Showing posts with label berangan. Show all posts
Showing posts with label berangan. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Angan dan sedar

Semua orang melalui zaman kanak-kanak ribena mereka yang tersendiri. Even Dato' Siti pon pernah melalui zaman hingusan beliau. Even akak Ziana pon mesti pernah main masak-masak dengan kawan sebaya. Even aku sendiri pon main kawen-kawen dengan abg sendiri. Tak perlu malu dengan itu semua. That's a normal thing for children in order to grow up and learning. Even budak-budak yang membesar di KL pon kalau pergi atau balik kampung nenek mesti excited nak main-main pasir takpun nak buas-buas main merata. Trust me!


Selepas melalui zaman kanak-kanak hingusan, kita akan beralih sedikit kepada zaman remaja. Zaman remaja ni dah start malu-malu dengan kawan lelaki. Dah pandai main-main surat pecah kaca, pecah gelas, macam-maca pecah la lagi. Dah tahu nak cantik-cantik taknak comot-comot dah. Pendek kata, semua dah berubah. Biasa lah tu perubahan. Lagi kan hormon sentiasa berubah, ini kan pulak perangai kita manusia kan. Apatah lagi cita-cita. Memang tak tetap untill you found the one yang kau rasa 'oh, Im lovin' it!'.


As for me, macam remaja lain jugak ada banyak cita-cita yang sering bertukar ganti mengikut mood dan pengaruh tv terutamanya. Haha. Hari ni kau nak share dengan korang ape sebenarnya yang aku cita-citakan from kanak-kanak hinggalah remaja bersekolah. My top five ambitions! Wah gitu. Haha





5. Setiausaha.
"I wanna be a secretary. I mean a succesfull secretary". Itu antara impian aku yang sampai sekarang belum tercapai. Mengubah cita-cita pada umur 16 tahun dan seterusnya membuatkan aku sambung study dalam bidang ni. Aku ingat lagi masa nak apply sambung belajar aku takde kenderaan nak pegi cc. Rumah takde internet. Abah busy pegi tapak project. So aku mintak tlg kawan aku tolong apply utk aku. And aku tanya dia kos ape dia pilih sbg pilihan pertama. Dia ckp, kejuruteraan elektrik. Haaaaa???????? Gosh! Esok jugak aku paksa abah bawak aku pegi cc. Aku tukar kpd Dip Sains Kesetiausahaan. Oh la laaa.. Legaa. S/U ni sebenarnya kerja yang mencabar. Nak jaga bos lagi, nak jaga kerja sendiri lagi. Pegi sana pegi sini ikut bos la meeting la. Tak mudah tahu. Memang lah masa aku mark nak jadi S/U mane ntah aku tengok. Macam best kan kerja dia. Boleh lelawa mekap semua. And dulu orang duk cakap kerja ni boleh kenal ramai orang kaya. Scandal dengan Dato'. Tapi sebenarnya tak. Tak semua S/U macam tu. Classmate aku ramai kot yang dah berjaya jadi S/U tapi xde pon diaorang scandal2?? It depends ok :)





4. Pereka Fesyen
Atau lebih famous amous dikenali sebagai fashion designer. Cuba sebut betul-betul dengan cara sebutan yang betul. Muncung mulut jadinya kan? Aha. Itu lah kelas as a fashion desiner. Sebutan pon dah kelas, apatah lagi kerjaya nya kan. Ni masa aku skolah jugak ni punye cita-cita. Dulu aku x kenal lagi sape Hatta Dolmat ke sape-sape je la fashion designer yang top top. Yang aku kenal Makcik Idah je yang tetiap tahun jahit baju kurung aku masa tu. Hehe. Aku suka tengok fashion show. Catwalk semua tuh memang fav aku suka gilakkkkk tengok. Sebab diaorang even kadang-kadang muka models tu pada pandangan aku tak lawa pon, tapi diaorg jadi super duper lawa bila mekap tebal2 and pakai baju-baju rekaan ekslusif from certain-certain fashion designer. So sebab tu lah aku berkobar-kobar tanam cita-cita nak jadi fashion designer. Tapi at last aku sedar aku takde bakat. Haha :P






3. Artis
Artis ni tak bertumpu pada penyanyi atau pelakon sahaja. Artis adalah dua-dua sekali pelakon and penyanyi. Mana-mana kau jadi pon kau akan digelar artis. Ni memang antara cita-cita aku masa hingusan. Aku set minda aku kalau jadi artis ni mesti cantek, pakai dress labuh-labuh, mengerlip-ngerlip, ada orang mekap, masuk tv orang kampung nampak and boleh dapat bf hansom! Haha. So aku tanam cita-cita yang sebenarnya angan-angan minah jenin je sebenarnya. Masa kecik-kecik aku slalu main mekap-mekap. Lipstick duo fungsi as a lipstick itself dan juga eye shadow jugak! Tapi aku tak cilok umi punye lipstick tau. Aku guna aku punye sendiri sebab arwah maksdare aku yang jaga aku kecik-kecik dulu suka bg aku lipstick. So aku guna utk main conteng-conteng muka. Orang mekapkan aku, aku mekapkan orang. Ah masa orang mekapkan aku tuh jangan tanya la. Feeling artis habis! Pastu masuk rumah xnak remove mekap, cakap sorang-sorang dpn cermin konon tgh di-interview oleh wartawan. Muahahahaha!






2. Pramugari.
Ini satu cita-cita yang aku nak jadi start dari aku darjah 6 kalau tak silap. Masa tu aku ingat lagi tengah borak-borak dengan umi. Then umi bukak cerita pasal dia dulu. Dia cakap kalau abah tak masuk meminang dia dulu, mesti dia dah jadi pramugari. Sebab dia dah nak dapat job tu tapi dah abah aku potong line dulu so kira sekarang siapa cepat dia dapat la kan. Haha. Pandai jugak abah aku ni cari timing. Baik punye. Since that time, aku berfikir nak jadi pramugari jugak. Aku tengok dalam surat khabar and tv gambar-gambar pramugari semua lawa-lawa. Masa tu tengah top still MAS lagik. Air Asia belum ada lagi kalau tak silap lah. Takpun aku tak kenal lg Air Asia masa tu. Tengok diaorang pakai kebaya biru MAS tu cantik gile kot. Dengan rambut sanggul tinggi-tinggi. Aumm! Tapi lepas dah habis skolah aku sedar diri. Aku tak tinggi aku pendek. Kulit aku xlicin ada banyak parut and jerawat. Speaking pulak kelam-kabut. Pernah jugak bagitahu umi aku nak jadi pramugari tapi lepas tu tak follow up dah sebab tak confident dek kerana sebab-sebab yang dinyatakan. So, aku biarkan itu jadi angan-angan jugak.





1. Doktor.
Ni cita-cita aku yang aku paling antara ter-first aku pilih since hingusan lagi. Bila besar nak jadi ape? Doktor! Haha. Aku tahu kerjaya doktor ni antara pilihan cita-cita majoriti kanak-kanak yang ada. Aku tak tahu kenapa aku boleh sangkut nak jadi doktor setiap kali cikgu tanya. Maybe pengaruh cite P.Ramlee kot. "Siapa dia? Doktor??Majistret??" Haha. Selingan sikit. Atau mungkin sebab utama aku nak jadi doktor adalah kerana masa kecik-kecik dulu suka main doktor-doktor, ubat-ubat. Cari geng ramai-ramai, ajak datang rumah, buat sepah kat rumah. Sape nak jadi doktor, sape nk jadi nurse, sape nk jadi pesakit pulak. Pesakit kena cucuk dengan pen/pensil selaku jarum dalam drama tersebut. Ubat pulak beli coklat yang warna warni bagi makan. Hikhik. Comel kan? And dalam drama dulu sket-sket ada babak kat hospital/klinik, sket-sket ada babak wife masuk dewan bedah, sket-sket ada babak menangis kat hospital. Banyak lah peranan doktor disitu. Doktor pulak masuk tv bergaya. Memang aku aim la kan. Haha. Malangnya, otak aku tak cukup nak menampung ilmu kedoktoran yang hebat itu. Isk isk.

Semua cita-cita aku tu sampai sekarang belum tertunai. Cita-cita tak semestinya tercapai. And cita-cita aku sentiasa akan berubah hingga lah aku jumpa dengan satu kerjaya yang betul-betul aku akan buat sampai tua, satu hari nanti. Masa depan kita masing-masing dah tertulis dan kita mempunya pilihan samada untuk mengikut masa depan yang tertulis itu ataupun merubahnya. That's it. Bagi aku, sekarang aku punya banyak pilihan yang lebih baik. Kita tengok nanti. :)

Thursday, November 4, 2010

kerana aku perempuan

aku seorang perempuan.
namun tak sama seperti yang lain.
aku tak sekuat yang lain.
aku tak sehebat yang lain.
aku perempuan lemah.
lemah selemah-lemahnya.

aku punya hati.
aku punya perasaan.
aku sama mcm perempuan lain.
hati cepat menangis.
perasaan cepat tersentuh.

kerana aku perempuan.
dan bukannya lelaki.
jiwa selembut sutera.
mudah dicarik.mudah dirobek.
seperti sebutir permata.
mungkin jua hanya kaca.
genggam sebaiknya.
jangan dibiar jatuh ke bumi.
kelak hancur tidak bercantum semula.

begitulah aku.
seribu pengharapan diberikan.
sejuta impian dipasang.
demi harapan nan satu.
impian itu menjadi indah.
mimpi itu sepertinya pasti.

sekali aku bangun.
aku mampu berdiri tegak.
berdiri demi suatu impian.
andai impian itu hilang.
aku pasti rebah menyembah bumi.
bersama impian yang terkubur.

aku lemah.
bisa jatuh tidak bertiang.
kecundang tanpa tujuan.

yang nyata.aku pasrah.

sekian.

Tuesday, June 8, 2010

mission to be COMPLETED!

this topic lamee gle aku simpan.fikir n berangan sorg2.. :p
so skg rasa mcm xleh simpan dah selagi aku xtulis kt diary yg satu ni.
aku kena tulis if x nanti aku lupe cmtu je.
ohh x boleh..hehe..
this year aku ada byk misi utk dicapai.
target nk jugak capai tahun ni kalau boleh before 31 disember 2010..
eheheh....
check this out!

1 --> buy D&G No.3 Perfume For Women.
2 --> buy necklace sbb giler lame xpkai since aku kapel dgn dia.
3 --> shopping raya bajet rm800.kot.damn knp bajet slalu high ni!
4 --> decorate new room with :
♥ wall putih n pink as feature wall ♥
♥ langsir soft pink ♥
♥ all in black furniture ♥
5 --> kumpul duit for shopping at Bandung for next year!yeah!


ni je TOP 5 aku nk capai setakat hari ni.waktu ni.
the rest mayb xde lg mengarut2 dlm kepala ni..tp mungkin akan ada!hikhik.
no 1,2, n 5 tu insyaallah aku boleh tunaikan sendiri..
yg no 3 && 4 tu rasanye xdpt kot sndri..perlukan kedua big bos (umi & abah) utk support ye..esp no 4.hehehe...okes sekian!