Friday, April 15, 2011

hantu kak limah balik rumah cara kami.





Hahahaha. Comel kan hantu kak limah aku? Lagi comel dari hantu kak limah yg original. Haha. Memperkenalkan antara housemate aku. Hantu kak limah senior belah kanan adalah Kak Ayu and hantu kak limah junior yang belah kiri tu namanya Ann. Diaorg ni takde keje memalam bute duk ajak aku main tepung. Aku join je lah. Merangkak rangkak menyorok tepi kereta pun sanggup janji plan berjalan dengan lancar. Haha





Yang kat atas ni aku memperkenalkan the Tok Dalang and Mak Dalang. Rancangan asal direka sendiri oleh Tok Dalang yang tak berpuas hati sebab masa befday dia dulu dia terkena perkara sama jugak. Bermandi manda di TC dengan tepung dan telur dan cake. Ohh indahnyee.. Haha. Aku? Aku tak tahu menahu pasal rancangan ni. Last minit lepas keluar dah masuk rumah si Mak Dalang Ann ni bagitahu aku diaorang nak kena kan Kak Ayu that night. Aku pun join aje lah. Benda best. Hehe.





Rancangan telah dijalankan dengan jayanya di depan rumah kami. Tak perlu pergi mana mana. Cumanya perlakuan terhad bila buat kat rumah sebab dah tengah malam orang semua dah berdengkur tido. So kalau gelak tak boleh gelak kuat kuat. Kalau nak marah pun tak boleh jerit kuat kuat. Kalau kuat sikit volume suara memasing akan kuar lah bunyi "syuhhh". Haha itu amaran utk senyap yea.



Last sekali again, happy befday Kak Ayu! Semoga panjang umur, murah rezeki dan dipercepatkan jodoh dengan tunang yea. Nanti kawen jangan lupa jemput Miera even Miera dah tak stay Kuantan. Hehe. And and and....lu kena beb! Haha. Peace yaw ;)


10 comments:

''aryna'' said...

kak limah oiii .kak limah oiii .hik,

faraa halim said...

hantu kak limah main tepung, haha

Alan Rizque said...

Giler kuat betul pengaruh hantu kak limah ni..haha

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

hoh sportinggggg nyer! ;)
penah kena dlu baling telur masa besday kat hostel..last2 kena denda ngan warden sbb bising huhu..padan muka ;p

mummy boncit said...

akak..tunang cepat..hik2x

akid said...

wahhh bila tengok pic ni serius rindu gila masa study dulu! asal hari jadi je, bukan kitaorang celebrate bagi kek ke hapa, tapi beli tepung, telur pastu baling kat dia. Keh keh..

Amiera Hilton said...

@aryna : hikhik. tetibe ada org jenguk tye "akak buat ape tu?" heheheh :P

@faraa : hahahaha. style baru. hikhik

@alan :hoho. itulah psl. ish :P

@pinkymomma : hehehhe. xboleh byg klu miera yg terkena. busukkk!

@mommyboncit : yeah sokong2 ;)

@akid : time stdy slalu buat eh? skg insaf da ke? hiks

Redbloodsnow said...

ini hantu kak limah yg paling comel! hehe

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

The roomate~ hehehe... kamo d'sini dear ^^ nice to see u.. heheh :) tapi tak sempat nk b'gambar kan :(


http://ikmalira87.blogspot.com/2011/04/roomate-gsc-ceciterr-ceciterr-heheh.html

Amiera Hilton said...

@cintabunga : hehe tu lah kalau sempat bergambar lg bagus. bkn senang nk jumpa kan. btw nice to see u :)