1 Hari 1 Blogger. Itulah dia segmen yang dianjurkan oleh Faceblog. Sounds interesting so aku terus rasa nak join this segmen. Segmen ni bertujuan untuk mengeratkan lagi silatulrahim antara blogger-blogger yang ada di dunia maya ni. Bagus kan? Untuk join segmen ni korang kena follow syarat-syarat yang diberikan. Kalau korang tak follow, jangan marah admin pulak kalau blog korang tak direview ye. Hehe. Nak tahu ape syarat nya korang boleh check di blog admin Faceblog.
Lets proceed. Korang datang blogwalking, baca entry, tengok gambar, tinggal komen semua. Tapi korang tahu tak siapa aku? Siapa yang update blog ni everyday? Memanglah aku. Hehe. Ada yang kenal, ada yang tak kenal. Takpe tak marah pon. Tak terasa hati pun sebab aku memang bukan blogger femes mcm Redmummy. Bukan macam HanisZalikha jugak. Aku blogger biasa je. Sebab tu aku join segmen ni. Hehe. Ok bagi yang belum kenal siapa aku, hai. Nama saya Amiera Hilton. Tapi abah saya nama Ramlee, bukan Hilton. Hilton tu saya pinjam suke-suke je. Hehe. Ramai yang tegur saya and bertanya "adik Paris Hilton ke ni?". Err mane adalah! Dah cakap kan tadi aku bukan anak Hilton. Ada pulak adik PH pakai tudung kan. Haih. Ada jugak yang tanya aku "kenapa Amiera Hilton, kenapa tak Amiera Spears ke..ape ke..". Haha. Aku pun tak tahu kenapa Hilton yang dipilih. Mungkin bila sebut tu mcm serasi je. Cuba korang sebut Amiera Lopez. Tak sedap lah pada pendengaran aku. Hehe. Nama ni wujud since aku ber-Myspace lagi. Then lekat hingga ke Facebook, Twitter and dunia blog jugak. Selalu sangat kalau kat luar atau pergi mana-mana especially dgn my bff Najat, she introduce me to whoever la as Miera. Then that person pon balas "owh, Amiera Hilton tu ke". See, nama aku tu dah macam signature bagi diri aku. Haha.
Bercerita mengenai nama blog aku dan rahsia disebaliknya pula, nickname aku sendiri adalah mewakili nama blog aku. The same, Amiera Hilton. Dan kenapa pilih nama ni sbg nama blog? Sebab aku rasa nama tu adalah nama alam maya aku. Rakan-rakan maya aku kenal aku dengan nama tu. So better aku guna nama tu utk dunia blogging jugak kan. Even aku bukan blogger yang mempunyai ribuan pengikut, tapi dgn cara tu senang utk orang tahu siapa aku kn. Address blog aku ni rasanya sangat biasa. Takde ape yang special. Aku pilih diaryof-mierahilton.blogspot.com memandangkan masa aku nak create blog ni utk je idea yang aku ada pada masa tu and it still available! Haha. And sebab aku sangat sukakan fairytale makanya aku rasa perkataan 'diary' itu sangat simple utk menggambarkan semua penceritaan yang bakal aku tulis. So terus aku create tanpa fikir nak cari link lain yang lebih glamour dan mantap.
Aku menulis hanya utk suka-suka. Aku menulis bila ada idea sahaja. Aku tak suke merepek tanpa motif utama yang hendak disampaikan. Aku menulis ikut rasa hati. Sebab tu lah maybe ada yang tak suka cara penulisan aku. Biarlah. Aku blogging bukan utk puaskan hati orang lain, tapi utk diri sendiri. Blog ni di-create atas kemahuan aku sendiri. So aku berhak menulis apa sahaja yang aku mahu. Aku jenis yang pendiam. Aku simpan apa yang aku rasa sorang-sorang. Aku susah nak bercerita masalah dgn orang. Macam takde permulaan dan jalan cerita utk aku share. So dengan blog je lah tempat aku rasa paling sesuai utk aku berkongsi. Aku post dalam blog untuk rasa lega. Aku akan post something yang aku suka, bila aku sedih aku post apa yang aku rasa, kemana aku pergi aku ceritakan, apa yang menarik perhatian aku pun aku akan postkan. Boleh kata everything aku akan postkan kat blog ni. Tak terhad kepada personal saja. Tujuan asal aku berblogging adalah untuk berkongsi cerita dan perasaan. Minat utk blogging timbul lepas my bff buat blog. So aku rasa mcm best. Aku ikut jejak langkah dia masuk dalam dunia blogging ni. Aku ingat lagi antara first entry aku post adalah pasal ape yang aku buat, pegi hantar adik ke sekolah, cerita pasal drama kt tv. Hehe. Masa tu ilmu blogging still zero. Sekarang, aku dah variasikan blog aku ni dgn tips, contest, isu semasa and mcm-mcm lagi lah. Tapi tujuannya masih sama, untuk kepuasan diri sendiri. :)
Last skali, aku harap sangat korang-korang yang baca blog aku ni supaya dapat terima penulisan aku ni. Cewah penulisan. Hehe. Bukan ape, mcm aku ckp tadi tak semua orang suka kita kan. Sekarang dunia blogging dah semakin besar. Ada banyak bloggers baru setiap hari. Ada yang menulis sebab nak dapat earning mcm Redmummy, ada jugak yang menulis sebab nak berkongsi rasa. Apa-apa pun tujuan korang bloggers, go ahead. Satu je nak cakap, blogging ikut minat, jangan ikut trend. Peace yaw! Hehe :)
chop! aku perasan blogger lain buat entry simple je. tapi aku?? ergh! lantak la :P
2 comments:
kalau spm esei bm dah dapat A+ dah nie yunk...
@Ain : hikhik. tau xpe kan. xpayah buat rangka pon tau :P
Post a Comment