Wednesday, April 6, 2011

Mengidam kalah orang mengandung!


Hai semua! Hurmmmm ada bau wangi tak kat blog Miera ni? Ada bau durian x? Hehe. Sekarang ni dah musim durian ke ek? Sebab tengok kat tepi-tepi jalan banyak je pakcik-pakcik jual durian. Bila dah asyik nampak je everyday, ape lagi nafsu makan ni mengada lah mintak dimanja. Haih. Mengidam terus selagi tak dapat selagi tu lah duk sebut nak durian nak durian.


Perasaan mengidam ni start since 2 minggu lepas kalau tak silap. Bila balik kerja nak pergi tapau makanan ternampak ada pakcik jual durian kat bahu jalan. Masa tu ada rasa nak beli tapi dilengahkan sebab macam tak mengidam sangat pun. Hehe. Then bila keluar dengan Najat hari tu ingatkan nak beli durian kat pasar malam Taman Gelora tapi tak kesampaian sebab takde nampak durian pun kat sana. Yang ada hanyalah bau durian sahaja. Isk isk.



And semalam lepas jugak kempunan aku ni. Tu dia aku beli 2 biji durian kampung bersamaan 2 kilo berat. Kali ni azam sungguh-sungguh dah nak beli durian sebab tu yg tercapai ni. Tunggu akak rumah aku balik keje then terus ajak dia teman pergi beli durian. Almaklumlah aku tak pandai and tak tahu langsung mcm mane nk pilih durian yg isi baik ni. Seriously I am zero about it. Kat rumah selalu makan time musim durian tapi tak pernah beli sendiri. Asyik-asyik abah je yang bawak balik suruh makan. Hehe. Nasib baik jugak lah aku ajak akak rumah aku tu meneman. Kalau tak rasanya aku dah tersilap pilih durian lah kot.

Akak : Pakcik durian ni berapa sekilo?


Pakcik : Durian kampung RM8 sekilo. Durian kawen RM13 sekilo. *dalam hati aku durian pun kawen ke??*


Akak : Cube tengok isi yang ni.


Pakcik : Nah. Ok ni dik kuning je isi dia.


Akak : Kuning ape cmtu pakcik. Macam belum masak je.


Pakcik : A'ah la dik. Belum masak ni. Takpe takpe pilih yg lain.


Aku : pakcik ni lainkali tipu saya je, jgn tipu org lain. *dlm hati*



Itu kalau aku yang pegi sesorang tu memang dah rembat durian yg first tadi tu la. Tak reti aku nak menengok isi durian ni yg sedap cmne yang tak sedap pulak cmne. Haih. Dah beli tu aku letak je dlm kete durian-durian ni. Semerbak bau! Haha. Nasib baik rumah aku dengan tempat jual durian ni dekat je. Kalau tak boleh tahan melekat la bau durian ni dalam kete aku kan. Sampai rumah terus belah durian tu nak makan. Sekali lagi berkaitan durian, bukan aku yang buat. Akak umah aku jugak yang kopek kulit durian tu untuk aku. Hiks. Alah bukan aku tak pandai la. Cumanya aku selowww sangat nak buat keje tu. Sebab kulit durian tu tajam and susah nak bukak. Buatnye time aku nak kopek kulit durian tu then terpelanting terkena aku tak ke parah? Haaa so better low profile and serahkan kepada yg lebih pakar. Hikhik. *ayat taknak tunjuk kelemahan tu* :P






Satu-satunya kerja yang berkaitan durian aku buat sendiri! Makan sendiri tau, tak mintak tolong akak umah aku pun kali ni. Haha. Daripada 2 biji durian yg ada tu, akak umah aku makan 4-5 ulas je. Selebihnya aku rembat. Hikhik. Dah dia cakap xnk makan banyak so aku tolong lah makan untuk dia. Asyik-asyik dia je tolong aku kan. Kali ni aku pulak tolong dia. Hehe. Lepas jugak kempunan and mengidam aku ni sekurang-kurangnya. Tapi! Haa ada tapi tau. Tapi belum lepas semuanya lagi kempunan aku ni. Kenapa? Sebab aku nak makan durian yang isi kuning, tebal and besau! Mane nak dapat ni?? Isk isk T_T


36 comments:

Cik tikah said...

SEDAPNYA. NAK SIKIT MIERA. HIHI...

Ujang9897 said...

membuatkan ku terliur..

dah kentut lom..=)

Isteri Encek Bard said...

duyan... lahai sedapnyer

Amiera Hilton said...

@areteacar : alorh dah habis la yang. hikhik :P

@ujang : ish xkentut lg peram dulu lama-lama. haha :P

@IYC : sedap sedap. tp klu yg isi kuning n tebal lg sedap! hehe

darlachinta said...

alahai walaupon sy xbrp minat mkn durian tp terliur jgak bila lama sdh xmkn...huhuh..durian d kk nie mahal sgt;( n ssh lg nak dpt..

Amiera Hilton said...

@darla : hehe. owh kt KK mahal yea durian? berapa ringgit sekilo?

Azueriena said...

sedappnyaa duriann...akak tgg balik kg ler mkn durian puas2...kat kl nie durian x fresh dahh...nak tgg kat pokok dier..jatuh teruss jerkk ngapp hahahhaa

Amiera Hilton said...

@azueriena : aduhh kak..lg sedap tu. makan ramai-ramai kt kebun. feel mkn kt kg n mkn kt bandar tu x sama kn kak. hehe

amalina said...

sedap..sedap..nak join mengidam jugak heeee :)

Amiera Hilton said...

@amalina : hehe silakan. lg ramai lg syiok. hehe

Amiera Hilton said...

@amalina : hehe silakan. lg ramai lg syiok. hehe

Aida Tamrim said...

Sedaaapnyyyeee !!! Nak sikiiiiittt !!!! Nyummmyyy !!

P/S : Salam ziarah perkenalan ... mekasih polo akak .. akak polo awak balik :D

Amiera Hilton said...

@adialuze : hehe. beli kak borong byk2. hehe welkam and thanks jugak :)

Admin said...

Salam .. makkkk mahalnyer ...

hmm ujung minggu ni ada makan2 durian .. makanlah sepuasnya hanya dengan RM10 ... nak tahu kat mana? baca kat blog saya nanti ehh .. hehehehe ..ke dah tahu???

iza said...

hi amiera,
skunk ni musim doryan kot pasal kat fb akak sumer org citer beli doryan la makan doryan la...akak...baca n tengok je la sambil telan liur.blom de kesempatan nk beli g...salah 1 sbb, xpandai pilih doryan....kekeke...

Amiera Hilton said...

@hasrul : wslm. mahal eh? hehe. woah xtahu lagi pasal tu. cm menarik ni.

Amiera Hilton said...

@iza : miera pn rasa cmtu tp xpasti. hehe. err samalah miera pn xpndia pilih durian. tu sbb bwk org lain tlg belikan. hehe

fizalinolie said...

Adoiii... Mintak sikit Mira.. Hehehe, tempat saya kat sarawak ni still lagi mahal tau. Hari tu RM35 sebiji. Disebabkan nak makan terpaksa gak beli... Huhuu. Terliuq tengok =)

Amiera Hilton said...

@fizalinolie : ya ampunnnn mahalnye! berganda ganda mahal tu. haih. meh dtg kuantan miera belanje mkn durian. hikhik

azwashamsuddin said...

h..! durian..oh my god oh my god..sedapnye haha :P

Izyan Masri said...

YAN BARU JE MELANTAK DURIAN SEMALAM.MALAM TAK BOLEH TIDUR SEBAB PANAS.XTREME HABIS KAN ? XD

Amiera Hilton said...

@whitelover : hehe. terliur x terliur x?? :P

@izyan : mmg extreme! hehe. miera pn mkn durian ni smlm gk.tp xpns sbb mkn xbyk sgt. hehe.

solomolo said...

tak suka durian...



sape nak menang ipad 2 ???
klik > http://solomolo.blogspot.com/2011/04/sape-nak-menang-ipad-2.html

Amiera Hilton said...

@solomolo : tak suke? rugiii..hehe

Cik Yana said...

Arghhh! sedapnya durian!!!

Entry terkini: Blogger yang buat cik Yana tension!!!

faisal said...

durian mmg sedap dimakan bersama santan n pulut.

Amiera Hilton said...

@cikyana : yummeh kan? hehe. thanks dtg. :)

@faisal : uihh itu mmg sedap kot! haih

Atiey said...

uih mummy dahler hantu durian.ni sedapnyr.................... dh meleleh air lior ni

Amiera Hilton said...

@atiey : owh hantu durian ea. pegi sapu air liur yg meleleh tu dgn buah durian. hehe

Redbloodsnow said...

HAHAHA..KEKDG KITA YG LOM "BUNCIT BERISI" NI MMG NGIDAM MENGALAHKAN ORG PREGGY TAUKKK...HAHA :D

Amiera Hilton said...

@redbloodsnow : huhu setujuuu sangat! haih.

ieda said...

hahahah jgn makan banyak2 panassssssssssss :)) xchen lah kann akak dah dpt lah tuu eekekke

ZIPPO MILLER said...

http://zippomiller.blogspot.com/2011/04/7-blog-contoh.html ce cube tgk ce cube tgk

Amiera Hilton said...

@ieda : hehe tak mkn byk pun. :P

@zippo : isk isk terharu nih. ada blog sudi buat review blog miera. thankssssss sgt! :)

Aina said...

miera..huhu tetiba teringin nak makan pulut dgn serawa durian..mmm best....seb baik x pegnan. kalaoo tak bz lah nak gi beli durian,hehe

Amiera Hilton said...

@aina : huuu sedapnyeee...share sikit!hehe