Nurrrrrr kasihhhhh... Pergh ni memang entry rakus riak takbur semua ada. Asal aku rajin tak hingat nak update pasal Nur Kasih The Movie ni. Tak boleh tunggu sampai pagi esok dan dan pukul 2.35 pagi jugak nak post. Semangat Nur Kasih betul. Sebab aku dah tengok dah pung movie yang korang tunggu2 ni. Hehehe kalau jeles cepat2 book tix online hokay :)
Sorry pic diambil oleh camera handphone cikai aje. Bukan DSLR mcm korang. Sebab tu kabur. Isk. Aku pergi tgk Nur Kasih ni berempat tapi bila masuk wayang aku terpinggir sorang2 duk hujung. Yang tiga orang lagi duduk jauh dari aku akibat dr book tix last minutes. Huhu. First screening tu kteorang serang. Midnight pulak tu. Rating movie ni? Aku bg 4.5 daripada 5 bintang. Sedihhhhh!!! Sempat jugaklah menitik setitis dua air mata mahal aku ni. Hehe. Oh sememangnya aku bukan jenis cepat nanges bila tgk cite sedih ya. Tapi dgn movie ni aku kalah. Menanges sok sek sok sek aku dlm wayang tu ha. Sobs.
Nur Kasih The Movie, sambungan drama Nur Kasih. Jalan cerita best tapi ada sikit sikit flash back yang kadang2 mengelirukan aku. Effect standard lah filem Malaysia kot korang janganlah harap sehebat effect filem omputeh. Memang tak dapat la. Hehe. Mengisahkan tentang kehidupan Nur, Adam dan Aidil sehingga mereka tua. Aidil kematian Leya tetapi dikurniakan 2 orang cahaya mata yang sangat comel. And Nur dan Adam menghadapi pelbagai dugaan demi dugaan. Daripada kehampaan untuk mendapat zuriat, kepayahan hidup semasa di Jordan dan sebagainya.
Nak tahu lebih details mcm mana jalan ceritanya, ape kesudahannya sila serang panggung wayang berdekatan anda okay. Hehe. Tapi aku and housemates aku semua sependapat drama Nur Kasih lagi best dari Nur Kasih The Movie. Yelah sebab itu drama, ada banyak masa and episod boleh diisi. Ini movie, masa limit 2 jam je. So scene2 pun simple tapi penyampaian tetap sampai hingga meleleh air mata aku ni ha. Sobs. Korang kalau yang kaki nanges kalau tgk cite sedih tu aku syorkan bawak tisu byk2 ye masa tgk movie ni. Anyway, adegan kasih sayang dlm movie ni memang buat aku rasa nk kawen cepat2. Haha. Aku nak mcm tuh. Nak kasih sayang seteguh, sekuat Nur dan Adam. Insyaallah..Nurrr kasihhhhhh.....
12 comments:
wah boleh ajak hubby tgk nie... ;)
aduhhh kasi geram nih..
smua pakai tunjuk tiket wayang hukhukhuk ;(
@sweet : boleh2. tp jgn lupa bwk tisu. heheh :)
@pinkymomma : hehehhe. rugi kak tak tgk. takpe2 boleh tgk dlm astro First :)
eh dh main ek kat cinema. ini yg nk gi terjah tgk ni...hikss
@redbloodsnow : dah kak. tp better book online before pegi kaunter. fulllllll :)
wahhhh ! miera da tgk ?! nk p tgk jgk..hehe.. like nur kasih ! :))
@cik pelangi : yup miera da tgk. besttt, sedihh. u shud watch too dear :)
adik..astro 1st pun x subscribe ahahaha ;p
@pinkymomma : xpe nti nk tgk cite tu akak subscribe la. sebab dia bukan all the time masuk bill kan? just subscribe for movie apa yg kita nk tgk je :)
baru ingat nak tgk. Tapi dah ramei kata tak best, tak jd la :D Drama dia lagi best ek? :D
@akid : drama lg byk babak yg best. tp movie ni not bad jugak. best jugak bg miera :)
@akid : drama lg byk babak yg best. tp movie ni not bad jugak. best jugak bg miera :)
Post a Comment