Saturday, April 2, 2011

Skim Rumah Pertamaku


Did you ever heard about Skim Rumah Pertamaku? And did you know details about it? Oh lupa nak say hello. Sorry. Hello semua readers. Have a wonderful Saturday ahead. :)

Hurm encik bf aku nak beli rumah. Tapi dia suruh aku yang survey and urus everything. Haih bang mentang-mentang la gf awak ni study secretary dulu yea. Awak amek kesempatan jadikan kita S/U awak pulak yea. Hehe. Takpe dah biasa dah jadi S/U tak bergaji orang ni. Hehe. Tapi dia ada usulkan satu cadangan. Katanya nak beli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku. Ok nak mengaku kat sini. Skim tu memang pertama kali di pendengaran aku. Hahahah. Maklum lah aku ni tak layan sangat news yg berkaitan politik, hartanah, perumahan and bla bla bla. Bila dah sampai masa memerlukan baru aku sibuk sibuk nak amek tahu segala.


On the spot masa encik bf bagitahu aku tu kebetulan aku tengah online lagi. Laptop tengah kat riba lagi. So terus lah aku cube cari sikit sikit info. Boleh la tahu serba sedikit pasal Skim ni. Tapi tak tahu banyak. Sebab time tu pun dah midnight so haruslah mata aku kuyu nak mengadap laptop cari info lelame kan. Hehe.




Melalui carian Google, dapat korek sikit rahsia. Eh rahsia ke? Takdelah. Hehe. Google website itu website ini, google gambar itu gambar ini. Skim ni sebenarnya antara yang dibentangkan masa Bajet 2011 yang lepas. Tapi as usual lah aku mane ade tengok pembentangan-pembentangan ni so aku tak tahu. Tapi aku tahu dalam Bajet 2011 barangan berjenama dimansuhkan tax. Haha haruslah tahu bab mcm tu kan. Ok taknak tersasar dari topik. Skim ni diumumkan dalam pembentangan Bajet 2011 dan telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac lalu. Means baru lagi la hal ni. Bagus kan kerajaan nak bantu siap bagi pinjaman penuh lagi tu. Alhamdulillah..





Aku sokong kerajaan lancarkan skim mcm ni. Sekurang-kurangnya boleh bantu rakyat especially golongan muda yang bakal menjadi tunggak negara nanti. Minyak naik, barang semua naik. Kalau takde inisiatif mcm ni matilah kami yang bawah-bawah ni. Makin bertambahlah kadar kemiskinan. Kalau korang nak tahu, skim ni disasarkan untuk golongan muda yang berumur 35 tahun ke bawah dan bekerja di syarikat swasta. Pendapatan pula mestilah dibawah 3K sebulan. Haaa yang kerja kerajaan tak boleh yea. Korang dah banyak benefit kerajaan bagi. Loan senang je nak mohon kan. Hehe. And skim ni jugak almost semua bank dalam Malaysia ni mengambil bahagian. Wah wah wahh :)

Banyak yang aku nak tahu pasal skim ni. Ada tak sesape readers kat sini yang tahu lebih lanjut tentang skim ni? Please Miera nak tahu ni. Kalau korang tahu jangan la segan-segan komen kat post ni or tegur kat twitter or fb pn yea. Thanks! :)

8 comments:

MizzTina said...

niat kite sma...tp msh xtau psl skim ni... huhuhu

Amiera Hilton said...

@mizzkechique : bkn niat miera la. ni niat bf, miera tlg cari info je. hehe. skim ni still baru so mmg xbyk yg tahu :)

kidfx said...

skim yg macam ni la yg sebabkan housing bubble di USA sehinggakan USA economy merudum. dan skrg Malaysia meniru skim yg dah sah gagal.

Amiera Hilton said...

@Kidfx : ye ke? hurm taktahu pun. thanks for the info. tp kenapa ea?

Park Air said...

Yang aku tau skim ni untuk pekerja swasta je.. :(

@kidfx :- cer cita. bagi link pun xpe dah.

Amiera Hilton said...

@Park Air : huhu itu miera pn tau. nak tahu dia punye pro and con lg details :)

puteri ain said...

tak tahu sgat pasal bnde ni..
sorry..

Amiera Hilton said...

@puteri ain : oh takpe dear :)