Tuesday, April 5, 2011

My Sunday Just Go With It



Ehem. Weekend lepas aku bangun agak awal. Siapkan kerja, kemas bilik, basuh baju sebaldi, lipat baju-baju semua and ok dah bosan tak tahu nak buat ape dah. Nak keluar tapi tak tahu nak ajak sape. Then try sms my bff Najat kot kot lah dia free kan. Sms berbunyi "beb, bosan ah. jom keluar". Haha ayat simple and straight to the point. Then she replied "pukul brape?". Hoyeah itu green light ye puan-puan. So aku keluarlah berdua-duaan dengannya pada hari Ahad yg lepas.


Motif keluar?? Takde motif. Serious takde motif. Ingatkan nak shopping tapi bila bukak purse, alahai cukup-cukup nak beli sardin je ni satu tin. Hiks. So aku tak shopping. Sebaliknya Najat shoping sandal sepasang. Oh myyy sandal tu lawa gile kot. Merah pulak tu. Kaki pulak gebu. Haha. Then pegi makan kejap kat Noodle Station. Gosh! Aku makan seafod basket yang ciput tu je pun dengan air lime ape ntah kena bayor RM30. Ok makin pokai dah ni. Kalau tahu aku makan McD je. Haha. Then berlari lari anak lah kami untuk masuk wayang. Tiket dah beli before that lagi okay.


Nak tahu kisah disebalik pembelian tiket wayang tak? Meh aku kasi tahu sikit. This happened masa kat kaunter tiket. Dah confirmed nak tengok movie apa, pukul berape, berape orang and seat mana so kteorang bayar lah kan. Aku tak tahu samada aku yang relaks terlebih atau si Najat yang over excited that time. Mentang-mentang kaunter takde cermin penghadang, suke-suke hati dia je nak tarik sendiri tiket yang keluar tu. Haha. Nak tanya korang sikit, selama korang tengok wayang pernah ke korang amek tiket yang kuar dr machine tu sendiri? Tak pernah kan kan kan? Haha. Aduhh..malu malu. Nasib baik takde org perasan.


Kteorang tengok movie Just Go With It lakonan Adam Sandler and Jennifer Anniston. Best habis movie ni. Kelakar kau! Tapi a bit 18SX lah sebab banyak part-part yang pelakon perempuan seksi nak mamp! Hadoii..Dah la seat kteorang diapit oleh lelaki-lelaki. Oh myy.. Malu rasa bila masa part-part menyeksi nyeksa ni. Movie ni actually pasal sorang lelaki ni. He's fall in love kat sorang perempuan muda jelita. Tapi jadi kantoi bila perempuan yg dia suka tu jumpe cincin kawen dalam poket seluar lelaki ni after diaorng berasmaradana. Fffftt! So nak buktikan bahawanya dia single so dia suruh pembantu dia berlakon jadi bekas isteri. Then, seterusnya after lakonan tu mcm-mcm lah yg jadi. Kalau korang nak tahu and nak gelak dalam wayang tu, sila beratur pegi beli tiket ok.


Bagi aku tak rugi la beli tiket untuk movie ni. Tapi korang kalau nak pergi tengok movie ni aku nasihatkan pergi dengan geng-geng perempuan korang. Jangan ajak bf. No no no. Nanti sedap sedap dia cuci mata kang dalam wayang tu. Haha. Aku nasihatkan je. Kalau korang nak bawak jugak takde hal pun. Takde tulis pun untuk movie tu "no boys allowed". Haha.


8 comments:

Ujang9897 said...

owh ada lucah2 ek cita ni..hihi

fyna ahmad said...

nak g tgk la jgk..
;)

Redbloodsnow said...

NK CARIK DVD CIPLAK MUVI NIH AH NNTI...HAHA :D

Amiera Hilton said...

@ujang : xlucah la bang oi..cuma byk terbukak bukak je. hikhik :P

@fyna : pegi pegi. worth your money :)

@redbloodsnow : hikhik. dvd boleh tgk byk2 kali kan. pandai. hehe

Aida Tamrim said...

Waahhh .. Cam best jeee ... Tp, akak tk brapa minat la kat jennifer Aniston tuh ... Tkpela .. Kalau citer best, pe salahnye gi tgk kaann .. hehe

Amiera Hilton said...

@adialuze : pegi tgk. best :)

Cik Kumbang said...

ala rugi xtgk cta ni hr tu...ehhe :p

Amiera Hilton said...

@cik kumbang : laaa xpe xpe. ada masa lg nk g tgk. hehe