Showing posts with label sweetheart. Show all posts
Showing posts with label sweetheart. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Sunway Lagoon


Kemana la aku menghilang selama ni kan? Mesti korang ingat aku dah malas nk berblog kan? Hehe. Tidak tidak. Aku hanya ke KL dalam tempoh yang agak lama dan takde talian internet. Itu saja. Takde kena mengena dengan cinta aku terhadap blog ini ya kawan-kawan. Hehe.

Eh eh nak cakap ni. Aku dah tamat tempoh resign! Wehuuuu..Senangnya dalam hati. Hehe. So bila dah habis tempoh resign itulah sebabnya aku berlama lamaan sangat kat KL tu. Kebetulan pergi tolong encik bf and family pindah rumah then ho ho ho holiday! Kemana kami? Ke Sunway Lagoon. :)

Tix dah beli berkurun berzaman dah actually. Since end of last year lg. Masa tu tengah promotion tix Sunway ni murah. RM55 for all parks. Memang murah la tu. Thats why kami rebut. Hehe. Plan dah lama nak pergi cumanya ada je halangan yang tak dapat dielakkan. Last last haritu pergi jugaklah before tempoh tix tu expired. Hehe.






Setibanya di Sunway, snap pic pintu masuk Sunway dulu. Motif? Tak tahu. Saje saje and rasa kalau pergi tempat tempat cmni mesti nak snap gambar pintu masuk. Hehe. Nasib baik kitaorang pergi hari weekday so tak ramai sangat orang kat Sunway ni. Tapi dalam tak ramai pun beratur jugak lah kejap nak main satu satu park. Haish.






Masuk je dalam Sunway, terus melilau cari locker. Tempatnye besau gedabak, so kenalah cari locker yang berada di tempat yang strategik. Memula pergi amek locker kat Wild Wild West. Ceh konon paling dekat la tu. Kakaknye dah cakap suruh amek locker yang dekat escalator tu tapi degil tak nak dengar cakap. Lepas tu dah main main semua yang tak melibatkan air and bila nk berendam dalam air mulalah nak cari locker tu balik sikit punya jauhhhh. Haiyak. Akibatnya, tukar locker pergi ke locker yang dekat dengan escalator tuh. Hehe :P






Dia tengah asyik study dan mengkaji pasal peta Sunway Lagoon. Aku jalan laju laju je kat depan sebab taknak kacau dia. Kalau dekat nanti aku kacau pastu kena marah lorh. Jangan memain sebabkan peta yang satu ni masam-masam muka jugak lah aku dengan dia kejap sebab pening duk mencari tempat. Oklah dia betul, aku salah. Thats why masam muke. Hiks :P






Planning awal kami sebenarnya taknak main air. Kalau kena air sikit sikit tu fine lah. Tak kisah lah tu. Tapi encik bf dah buat muka pasrah walaupun dah pujuk kemain lagi tetap nak buat muka simpati so aku follow lah kemahuan dia. Bodoh ke ape pergi Sunway taknak main air kan? Haha aku tau mesti korang cakap cmtu kat aku. Baik mengaku cepat! Hehe. Actually aku taknak main air tu ada sebab tertentu. Tapi bila difikir dan dikenang, argh tak kire aku nak main jugak air! Rugilah kalau tak main dah lah nak dapat tix murah susah. Ngeng!






Dan akhirnyaaaa.....dia dah masuk dalam air. Aku pun selok jeles nak main air jugak. Pergi balik kat locker yang sikit punya jauh nun di Wild Wild West tuh pastu pindah ke locker kat escalator. Simpan handphone and barang barang penting lain yang kteorang duk pegang dari tadi. Then terjun dalam air. Haha. Syiokkk kot. Encik bf aku ni suke sangat menunggu air yang jatuh dari tong besar yang kat atas. Amboiii cm budak lah awak sayang. Hish. Tapi memang bestlah kalau pergi ramai ramai lagi lah best! Pergi berdua ni lebih ke arah romantika romantika lah kot. Hahahahah :P


Cewah masa duk main air bukan main lagi kteorang melayan sorang mat Bangla ni tolong snap gambar kitaorang dalam air. Sikit punya banyak dia suruh kteorang posing. Habis hidung aku masuk air. Last last tak beli pun gambar gambar tu. Haha. Masuk Sunway dalam pukul11 then siap main semua park dalam pukul5. Ops bukan semua park actually. Surfing Beach that day tutup cz ada persiapan untuk party. Ada satu park kteorang tak masuk iaitu Scream Park. Yes, aku yang taknak masuk. Gila kau dari luar aku dah nampak hantu tu pandang aku semacam. Memang tak ah aku nak masuk serah diri kat dalam Scream Park tu yang entah mcm mane keadaannya. Korang pergi Sunway masuk Scream Park x? Mcm mane eh kat dalam tu? Dia pegang kita ke ape? Hui seram!


Thursday, April 21, 2011

Last minutes punye kerja bershopping





Siapa perempuan yang tak suka shopping kat sini angkat tangan cepat! Ada? Takde kan? Pelik lah kalau perempuan tak suka shopping. Cuma tahap dia ber-shopping tu yang membezakan perempuan tu kuat shopping ke tak. Aku? Aku biasa-biasa je. Nak kata kuat sgt shopping dok ler. Time takde duit kena jugak menahan nafsu shooping tu. Time duit dah berkepuk baru la datang sawan nk shopping. Tapi kejap je xlama pun. Hehe.

Aku kalau nak ber-shopping ni ada time jugak. Kalau kat Kuantan ni dlm sebulan tu sekali dua ada la kot shopping. Tu pun kalau ada yang berkenan di hati. Kalau takde x shopping lah. Selamat dah duit kat situ. Tapi kalau aku balik Tganu memang x shopping lah. Mengharap shopping online je lah. Tu pun x slalu. Biasa aku akan simpan duit abah duk bagi hari hari kat aku lebih kurang 5-6 bulan then bila g KL amek kau sedebuk aku habiskan. KL memang bukan tempat yang terbaik utk aku saving. T_T


sy nampak awak curi-curi amek gambar sy yea bang. :P



As usual lah, aku naik KL haritu niatnya nak attend Nuffnang Event je actually. Tapi gatal sangat siang hari tu ajak encik bf g cuci mata kt KLCC kan dah over shopping. Duit abah bagi suruh beli makanan untuk sebulan dah aku habis utk shopping semata mata. Mati kalau umi dapat tahu. Isk. Ini bukan kes tak sengaja ini memang kes aku yang mencari nahas. Dah awal awal aku sengaja tak bawak baju pun utk pegi Nuffnang Event tu. So memang wajib lah aku membeli baru. Hui!


Ape yang aku cari sebenarnya utk pakai malam tu? Entah ler aku takde idea. Lately aku perasan aku duk rembat duk beli kemeja je memanjang. Encik bf aku ni suke sgt. Kalau bershopping dgn dia mmg tak sah kalau tak buat balik kemeja. Grr! Cari punye cari xjumpe yang berkenan di hati. Bayangkan lah satu KLCC tu takde satu pun memikat hati aku. Takpun ada yang memikat aku, tp tak berjaya tackle pandangan encik bf. Pasrah sambil buat muke. Huh.


Adalah dalam 5 jam jugak lah kitaorang duk pusing turun naik satu KLCC tu. Kaki penat tak payah cakap la. Nak tercabut je rasa kaki dua belah ni. Nasib baik dapat bf yang mengikut je kerenah aku ni. Hehe. Last skali dah berjodoh kot, masa tu dah nak turun nk balik dah. Giveup lah konon. Sekali mata aku terperasan "eh b, kita tak masuk lagi kan Esprit ni tadi?". Laju encik bf aku jawab "dah la tadi". Malas nak follow lettew! Hehe. Ah aku jalan je masuk laju2. Kat sini baru la sangkut ada yg berkenan. 2 helai pulak tu aku rembat. Lepas geram aku 5 jam duk memusing tak jumpa. Haih.





Apa yg encik bf aku bawak tu? Haha tu lah hasil 5 jam aku keliling turun naik KLCC tuh. 4 helai je aku sempat rembat 3 baju 1 jeans. Hekhek. Aku bukan penggila seluar jeans mcm si Najat Nasiha tu duk beli seluar skmo. Aku jarang membeli seluar jeans tp tau lah that day rasa nak beli. Hikhik. Actually ape yg aku pakai masa pegi tgk The Roomate tu, the shirts and jeans tu lah yg aku beli di siang hari. Hikhik kantoi. :P


Saturday, April 2, 2011

Skim Rumah Pertamaku


Did you ever heard about Skim Rumah Pertamaku? And did you know details about it? Oh lupa nak say hello. Sorry. Hello semua readers. Have a wonderful Saturday ahead. :)

Hurm encik bf aku nak beli rumah. Tapi dia suruh aku yang survey and urus everything. Haih bang mentang-mentang la gf awak ni study secretary dulu yea. Awak amek kesempatan jadikan kita S/U awak pulak yea. Hehe. Takpe dah biasa dah jadi S/U tak bergaji orang ni. Hehe. Tapi dia ada usulkan satu cadangan. Katanya nak beli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku. Ok nak mengaku kat sini. Skim tu memang pertama kali di pendengaran aku. Hahahah. Maklum lah aku ni tak layan sangat news yg berkaitan politik, hartanah, perumahan and bla bla bla. Bila dah sampai masa memerlukan baru aku sibuk sibuk nak amek tahu segala.


On the spot masa encik bf bagitahu aku tu kebetulan aku tengah online lagi. Laptop tengah kat riba lagi. So terus lah aku cube cari sikit sikit info. Boleh la tahu serba sedikit pasal Skim ni. Tapi tak tahu banyak. Sebab time tu pun dah midnight so haruslah mata aku kuyu nak mengadap laptop cari info lelame kan. Hehe.




Melalui carian Google, dapat korek sikit rahsia. Eh rahsia ke? Takdelah. Hehe. Google website itu website ini, google gambar itu gambar ini. Skim ni sebenarnya antara yang dibentangkan masa Bajet 2011 yang lepas. Tapi as usual lah aku mane ade tengok pembentangan-pembentangan ni so aku tak tahu. Tapi aku tahu dalam Bajet 2011 barangan berjenama dimansuhkan tax. Haha haruslah tahu bab mcm tu kan. Ok taknak tersasar dari topik. Skim ni diumumkan dalam pembentangan Bajet 2011 dan telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac lalu. Means baru lagi la hal ni. Bagus kan kerajaan nak bantu siap bagi pinjaman penuh lagi tu. Alhamdulillah..





Aku sokong kerajaan lancarkan skim mcm ni. Sekurang-kurangnya boleh bantu rakyat especially golongan muda yang bakal menjadi tunggak negara nanti. Minyak naik, barang semua naik. Kalau takde inisiatif mcm ni matilah kami yang bawah-bawah ni. Makin bertambahlah kadar kemiskinan. Kalau korang nak tahu, skim ni disasarkan untuk golongan muda yang berumur 35 tahun ke bawah dan bekerja di syarikat swasta. Pendapatan pula mestilah dibawah 3K sebulan. Haaa yang kerja kerajaan tak boleh yea. Korang dah banyak benefit kerajaan bagi. Loan senang je nak mohon kan. Hehe. And skim ni jugak almost semua bank dalam Malaysia ni mengambil bahagian. Wah wah wahh :)

Banyak yang aku nak tahu pasal skim ni. Ada tak sesape readers kat sini yang tahu lebih lanjut tentang skim ni? Please Miera nak tahu ni. Kalau korang tahu jangan la segan-segan komen kat post ni or tegur kat twitter or fb pn yea. Thanks! :)

Friday, April 1, 2011

April Fool-kan orang



Pejam celik pejam celik dah masuk bulan April dah pun kita. Tak sedar cepat masa berlalu. Oh dah April. Hari ni 1 April. Hari ni April Fool. Sana sini orang bercakap psl April Fool ni. And aku mengaku akan kejahilan aku yg sebelum ni tak tahu sejarah April Fool ni. Hinggalah beberapa jam yang lepas baru aku tahu. Ya Allah, sumpah aku jahil. Banyak sejarah-sejarah yg aku tak tahu pun. T_T


So disebabkan itu semalam aku telah April fool kan encik bf aku. Ye aku tahu korang mesti mrh kan. Sorry lah tapi tak sengaja pun. Janji tahun depan tak buat dah. Actually benda ni terjadi secara spontan dan tanpa dirancang. Eh, petang smlm dah plan dgn akak kt rumah fikir nk buat ape kenakan encik bf aku tp takde idea. So biar cmtu je lah tanpa plan. Then encik bf balik keje penat-penat mcm biasalah before tido haruslah bersembang berborak update ape yg jadi seharian and ape nk buat esok. So borak punye borak sampai lah aku rasa mcm dah mengantuk and tanya encik bf "dah pukul brape b?". Encik bf jawab "pukul 12.06". Then, jengg! Aku dapat idea.


Tibe-tibe aku tukar mood dari gurau-gurau manja meow-meow ke mood serious. Aku tanya encik bf dia syg aku ke tak and dia ada perempuan lain ke tak. Aku kasi ayat makan dalam punye. Haha. And dia dah risau cuak semua lah bercampur. Kesian tapi aku teruskan jugak drama sebabak aku tu lebih kurang stengah jam cmtu. Aku cakap ada perempuan sms aku tanya pasal kteorang. Pasal hubungan kteorang. Konon mcm ada perempuan admire or scandal dgn dia lah nun disana tu. *mintak jauh la yea* Huih siap mintak no perempuan tu lg dia nk kol. Aku bg no lama adik aku yg dah tak pakai. Haha. Then dia terfikir-fikir siapakah gerangan "perempuan" itu. Biarkan dia berfikir dulu....


Boleh tahan jugak la sesi drama hati ke hati kami. Isk terharu ai tau. Encik bf aku ni memang jenis berjiwa lembut. Between us, dialah yg duk mengalahnye kalau ape-ape. Aku memang winner of the year ever la kalau dgn dia. Hiks! Aku kalau boleh nak biar je sampai ke hari ni ke benda ni biar dia terfikir-fikir sikit. Tapi tak sampai hati lah pulak sbb aku tahu dia cmne. Mesti tak boleh tido punye. So aku terus terang. Lamaaaa diam sebab konon sedih la dia ada perempuan lain kan. Haish. Then aku cakap simple je "b, April fool". Harharhar. Dia diam kau! Tak puas hati sebab terkena. Muahahahaha. Gotcha! :P


So itu lah kisahnye April fool aku tahun ni. Setakat ni tak pernah terkena seingat aku. Ada yang pernah nk kenakan aku tp aku pun tricky person kot. Tak dapat la yek. Hikhik. And now dah tahu ape kisah disebalik April fool ni so rasanya next next year tak perlu nak buat dah la kot. Insaf. Isk isk.


Sunday, March 27, 2011

Ape rasa jadi penghuni hospital bang?


Hi semua! Selamat berhujung minggu. Today Miera just rehat kat rumah sebab semalam dah penat balik dari Jengka. Nanti update pasal event di Jengka tu yep. Tunggu..Hari ni aku just nak update story yang dah jadi pekasam ni. Diperam berminggu minggu dalam draft ni. Dah naik berhabuk dah. Dah basi punye cerita dah pun. Tapi tak kire nak update jugak! :P

Tiga minggu lepas encik bf aku masuk hospital. Huuu serious aku terkedu kejap masa dapat tahu. Haih. Dia masuk hospital sebab appendik. Kes nye takdelah serious sangat tapi agak bahaya jugak. And ianya melibatkan pembedahan yang mana "pembedahan" tu pada pendengaran aku sangat dasyat walaupun sekecil-kecil peembedahan. Encik bf aku masuk hospital dah nak dekat tengah malam da masa tu. Nasib baiklah masa tu aku memang dah kat KL so boleh la pergi teman dia. Kesian aku tengok muke dia. Dah mcm orang xde semangat dah.




Malam pertama : muka x bermaya tido.


05.03.2011 Doktor suruh dia masuk wad. Ni first time dia masuk wad and first time jugak la dia operate. Dua malam jugak la dia jadi penghuni HKL. And dua hari jugak lah dia berpuasa tanpa berbuka. Haha kesian sayang yea. :P Aku sempat la jadi peneman dia tido kat sana semalaman masa malam first dia dimasukkan ke wad. Mama abah and family dia semua kat Kuantan lagi that time.

Kesian dia tak boleh tido nyenyak. Asyik asyik muntah, muntah muntah. Sebab tu lah makanan xboleh masuk even sesikit sikit makanan pun. Lembik. Aku meneman je la dia kat tepi katil tu. Dia bergerak sikit aku terjaga. Dia nak muntah aku hulur bekas. Maknanya kteorang dua orang memang tak berapa nak nyenyak la tido malam tu. Boleh tahan penat la badan ni. Aku ni dengan kaki sejuk lagi xpakai stokin. Badan takde selimut nasib baik ada sweater dia boleh aku pinjam buat balut tubuh. Ikutkan hati nak je aku tarik selimut tebal dia tu. Tak aci tau. Hehe.

06.03.2011 Esok harinya pagi dalam pukul 9.30 dia dibawa ke dewan bedah untuk operate buang appendik. Touching jugak bila nurse tu izinkan aku teman hantar dia sampai ke dewan bedah. Hehe. Masa tu jangan tanya la cmne aku rasa. Memang berdebar tahap max punye. Takut okey even tu just pembedahan kecil je tapi risiko tu tetap ada. Nak nak lagi bila nurse tu cakap "jangan risau kalau appendik dia x teruk sekejap je operate. Tak sampai sejam dah keluar". And I've been waiting for 3 hours! Gosh! Makin berdup-dap-dup-dap aku bila dah lepas sejam tp dia still xkeluar-keluar lagi. Sikit-sikit aku jenguk board yang status operation. Satu jam setengah yang pertama status Operate, satu jam setengah yang berikut status "Recover". Sikit punye lama awak nak recover bang! Haih.



After operation. Still weak and lalok dek ubat bius.



tempat operate. nasib baik bertampal kalau tak seriau jugak aku nak tengok.


Masa dia dalam dewan bedah aku amek kesempatan terus pegi mandi kejap. Tak lengah lengah sebab takot dia dah siap operate nanti aku takde. Takot nanti dia sedih pulak. Cipta rekod terbaru utk diri sendiri bila seharian lebih 24jam tak makan atau minum ape-ape kot. Masa menunggu dia operate tu dah rasa nak makan tapi takpe tahan dulu hold dulu tunggu dia settle dulu ape-ape hal. Yang penting kita kena utamakan dok gitu? Hehe.

Sejam lepas operate tu dia still lemah lagi. And sakit dekat tempat operate tu. Standard lah kan. Tak boleh banyak gerak and cakap sangat. Effect bius masa operate tu pun still tak habis sepenuhnya lagi. Dia still lalok lalok nak pejam mata lagi. Haih. Oleh kerana tindakan bijak yang diambil oleh encik bf aku ni pegi msg je abahnye cakap dia masuk wad, so his family pon subuh baru tahu pasal ni. Katanya tak teruk pun sakit dia ni so msg je la. Haih awak ni. So hari after operation dia dah selesai baru family dia semua sampai. Lepas tu dia dah start rasa lapar nak makan dah. Tapi malangnya dia still kena berpuasa. Nak tak nak terpaksa lah yea sayang. Hehe. Then doc pakar dtg check and ckp kalau takde ape-ape esok dia dah boleh balik. Senyum lebar tuan punye badan. Hehe.




Last day kat wad. dah boleh makan. suke lettew!


07.03.2011 Hari last dia kat hospital, tengahari cmtu dia dah boleh makan. Suke sangat dia siap msg aku lagi cakap dah boleh makan. Bukan main lagi order dgn aku mcm-mcm nak itu nak ini suruh bawak masa dtg melawat dia kat hospital. Amboi awakkkk. Hehe. Petang lepas doc pakar dtg check sekali lagi dia dah confirm boleh balik. And paling best dia dapat mc 2 minggu woot woot! Balik kuantan la kan takkan nak duk KL tu sape nak jaga. Family dia kt Kuantan kot. Gf pon kat Kuantan. Sebab tu lah kuat sangat kteorang berdetim. Teheee.. Okey maaf tergewdik pulak. :P Till then peeps! Have a wonderful weekend. ;)

Monday, March 21, 2011

Cherating (Part II)

Hai semua. Selamat berehat kat rumah semua yep. Im just got back from office. Whoah bila encik bf dah balik je terus theboss kasi aku OT. Isk isk. Redha je la. Tak lama dah pun. :P So this entry adalah kesinambungan daripada entry ini. Gambar kt Cherating ni saje berdozen dozen memang tak lah aku nak upload semua kan. Yang jenis tak berapa nak HOT tu aku tak upload. Yang jenis tak ready mata pejam tu aku tak upload. Yang jenis gelak mcm tak hengat pon aku tak upload. Maklumlah aku ni model dimata sidia. And dia photographer aku. Tak pun lebih kepada paparazzi aku. Suke snap curi-curi time org tak ready. Tasuke tau..! Haha oke faham faham itu gewdik. Sorry yaw!

So lepas melepek sejam dua kt main port dlm ini kisah, kemudian kami berdua beransur pula berjalan di tepian pantai. Cewah ayat. Sila muntah rakan-rakan sekalian. Takde maknanya aku nak berjalan tepi2 pantai time ombak menggila fight dengan pantai. Kteorang just jalan-jalan cuci mata kat stall2 yang jual barang barang kt tepi pantai tu. And isi perut sikit. Aku try bihun sup ada sorang akak manis ni. Bolehlaaaa utk makan sesaje. Hehe. Encik bf nak makan yang goreng-goreng tapi sayangnye sudah habis. Ololooo siannye dia yep? Next time okeh? :P









End of Cherating's story. Next time kalau pergi Cherating lagi dan lagi dan lagi aku tampal lagi banyak banyak muke perasan kteorang dua orang kat sini yep? Hehe. Eh, ada orang menyampah? Lah, ini belog ai ke belog you? You fikir lah sendiri yep. Assalamualaikum :)



Saturday, March 19, 2011

Contest : Sweet couple yang paling cool dan comel




Today aku nak kasi settle satu contest yang telah ditag kepada aku oleh Cik Mimie. Thanks so much Cik Mimie sebab sudi tag aku join contest ni. Dan tidak dilupakan kepada penganjur rasmi contest ini iaitu Dekcik, juga terima kasih banyak-banyak kerana anda lah sy membuat entry ini pada hari ini. Cewah ayat kipas habis. Haha.

Nak tahu lebih lanjut mengenai syarat penyertaan dan hadiah, korang boleh laju-laju click belog Dekcik okay. Tapi sekarang aku nak tunjukkan dulu gambar yang dipertaruhkan bagi pertandingan ini. Whoah ayat macam pertandingan ape je kan. Haha. So gambar yang terpilih adalah.....





Taraaaa!! Gambar yang aku rasa dan perasan paling sweet kteorang pernah snap. Comel dan cool tu aku tak tahu iye ke tak. Hikhik. And also gambar yang paling menyuntik idea utk aku edit hingga tengah malam. Itulah dia. To be honest, I do loveeeeeeeee this pic sooooo much!! Tahu tak kenapa? Sebab gambar ni kitaorang snap masa kat Cherating. Last week kteorang pergi. And kenapa gambar di Cherating ni jadi pilihan hati? Sebab Cherating tu sendiri ada sejarahnya untuk kami berdua. Kat sana just like flashing back to our old memories. Sangat sweet aku rasa kalau pegi dating kat sana dengan dia. And gambar tu jugak, kenangan sampai bila-bila cz it's the only time yang paling lama kitaorang pernah jumpa. Two weeks he's been here and I'd gonna miss this so much. Serious!

Okay sesi luahan perasaan dah tamat. Mari kita beransur ke blogger-blogger yang bakal ditag oleh aku. They are :

  • Cik Fiena
  • Cik Yana
  • Cik Zana
  • Cik Nor
  • Cik Sha

Friday, March 18, 2011

Menu : Nasi Ayam Crowne Plaza di Tanah Putih


Assalamualaikum.

Salam Jumaat untuk semua. Dah Jumaat? Means today is the last day. Esok dah Sabtu. Sabtu encik bf dah balik KL semula dah. Isk isk. Pasrah pasrah. Okey lah takmo sedih sedih hari Jumaat cmni. Tak manis. Hehe.

Oh semalam mcm yang telah aku update dalam Facebook and Twitter, ada orang rajin nak masak nasi ayam. Nama dia Encik Hafiz Zain. Eh silap. Hafiz Izham merangkap pacar gue. Hehe. Tahu dah dia bosan lettew duk rumah lama xde buat keje. Lemau lemau. So pagi-pagi semalam aku bangun awal bersiap cepat-cepat. Tolong dia pegi beli ayam fresh kt kilang yg supply ayam-ayam ke market yang dekat dengan office aku ni. Harga murah la sikit dari tempat lain. Then dia hantar aku ke office and seterusnya jadi suami separuh masa pegi ke pasar beli sayur. Haha. Padan muke.

Aku mengaku aku tak hebat bab-bab memasak dan kerja-kerja dapur ni. Tapi masih belajar sedikit demi sedikit. Kalau setakat sardin and maggi tu memang hebat la. Yang lain cannot cannot. Makan sendiri boleh. Hehe. Woot! Seharian kot aku tak makan ape-ape. Breakfast nasi lemak je sikit. Semangat nak merasa nasi ayam air tangan "Chef" Crowne Plaza punye pasal. Dah tu hari-hari masak utk guest je, special guest ni nak jugak merasa kan. Since memula couple lagi aku duk mintak nak rasa dia masak tapi tak dapat-dapat. Kali ni dapat jugak tapi bkn aku yang suruh. Haha.



Nasi kurang terserlah warnanya disebabkan kekurangan planta, kata encik chef of the day.



Ayam yang direbus and dibakar. Yummeh!



Sup, sambal, kicap and sayur. Sambal tu sedap!


Overview. Ecewah :P

So semalam aku baham makan nasi ayam tu menambah sepinggan lagi. Tak boleh la nk tambah banyak-banyak pinggan. Malu la ai depan mamanya. Huhu. Sedap even ada sikit kurang kata mamanya. Tapi kt mulut aku ok je. Hehe. Yelah encik bf awal-awal lagi dah cakap kt aku nasi ayam tu bukan sepenuhnya dia buat. Mama pun tolong buat jugak. So thats why lain sikit. Kalau dia yang buat sepenuhnya, dia akan buat guna resepi yang biasa dia buat kt hotel. Nevermind la, janji sedap and kenyang dimakan. Hehe. Oh, sambal yang dia buat tu aku suke. Aku memang tak tahan kalau makan nasi ayam and sambal rasa masam-masam pedas. Wallaweh kecurrr air liur!


The co-chef of the day. Chef Iz


The chef of the day.
*awak, awak still hutang kita spagetti bolognese tau! ;P *



p/s : Satu-satunya 'breakfast' yang memberi anda duit. Mixfm breakfast show.

Thursday, March 17, 2011

Cherating (part I)


Weekend lepas aku keluar jauh sikit dari bandar Kuantan. Pegi dating sampai ke Cherating. Huhu. Alah Cherating tu dah macam tempat aku dgn encik bf da pon. Mana taknye, masa aku single mingle dulu pun dia bawak aku pegi sana jugak. And lepas sehari couple pun, pegi first date as a couple kt sana. Huhu. Tp dah lama tak pegi sana sebab dia pun balik sekejap je kadang-kadang. And ada masa pn Ahad je sbb Sabtu aku keje and lepas tu dia da nak balik KL smule dah. So peluang yang dia balik dua minggu ni aku guna sebaik baiknya utk buat kenangan and buat point nak rindu nanti dia dah balik KL. Hehe.

Plan yang sebenar benar benarnya pada hari tersebut adalah utk lunch makan nasi kukus Balok je pon. Aku ajak dia sebab nak bagi dia merasa. Nasi kukus tu terbaik kot. Tapi apakan daya nasib tak menyebelahi kami. Kedai tu tutup. Aku saje malas nak call dulu kedai tu. Percaye kat diri sendiri la konon. Banyak la kau punye percaya Miera. Haha. So bila dah kedai nasi kukus tutup, makanya plan kami terubah serta merta. Cepat je aku mengajak dia berjalan ke Cherating. Cei konon mengimbau memori lama la. Haha.

Sampai Cherating dah tengahari dalam pukul1 tak silap. Before that we both sumbat perut masing-masing makan dulu dalam perjalanan nk ke Cherating tu. Sampai sana angin bertiup perghhhh...macam ajak suruh tido je kat pantai tu. Memang konfem kalau bawak tikar tu ada yang tido. Kalau dulu main port kami adalah berhampiran Dont Tell Mama Cafe, kali ni kteorg tukar port pulak. Tell Mama and Daddy pulak. Haha kidding. No no kiteorg melepek kt tempat jauh sikit dr main port biasa. Kt tempat bawah2 pokok. Redup and sangat mengantukkan mata. Tambah pulak dengan angin sepoi sepoi bahasa. Aduh....Asyik bangat sih!


Gambar tok sah tanya la. Berkeping keping di snap kan oleh encik bf. Katanya nak penuhkan memory card dia dengan gambar aku. Ecewah. Pandai mengayat gigit kang! :P So thats why aku jadikan entry ini ber-part-part. Ni kire bahagian pertama. Bahagian kedua kt lain pulak tempatnye. Haha.



















p/s : Rahsia gandakan mata bonuslink korang disini!

Tuesday, March 15, 2011

dan semalam kau pun tahu

Adalah hari yang cukup indah.
Bermula dengan sinar matahari tersenyum girang.
Senyummu juga cukup sahaja.
Untuk mengindahkan sinar permulaan hariku.

Kerana kita ada beberapa hari nya lagi.
Ku terasa masa yang berlalu itu.
Cukup singkat bagiku. Masa mencemburui.
Ku tahu itu. Kau pun tahu.

Dan semalam,
Seperti hari biasanya kau menjemputku.
Ku sudah biasa, kau bangun tanpa mandi.
Ah ku tak kisah. Kau cukup indah di mataku.
Bangun dikala lelaki lain sedang asyik bermimpi.
Kau tahu itu mencuri hatiku.

Saban hari berjumpa, asyik terasa.
Meski dalam fikiran ku berfikir akan ada tamatnya.
Ku lupakan sejenak tika adanya kau.

Dan semalam, petang itu.
Aku keluar pejabat, melangkah ke kereta.
Adanya kau, sabar menunggu.
Terkadang, diam mendengar kala aku berceloteh.
Terkadang gelak terbahak memecah bosannya radio.
Kau tahu aku bahagia. Cukup bahagia.

Berlunjur di tepi nya tasik.
Menikmati udara petang. Ikan dan air bermesra.
Kita pun sama. Saling bermanja, bergembira.
Ku rasakan air tanganmu itu. Biasa saja rasanya.
Namun cukup untuk membuat aku senyum.
Lelaki mana lagi bisa menyedia makanan untukku.
Kau pasti tahu hanya engkau seorang.

Tak pernah mengeluh. Sedetik pun tidak.
Jika aku, terlalu banyak kalinya ku mengeluh.
Ku khabarkan rasa itu dan rasa ini.
Kau tegar mendengar, memahami maksudku.
Terkadang aku rebah menangisi hati.
Kau disisi, tenang menabahkan ku.

Dan semalam, dan setiap harinya.
Kau tahu aku bahagia.
Dari hati ke hati ku ceritakan.
Ku sayangkan mu. Sangat.
Dan ku pasti, kau sedar itu.
Kau tahu segalanya lebih dari mereka.
Kau tahu.


p/s : emosi. dan ini utk kamu, sayang.

Monday, March 14, 2011

Apabila orang penat bercakap....

Morning beautiful ladies and hansome boys!
Argh pagi-pagi dah sakit kepala. Ni mesti kena hujan punya pasal.
Takpe takpe. Aku kuatkan semangat demi blog yang satu ini.
Rasa mcm bersalah kalau tak update blog lama-lama.
Sebab blog ni tempat aku berkongsi everything.
Suka duka, gelak tangis, badmood happymood.
Makanya kalau aku tengah happy busy berdating, aku tak boleh lupakan blog jugak.
Kalau tak akan timbullah mcm-mcm rasa kt hati ni. :)

Gosh! I have a very very pack weekend.
Rasa mcm nak pengsan sekejap pon ada.
Dah 2 minggu takde istilah 'offday' bagi aku even sehari.
Masuk minggu lepas 3 minggu.
Serious, aku perlukan rehatttttt! OMG
Last week pon I have no rest. Diisi padat dgn aktiviti yg pelbagai.
Sabtu lepas balik kerja, ada game bowling antara company and client.
Habis bowling pulak, melepak makan-makan kt TC with bf and najat.
Ahad keluar sehari suntuk berjalan. Takde plan nak ke Cherating tp ter-pergi jugek.
Nasib baik aku dah pesan awal-awal kt encik bf. 'Bagi la syg tdo lama sikit'
Haha. Ayat merayu habis gua kasi sama dia. Ngeheeee :P
Ahad yang memang sangat pack dgn aktiviti.
Nanti aku kasi update kan ape yang telah dilakukan yeah.
Sekarang tak boleh atas sebab-sebab tertentu.
Arghhhh! Banyak kot entry pending nak di postkan.
Tapi atas sebab-sebab tertentu itu, aku harus hold je dulu.
Harus, harus dan harus!!! Isk isk. -_-



Till then, readers. Thanks. xoxo :)

Thursday, March 3, 2011

the happiness of mine. no doubt anymore.


It was like a super duper boring day.
And I just sit in front of my pc.
Hoping for something cool caught my eyes.
Sometimes, hoping is just nothing.
But sometimes, hoping would show u the way.


I saw a picture. It was you in the picture.
Sitting on a greeny chair. Stared at me.
My first reaction ever was like this ' :)'
Yeah, Im smilling for no reason.
Or maybe to show how much I miss you.




reason for me to smile. *totally credited to : Aizuddin Amer.




p/s : i miss you. till time meet us again. ♥

Monday, January 17, 2011

perasaan ni sebenarnya susah nk explain

Isnin, 1.50 pm.
Tak buat kerja. takde kerja.
Emosi tak stabil sangat.
Hati sangat berharap fon berbunyi.
Incoming call/sms from sidia.
But still, tak receive even 1 pon. hmmph!

Awak busy. sibuk. banyak hal. takde masa.
Saya rindu. ingat awak. nak cakap dgn awak. please.

Dugaan. Sangat dugaan.
Lately rasa sangat rindu awak. seriuos.
Rindu yg sampai rasa mcm nk menangis.
Sebab xboleh jumpa even rindu cmne pon. Sedih.

Saya ingt masa kita jumpa keluar pegi mane2.
Awak sgt baik. Sangat caring. Sangat lembut bila dgn sy.
Sangat sabar. Sangat jaga hati sy. Sangat bertanggungjawab.
Awak faham sy. Tak pernah marah sy. Tak pernah.
Awak tahu tak semua tu buat sy rasa sgt2 dihargai?
Awak tahu tak semua tu buat sy rasa syg awak sgt?

Awak, sy rindu nk jumpa awak lg.
Nk jumpa lama lama lama sgt dgn awak.
Awak buat sy happy bila dgn awak.
Please. I'm really miss u. *menangis*

Isnin, 2.01 pm.
1 message received.
it's you sweetheart.
yes, u heard me. thanks.

Wednesday, December 22, 2010

love letter

sweetheart,
years passed by, u still remain the same.
keep on make me smile and smile.
just simply make me feel appreciated.
make me realize how wonderful love is.

i never knew love as sweet as candy before.
i thought its just about we both feel the same.
but then i fell for you.
and now i can tell others whats actually love is.

people ask me why for this feeling.
reasons for i love you. for i miss you.
for the time i've decided to choose you.
for the decision i was made.

for all the questions that comes into.
this is just the answer i have.
u give.u share.and u make me feel the love.
u care.u accept.and u appreciate me at your highest.
and the most, u always touch me deep inside.
not those sweet words that never promise for anything.

too much to describe by words.
too hard to explain the real feeling.
lets just us know all the rest.
but one u should know my dear.
its not hard for me to keep falling for u.
u're the best thing i'd ever decide.
and u're the best i'd ever own.
thanks sweetheart :)


p/s : sebenarnya kondisi sy skg sgt terharu dgn si kekasih.thanks!

Monday, December 13, 2010

fun at the peak!

hai hello semua readers yg sgt rajin membaca!
*perasan btol aku*
sebenarnya ini lanjutan kisah hari lahir aku.
*alamak ayat terr-skema lah pulak.eheee
iya iya ni pon kisah psl befday aku.
i've been celebrated just like a princess! woot woot!
huhu..xde lah princess sgt pon..dayang je kot.hehe :P
sepuloh haribulan duabelas duaribusepuloh.
bangun pagi awal2.bersiap cantik2 lawa2. *cantik ke? :P
pastuh drive thru mcd.sebab nak cepat takot smpai lambat.
encik bf makan smbil drive.hah gile?xla aku la tlg suap.
hahahah..mengada lagi gewdik kn kn?menyampah kn kn?
haha..buat2 xbaca sudeyh.. :p
makanya kami naik ke Genting kota keriangan.
memang riang lah sgt aku bagai kanak2 riang
yg hilang mak bapak kt sana.
naik genting smpai skyway je.naik skyway
sbb malas nk drive tinggi2.
turun skyway terus mata focus
cari jalan nk pegi outdoor game.haha
beratur nak beli tiket.mule2 pk nk beli outdoor + indoor trus tp xjd.
then amek outdoor je dlu.
*org tamak slalu rugi.nsb baik xtamak.hehe
tgh2 beratur tu..biasalah aku mata mana boleh fokus kt satu tmpt je.
melilau ke sana sini tgk org la tgk tangga la..hahahah
ok hasilnya aku ternampak
"enjoy outdoor game for free when u come on your birthday"
lebih kurang la ayatnye. huh?? free??befday??
aku lah tu kan??heheheh
dah sampai turn aku, paksa encik bf tye abang hensem kt counter tu.
nak tye sndri maluuu..heee :P
makanya hasil pertanyaan tadi aku dapat main free semua game kt outdoor tuh.
wah! masa tu lah rasa mcm aku ni ada share jek ngn Lim Goh Tong.hahaha
hamek kau hampir semua aku blasah main.ok sila gelak sbb en.bf takot kot mule2.
pastuh da naik satu, turun gelak.naik satu turun gelak.hahahaha
ape la awak ni.haish.pic banyakkkk gilee tp nk upload dlm blog ni byk2 pon mls.
nanti org meluat menyampah pulak kan. *klu menyampah xyah la tgk :P
so letak sket je dlm blog.antara yg terrpilih je..hehe
klu rasa nk tgk smua sila tgk dlm fb aku yee.klu xnk tgk xyah tgk.senang! ;)





fun at the peak! yes it is ;)


eheheee..sekaiway-ing.tinggiiiiii


huhu.tq awak rajin snap2 kita punye pic.eheee


dia terasa mcm STAR jalan kt sini.ahahaha

Sunday, December 12, 2010

im officially 21!



happy befday to me
happy befday to me
happy befday happy befday
happy befday to me..

eheeeee...hai semuaa!!
yeay akhirnyaaa..genap 21 tahun umo aku pd 10/12/10 aritu.
terujaa sgt ok.every year pon teruja nk ckup umo.
mklum laa..org lain ramai da cukup umo.
aku nk kena tggu akhir tahun baru nk ckup.sungguh tidak matured rasanye.hehehe
alhamdulillah syukur aku still bernafas hingga hari ni.
kpd semua yg wish bfday miera, thanks for the wish.
really appreciate it! siyes :)
and kpd en.bf tersayang, thankssss jugak! ehee :))

oh itu malam i got a really suprise one.huhu
lepas tgk movie cite Narnia sharp pukul 12.00 am okey.
turun basement parking nk balik la kn..
dah masuk kete pasang econ smua sidia bukak bonet blkg.
then bg satu box besarr punye..eheeee..
thanks so much huby.
i really loveee those present.
tadaaa!!!






whats inside the box??adalah! ;)


got a romantic midnight dinner @ Santai :)


his fav ever after.


lelaki yg sgt caring dan baik hati dan sgt pndai buat suprise.2nd time! tq! :)

Friday, October 1, 2010

01.10.10 birthday boy!!

Happy birthday to u
Happy birthday to u
Happy birthday happy birthday
Happy birthday to u


Kepada penjaga hati saya, Encik Hafiz Izham. Happy birthday sweetheart! weee...u are getting older huby. 21 tahun sudah. awww...sape ckp kita kapel umo sebaya kan...syg baru umo 20tahun b da 21 kot.heeheheh :P hurm...may God bless u always syg! eh u got a veryyy the cantek date la syg. 01.10.10 kot.nice..and also may all the happiness and joy for u.today is your day huby.nak ape ape tak?mintak je tau.hehe.tapi kan tapi kan...kita jauh la skg.ouh xsuke nye..baru je ingt nak sambut ur bfday.tapi b keje, syg pon keje.so xboleh la nk be by ur side on this wonderful day. isk isk sorry sweetheart! btw be a good boy ya.eh ops sorry.good MAN actualy.hehe..u are my man now. ;) semalam suprised ke syg?ahaha.ada jugak org mcm u kan lupa bfday sndri.haish.syg saja buat2 lupa and TAK PERNAH mention or tanya apa2 psl tu.nti xbest la..so tgh2 ym-ing tu tiba2 12.00am sharp call him.huby da pelik kan kenapa.hehe.heart u syg! okay lah today i'll heading to u.heeee xsabar nak jumpa ouh! wait for me okay. :)


psstttt...i've got a poem for u darl!special for u.sound like this :

To be with you is to love you
You're the most affectionate being
In the whole of my little universe
Your warmth and hugs are unsurpassable
Happy Birthday, my sweetest guy!
I love you sooo much!
♥