Wednesday, May 11, 2011

Sunway Lagoon


Kemana la aku menghilang selama ni kan? Mesti korang ingat aku dah malas nk berblog kan? Hehe. Tidak tidak. Aku hanya ke KL dalam tempoh yang agak lama dan takde talian internet. Itu saja. Takde kena mengena dengan cinta aku terhadap blog ini ya kawan-kawan. Hehe.

Eh eh nak cakap ni. Aku dah tamat tempoh resign! Wehuuuu..Senangnya dalam hati. Hehe. So bila dah habis tempoh resign itulah sebabnya aku berlama lamaan sangat kat KL tu. Kebetulan pergi tolong encik bf and family pindah rumah then ho ho ho holiday! Kemana kami? Ke Sunway Lagoon. :)

Tix dah beli berkurun berzaman dah actually. Since end of last year lg. Masa tu tengah promotion tix Sunway ni murah. RM55 for all parks. Memang murah la tu. Thats why kami rebut. Hehe. Plan dah lama nak pergi cumanya ada je halangan yang tak dapat dielakkan. Last last haritu pergi jugaklah before tempoh tix tu expired. Hehe.






Setibanya di Sunway, snap pic pintu masuk Sunway dulu. Motif? Tak tahu. Saje saje and rasa kalau pergi tempat tempat cmni mesti nak snap gambar pintu masuk. Hehe. Nasib baik kitaorang pergi hari weekday so tak ramai sangat orang kat Sunway ni. Tapi dalam tak ramai pun beratur jugak lah kejap nak main satu satu park. Haish.






Masuk je dalam Sunway, terus melilau cari locker. Tempatnye besau gedabak, so kenalah cari locker yang berada di tempat yang strategik. Memula pergi amek locker kat Wild Wild West. Ceh konon paling dekat la tu. Kakaknye dah cakap suruh amek locker yang dekat escalator tu tapi degil tak nak dengar cakap. Lepas tu dah main main semua yang tak melibatkan air and bila nk berendam dalam air mulalah nak cari locker tu balik sikit punya jauhhhh. Haiyak. Akibatnya, tukar locker pergi ke locker yang dekat dengan escalator tuh. Hehe :P






Dia tengah asyik study dan mengkaji pasal peta Sunway Lagoon. Aku jalan laju laju je kat depan sebab taknak kacau dia. Kalau dekat nanti aku kacau pastu kena marah lorh. Jangan memain sebabkan peta yang satu ni masam-masam muka jugak lah aku dengan dia kejap sebab pening duk mencari tempat. Oklah dia betul, aku salah. Thats why masam muke. Hiks :P






Planning awal kami sebenarnya taknak main air. Kalau kena air sikit sikit tu fine lah. Tak kisah lah tu. Tapi encik bf dah buat muka pasrah walaupun dah pujuk kemain lagi tetap nak buat muka simpati so aku follow lah kemahuan dia. Bodoh ke ape pergi Sunway taknak main air kan? Haha aku tau mesti korang cakap cmtu kat aku. Baik mengaku cepat! Hehe. Actually aku taknak main air tu ada sebab tertentu. Tapi bila difikir dan dikenang, argh tak kire aku nak main jugak air! Rugilah kalau tak main dah lah nak dapat tix murah susah. Ngeng!






Dan akhirnyaaaa.....dia dah masuk dalam air. Aku pun selok jeles nak main air jugak. Pergi balik kat locker yang sikit punya jauh nun di Wild Wild West tuh pastu pindah ke locker kat escalator. Simpan handphone and barang barang penting lain yang kteorang duk pegang dari tadi. Then terjun dalam air. Haha. Syiokkk kot. Encik bf aku ni suke sangat menunggu air yang jatuh dari tong besar yang kat atas. Amboiii cm budak lah awak sayang. Hish. Tapi memang bestlah kalau pergi ramai ramai lagi lah best! Pergi berdua ni lebih ke arah romantika romantika lah kot. Hahahahah :P


Cewah masa duk main air bukan main lagi kteorang melayan sorang mat Bangla ni tolong snap gambar kitaorang dalam air. Sikit punya banyak dia suruh kteorang posing. Habis hidung aku masuk air. Last last tak beli pun gambar gambar tu. Haha. Masuk Sunway dalam pukul11 then siap main semua park dalam pukul5. Ops bukan semua park actually. Surfing Beach that day tutup cz ada persiapan untuk party. Ada satu park kteorang tak masuk iaitu Scream Park. Yes, aku yang taknak masuk. Gila kau dari luar aku dah nampak hantu tu pandang aku semacam. Memang tak ah aku nak masuk serah diri kat dalam Scream Park tu yang entah mcm mane keadaannya. Korang pergi Sunway masuk Scream Park x? Mcm mane eh kat dalam tu? Dia pegang kita ke ape? Hui seram!


10 comments:

Anonymous said...

alamak,mane tudung?

Mr.Superman said...

seronok le main air dgn org trsyg..bkn main lg la bdk ni..ececeh..hahaha.

Amiera Hilton said...

cik anon : takde, ada dalam beg utk pakai lepas salin baju. nape?

abg stalker : heheheh. malu lah :P

Anonymous said...

just wanna say sumthing.
ur hair cantekk lah.
=)

Amiera Hilton said...

ieqa : tq yang :)

Akidazami said...

Halamakkk tak perasan lagi entri ni. Psal tertido la lepas mencekik tadi.

Waa best gila!!! :D Lama tak pergi mandi manda ni :D Ei? RM55?? Oh promotion... adui :P

Amiera Hilton said...

@akid : ah akid cmtu la. baru hilang kejap dah tak caring psl org. sobs. hehe

anez zamri said...

bestnye mandi...time panas2 nie syok p mandi kan.. ;)

Zie Madini said...

whoaaa! jelesss...akk teringin nk gi ctue tawwwwww :(

Amiera Hilton said...

@sweet : yups nasib baik kebetulan hari kteorg pegi ku cuaca elok. hehehe berendam sakan la..hikhik :P

@kak zie : pegi la kak. besttt! :)