Thursday, April 21, 2011

Last minutes punye kerja bershopping





Siapa perempuan yang tak suka shopping kat sini angkat tangan cepat! Ada? Takde kan? Pelik lah kalau perempuan tak suka shopping. Cuma tahap dia ber-shopping tu yang membezakan perempuan tu kuat shopping ke tak. Aku? Aku biasa-biasa je. Nak kata kuat sgt shopping dok ler. Time takde duit kena jugak menahan nafsu shooping tu. Time duit dah berkepuk baru la datang sawan nk shopping. Tapi kejap je xlama pun. Hehe.

Aku kalau nak ber-shopping ni ada time jugak. Kalau kat Kuantan ni dlm sebulan tu sekali dua ada la kot shopping. Tu pun kalau ada yang berkenan di hati. Kalau takde x shopping lah. Selamat dah duit kat situ. Tapi kalau aku balik Tganu memang x shopping lah. Mengharap shopping online je lah. Tu pun x slalu. Biasa aku akan simpan duit abah duk bagi hari hari kat aku lebih kurang 5-6 bulan then bila g KL amek kau sedebuk aku habiskan. KL memang bukan tempat yang terbaik utk aku saving. T_T


sy nampak awak curi-curi amek gambar sy yea bang. :P



As usual lah, aku naik KL haritu niatnya nak attend Nuffnang Event je actually. Tapi gatal sangat siang hari tu ajak encik bf g cuci mata kt KLCC kan dah over shopping. Duit abah bagi suruh beli makanan untuk sebulan dah aku habis utk shopping semata mata. Mati kalau umi dapat tahu. Isk. Ini bukan kes tak sengaja ini memang kes aku yang mencari nahas. Dah awal awal aku sengaja tak bawak baju pun utk pegi Nuffnang Event tu. So memang wajib lah aku membeli baru. Hui!


Ape yang aku cari sebenarnya utk pakai malam tu? Entah ler aku takde idea. Lately aku perasan aku duk rembat duk beli kemeja je memanjang. Encik bf aku ni suke sgt. Kalau bershopping dgn dia mmg tak sah kalau tak buat balik kemeja. Grr! Cari punye cari xjumpe yang berkenan di hati. Bayangkan lah satu KLCC tu takde satu pun memikat hati aku. Takpun ada yang memikat aku, tp tak berjaya tackle pandangan encik bf. Pasrah sambil buat muke. Huh.


Adalah dalam 5 jam jugak lah kitaorang duk pusing turun naik satu KLCC tu. Kaki penat tak payah cakap la. Nak tercabut je rasa kaki dua belah ni. Nasib baik dapat bf yang mengikut je kerenah aku ni. Hehe. Last skali dah berjodoh kot, masa tu dah nak turun nk balik dah. Giveup lah konon. Sekali mata aku terperasan "eh b, kita tak masuk lagi kan Esprit ni tadi?". Laju encik bf aku jawab "dah la tadi". Malas nak follow lettew! Hehe. Ah aku jalan je masuk laju2. Kat sini baru la sangkut ada yg berkenan. 2 helai pulak tu aku rembat. Lepas geram aku 5 jam duk memusing tak jumpa. Haih.





Apa yg encik bf aku bawak tu? Haha tu lah hasil 5 jam aku keliling turun naik KLCC tuh. 4 helai je aku sempat rembat 3 baju 1 jeans. Hekhek. Aku bukan penggila seluar jeans mcm si Najat Nasiha tu duk beli seluar skmo. Aku jarang membeli seluar jeans tp tau lah that day rasa nak beli. Hikhik. Actually ape yg aku pakai masa pegi tgk The Roomate tu, the shirts and jeans tu lah yg aku beli di siang hari. Hikhik kantoi. :P


12 comments:

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

adik siyes akak jeles!
bestnye sopping..

Amiera Hilton said...

@pinkymomma : hehe best mmg best tp duit pun best je keluar. hehe sis jom shopping sama2 plak.

puteri ain said...

i like shopping ! hehe

Amiera Hilton said...

@puteri ain : yeah me too! huu (^_^)

cikgu fiQ said...

pompuan mmg kaki shoping la...
blogwalking here~~~
foLLow lah sy kaLu sudi~
http://simpleasfiq.blogspot.com/

O'gosh said...

hoho..nasib baik jumpa klcc 2 3 bulan sekali...ce bayangkan akak yang hari2 ni...huhu

Amiera Hilton said...

@cikgu fiq : hehe. nk buat cmne kan :P

@Ogosh : a'ah nsb baik xkeje kt KLCC tu. kalau x mati la xpnh ckup gaji bulan2. huhu

bArdbOO said...

sy duka shopping!! tp skrg xlarat dh nak bawak perot ke sana ke mari..huhu..

Jom Lawat: Blog Bardboo DAN Sweet Child
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

sweet like what said...

bestnye shopping ! hehe.. miera anis dah adjust dah..cer miera komen..leh tak..?tq yekk..

Amiera Hilton said...

@bardboo : xpe lepas perut tu dah surut shopping sakan la ye. hehe

@Sweet : owh ok ok. nti miera try k :)

Epal Hirata said...

bestnye shopping...kat sini xleh shopping...huuu...dlm utan

Amiera Hilton said...

@epal : hutan???