuesday, April 5, 2011

My Sunday Just Go With It



Ehem. Weekend lepas aku bangun agak awal. Siapkan kerja, kemas bilik, basuh baju sebaldi, lipat baju-baju semua and ok dah bosan tak tahu nak buat ape dah. Nak keluar tapi tak tahu nak ajak sape. Then try sms my bff Najat kot kot lah dia free kan. Sms berbunyi "beb, bosan ah. jom keluar". Haha ayat simple and straight to the point. Then she replied "pukul brape?". Hoyeah itu green light ye puan-puan. So aku keluarlah berdua-duaan dengannya pada hari Ahad yg lepas.


Motif keluar?? Takde motif. Serious takde motif. Ingatkan nak shopping tapi bila bukak purse, alahai cukup-cukup nak beli sardin je ni satu tin. Hiks. So aku tak shopping. Sebaliknya Najat shoping sandal sepasang. Oh myyy sandal tu lawa gile kot. Merah pulak tu. Kaki pulak gebu. Haha. Then pegi makan kejap kat Noodle Station. Gosh! Aku makan seafod basket yang ciput tu je pun dengan air lime ape ntah kena bayor RM30. Ok makin pokai dah ni. Kalau tahu aku makan McD je. Haha. Then berlari lari anak lah kami untuk masuk wayang. Tiket dah beli before that lagi okay.


Nak tahu kisah disebalik pembelian tiket wayang tak? Meh aku kasi tahu sikit. This happened masa kat kaunter tiket. Dah confirmed nak tengok movie apa, pukul berape, berape orang and seat mana so kteorang bayar lah kan. Aku tak tahu samada aku yang relaks terlebih atau si Najat yang over excited that time. Mentang-mentang kaunter takde cermin penghadang, suke-suke hati dia je nak tarik sendiri tiket yang keluar tu. Haha. Nak tanya korang sikit, selama korang tengok wayang pernah ke korang amek tiket yang kuar dr machine tu sendiri? Tak pernah kan kan kan? Haha. Aduhh..malu malu. Nasib baik takde org perasan.


Kteorang tengok movie Just Go With It lakonan Adam Sandler and Jennifer Anniston. Best habis movie ni. Kelakar kau! Tapi a bit 18SX lah sebab banyak part-part yang pelakon perempuan seksi nak mamp! Hadoii..Dah la seat kteorang diapit oleh lelaki-lelaki. Oh myy.. Malu rasa bila masa part-part menyeksi nyeksa ni. Movie ni actually pasal sorang lelaki ni. He's fall in love kat sorang perempuan muda jelita. Tapi jadi kantoi bila perempuan yg dia suka tu jumpe cincin kawen dalam poket seluar lelaki ni after diaorng berasmaradana. Fffftt! So nak buktikan bahawanya dia single so dia suruh pembantu dia berlakon jadi bekas isteri. Then, seterusnya after lakonan tu mcm-mcm lah yg jadi. Kalau korang nak tahu and nak gelak dalam wayang tu, sila beratur pegi beli tiket ok.


Bagi aku tak rugi la beli tiket untuk movie ni. Tapi korang kalau nak pergi tengok movie ni aku nasihatkan pergi dengan geng-geng perempuan korang. Jangan ajak bf. No no no. Nanti sedap sedap dia cuci mata kang dalam wayang tu. Haha. Aku nasihatkan je. Kalau korang nak bawak jugak takde hal pun. Takde tulis pun untuk movie tu "no boys allowed". Haha.


Monday, April 4, 2011

Ella's E-day Indoor Photoshoot (Part II)



Hello! Ok entry ni tak nak cakap banyak. Nak tunjuk gambar je banyak-banyak. Kalau yang belum tengok gambar-gambar dalam entry sebelum ni boleh click sini untuk tengok gambar-gambar lepas dan kat sini jugak. So hari ni macam yang aku cakap dalam Part I punye entry dah dalam bilik, so entry ni depan pelamin lah pulak ea.



aduh muke serabai nye -.-'



terasa diri seperti model disitu yea. huu :P






ok ini nak main baling bunge. satu dua...





TIGA!!!!!



ergh muka eksaited melampau. nampak sgt nak follow jejak Ella. tehee :p





us.



Indoor photoshoot - DONE-

Thanks for viewing.

xoxo :)

Wednesday, March 30, 2011

Ella's E-day Indoor Photoshoot (Part I)


Cei cei cei. Tajuk entry taknak hot lagi tu. Indoor photoshoot gituw. Eh eh tapi memang indoor pon. Dalam rumah maknanya indoor lah kan? Maknanya gambar-gambar ni semua memang layak digelar indoor photoshoot lah kan? Hehe. Gambar sikit punye banyak, dua entry pun belum tentu cukup lagi tau! Battery Coolpix Cik Intan manis tu siap empty lagi gara-gara sifat camwhore kami yang berangan nak jadi model sambilan. Haha.


Sudah-sudah, aku tak nak merepek panjang-panjang. Aku tahu korang malas nak baca. So korang tengok je lah gambar-gambar indoor photoshoot kami ni yeah? Yups, kami model. Tapi untuk photoshoot ni je lah. Maklumlah takde orang sudi panggil. Sobsob. Hehe. Oh the photographer is E'ein. Dia pemalu tasuke masuk gambar. Suke tolong amek gambar layan kerenah kteorang je. Hikhik. Disebabkan kesedikitan gambar and aku tak nak korang boring scroll tak sudah-sudah sampai bawah, makanya aku buat entry ni ber-part-part yeah. Ni part one which is bahagian dalam bilik je. Next part adalah depan pelamin pulak. Hikhik.




friendship forevah and evah babeh!





haruslah gewdik ;P




Ella ni taknak lepas pun bunge dia tuh. haih -.-'



time ni tengah korek rahsia besau Ella. tanya hantaran woot woot!







And disini aku nak perkenalkan korang kepada ratu segala ratu drama kami.

Jeng jeng jeng......

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....



alah dah penat nak enter dot dot dot. enter dot dot dot.

nak tahu siapa?






cei cei cei malu konon. siapa ni????






tadaa! she's my bestie evah! Najat Nasiha! Huhu



To be continue for the next part : bertenggek di pelamin. Haha. Nantikan ok? xoxo :)

Monday, March 28, 2011

Majlis Pertunangan Suhaila & Hamdan


Sabtu lepas aku, Najat, Ain and E'ein pergi terjah Jengka ramai-ramai. Ada event penting yang wajib dihadiri. Its Ella's enggagement day woot woot! Gosh. Aku terkejut kot masa Ella jemput ajak datang dia bertunang hari tu. Takde angin takde ribut duk diam je diaorang kat sana tetibe dah nak bertunang. And yes aku super duper excited to know this very gooood news. Ramai-ramai geng kteorang dia yang first kot. Dulu kteorang slalu cakap nanti nak tengok sape antara kteorang yang kawen dulu. Rupenye Ella first. Kecik-kecik cili padi you! Hehe.


Actually aku kerja half day that day. Penat tak penat pun aku redah jugak nak jugak pergi dia punye pertunangan. Satu geng kot, tak pergi tak syiok kan? Hehe. So aku pergi lepas balik kerja naik satu kete dgn Najat. Ain and E'en naik satu kete lagi asing. Najat drive so aku boleh relaks krohh and potpetpotpet je tak payah fokus. Hehe. Kteorang ikut hiway so makan masa 2jam from Kuantan ke Jengka. Kalau jalan biasa for sure lah lagi lama kan. Standardlah tu.


Sampai-sampai sana dah ter-miss jalan nak masuk ke rumah Ella. E'ein punye psl la ni. Hikhik. Then kteorang pusing balik masuk jalan ke rumah dia. Confident je park kete kat banyak-banyak kete lain park jugak. Touch-up sikit then confident lagik turun kete. Jalan kemain lagi melenggang. Sekali ada sorang kakak tu tegur "dik, kat sana khemah jamuan je. rumah pengantin kat sana tu". Ok kteorang blurr. Pengantin?? Kteorang dah pelik. Amboi kau Ella meriah sakan buat dah gaye orang kawen je ni. Tak sedap hati. Aku call Ella. Silap majlis daaaa.. Muahahahah. Malunyeee. Nasib baik tak masuk rumah lagi kalau tak boleh tahan tebal muka. Haha


At last kteorang sampai jugak rumah Ella. Cik Intan dah berdiri kat luar rumah sambil buat muke. Sorry la makcik! Hehe. Tapi Intan still maintain macam dulu. Lawa tak hingat! Jeles aku. Sampai je peluk-peluk sambil muka excited tu haruslah ada kan? Hehe. Lama tak jumpa kot! Then serbu bilik bakal tunang orang. Ambik kau sekali jumpa dah cm x gaye bilik orang nk bertunang dah. Gelak kuat-kuat sampai orang tegur suruh senyap. Ngeheeee :P Meh aku tunjuk sikit gambar sekitar majlis berlangsung.



hantaran kedua-dua belah pihak





pelamin yg simple tp cantik




berseri-seri muka




cium tangan bakal mak mentua tu kuat-kuat yea Ella.




Ella & Hamdan. malu-malu pulak haih



Cantik kan Ella?? Sape cakap tak cantek dia jeles letew! Tuannye kecik je, kulit putih memang kena la dengan si lelaki. Hansomm, baik. Bak pinang dibelah sepuloh la kata orang. Hehe. Masa kteorang tengah makan, datang sorang makcik bertempek kat meja kteorang. Peramah kot makcik tu. Suke bebenor kat Ella ni siap amek gambar cium-cium pipi Ella kot. Hehe. Dia cakap "untung sape yang dpt Ella. dah la cantek, pandai masak, peramah, baik. makcik dulu nak jugak kenenkan dia dgn anak makcik tp takot dia xsuke pulak". Haa kau, ingat senang makcik-makcik nak puji melambung anak-anak dara skrg. Susah tau. Untunglah untunglah! :P


Jom tengok lagi gambar-gambar Ella yang cantik tertarik kau memang da bomb! Hikhik


serious cantek kawan aku ni that day








Alohh cik abang dia da nak balik tu. Muka sedih la pulak. Tak yah sedih-sedih la tak lama dah tu boleh je nak berkepit memanjang. Hikhik. Untuk Ella and tunang, congrats! Cepat-cepat naik pelamin yea. Semoga korang bahagia always. Ingat, bertunang ni banyak dugaan. Ape-ape jadi, bawak bersabar k. Lepas ni aku follow. Jangan risau. Haha. :P



p/s : banyak lagi gambar nk share. outdoor and indoor. tunggu next entry kayh!

Sunday, February 20, 2011

God bless both of u ♥


This is a very special entry pasal gegirls ai ye. Semalam (Sabtu) aku ke rumah si Najat sebab dijemput menikmati spagheti hasil tangan kakak iparnye. Sedap! Thanks lain kali jemput lagi. hikhik. Then, sambil makan sambil sibuk berborak. Story xpernah nak habis. Dasar perempuan. Makanya kami merancangkan satu plan yg diberi nama Plan X. Haha tak tak. Plan tu adalah utk keluar with the Yana and Aten. Alkisahnya nak ke Pantai Batu Hitam. Kononnnn...nak main layang-layang kat sana. Mana tahu bila dah sampai masa angin pulak x nak bertiup kencang. Gewdik betol lah.

Oh today (Ahad), before pickup diaorg kt teratak masing-masing aku aku dgn si Najat ni awal-awal dah memecut ke bandar pegi beli cake! Tak boleh ambik diaorg dulu baru pegi beli. Nanti x suprise lah kan? Tak best macam tu. Si Yana keep on sms Najat merungut kitaorg datang amek dia lambat. Aku jugek yg jadi mangsa keadaan dgn alasan si Najat "tunggu Miera datang". haha bagus! Dah amek semua orang yang berkaitan, then kami beransur ke TC. Aku suruh Najat drive memandangkan bahu aku buat hal tetibe. *sigh!*

Berbekalkan drive-thru McD, bayar parking singgit then cari port baik punye utk lepak makan and gossipssss. Gelak tak hingat sorang-sorang anak dara nih. Jatuh market semua. HAHA. Ah, lantak la. Makan makan makan sampai habis. Snap snap snap sampai orang sebelah pandang. Then, aku mulakan drama sebabak.

Aku : Weh, aku nak g tandas jap ah.
Yana : Ko nak g tandas eh Miera? Nak ikut. Aku nk g jugak.

Dalam hati, Yana ko jangan sibuk nak spoilkan Plan X aku boleh tak? Haha. Yana ni kacau lah orang nak buat drama pon x feeling tau. Well, aku cepat-cepat bla tanpa mempedulikan Yana. HAHAHA kejam gile.

Najat : Beb, aku tertinggal barang la dalam kereta.
Aku : Barang ape?
Najat : Alaaaa...barang aku yg tu tu..
Aku : Ohh..barang ko yg tadi tu ke. Ok ok nanti aku amek kan.

Menyedari si Najat macam dah blur utk bagi jawapan, aku terus cover jugak. Dalam hati terfikir jugak "alamak, diaorg perasan tak eh?" And jawapannya, diaorg tak perasan langsung! Yeay! Akuu datang dari belakang senyap-senyap and bawa cake for them. Suprise!!




So, there u go. The strowbery cake :)



HAPPY BEFDAY TO YOU DARLINGS!



Terharu tengok diaorg happy :)



Pic gewdik wajib ambil kan? :P



Ini namanya pic terkepit ya kawan-kawan.



Orang penting. The wedding planner. Eh salah. The party planner. Party ke?


To Yana & Aten :
Happy Belated Birthday yang ke 22. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dilimpahkan dgn kesenangan hidup, dipermudahkan segala urusan, dipercepatkan jodoh, dijauhkan drp segala niat buruk orang dan dilindungi Allah SWT setiap waktu. I love you both!