Sunday, March 27, 2011

Ape rasa jadi penghuni hospital bang?


Hi semua! Selamat berhujung minggu. Today Miera just rehat kat rumah sebab semalam dah penat balik dari Jengka. Nanti update pasal event di Jengka tu yep. Tunggu..Hari ni aku just nak update story yang dah jadi pekasam ni. Diperam berminggu minggu dalam draft ni. Dah naik berhabuk dah. Dah basi punye cerita dah pun. Tapi tak kire nak update jugak! :P

Tiga minggu lepas encik bf aku masuk hospital. Huuu serious aku terkedu kejap masa dapat tahu. Haih. Dia masuk hospital sebab appendik. Kes nye takdelah serious sangat tapi agak bahaya jugak. And ianya melibatkan pembedahan yang mana "pembedahan" tu pada pendengaran aku sangat dasyat walaupun sekecil-kecil peembedahan. Encik bf aku masuk hospital dah nak dekat tengah malam da masa tu. Nasib baiklah masa tu aku memang dah kat KL so boleh la pergi teman dia. Kesian aku tengok muke dia. Dah mcm orang xde semangat dah.




Malam pertama : muka x bermaya tido.


05.03.2011 Doktor suruh dia masuk wad. Ni first time dia masuk wad and first time jugak la dia operate. Dua malam jugak la dia jadi penghuni HKL. And dua hari jugak lah dia berpuasa tanpa berbuka. Haha kesian sayang yea. :P Aku sempat la jadi peneman dia tido kat sana semalaman masa malam first dia dimasukkan ke wad. Mama abah and family dia semua kat Kuantan lagi that time.

Kesian dia tak boleh tido nyenyak. Asyik asyik muntah, muntah muntah. Sebab tu lah makanan xboleh masuk even sesikit sikit makanan pun. Lembik. Aku meneman je la dia kat tepi katil tu. Dia bergerak sikit aku terjaga. Dia nak muntah aku hulur bekas. Maknanya kteorang dua orang memang tak berapa nak nyenyak la tido malam tu. Boleh tahan penat la badan ni. Aku ni dengan kaki sejuk lagi xpakai stokin. Badan takde selimut nasib baik ada sweater dia boleh aku pinjam buat balut tubuh. Ikutkan hati nak je aku tarik selimut tebal dia tu. Tak aci tau. Hehe.

06.03.2011 Esok harinya pagi dalam pukul 9.30 dia dibawa ke dewan bedah untuk operate buang appendik. Touching jugak bila nurse tu izinkan aku teman hantar dia sampai ke dewan bedah. Hehe. Masa tu jangan tanya la cmne aku rasa. Memang berdebar tahap max punye. Takut okey even tu just pembedahan kecil je tapi risiko tu tetap ada. Nak nak lagi bila nurse tu cakap "jangan risau kalau appendik dia x teruk sekejap je operate. Tak sampai sejam dah keluar". And I've been waiting for 3 hours! Gosh! Makin berdup-dap-dup-dap aku bila dah lepas sejam tp dia still xkeluar-keluar lagi. Sikit-sikit aku jenguk board yang status operation. Satu jam setengah yang pertama status Operate, satu jam setengah yang berikut status "Recover". Sikit punye lama awak nak recover bang! Haih.



After operation. Still weak and lalok dek ubat bius.



tempat operate. nasib baik bertampal kalau tak seriau jugak aku nak tengok.


Masa dia dalam dewan bedah aku amek kesempatan terus pegi mandi kejap. Tak lengah lengah sebab takot dia dah siap operate nanti aku takde. Takot nanti dia sedih pulak. Cipta rekod terbaru utk diri sendiri bila seharian lebih 24jam tak makan atau minum ape-ape kot. Masa menunggu dia operate tu dah rasa nak makan tapi takpe tahan dulu hold dulu tunggu dia settle dulu ape-ape hal. Yang penting kita kena utamakan dok gitu? Hehe.

Sejam lepas operate tu dia still lemah lagi. And sakit dekat tempat operate tu. Standard lah kan. Tak boleh banyak gerak and cakap sangat. Effect bius masa operate tu pun still tak habis sepenuhnya lagi. Dia still lalok lalok nak pejam mata lagi. Haih. Oleh kerana tindakan bijak yang diambil oleh encik bf aku ni pegi msg je abahnye cakap dia masuk wad, so his family pon subuh baru tahu pasal ni. Katanya tak teruk pun sakit dia ni so msg je la. Haih awak ni. So hari after operation dia dah selesai baru family dia semua sampai. Lepas tu dia dah start rasa lapar nak makan dah. Tapi malangnya dia still kena berpuasa. Nak tak nak terpaksa lah yea sayang. Hehe. Then doc pakar dtg check and ckp kalau takde ape-ape esok dia dah boleh balik. Senyum lebar tuan punye badan. Hehe.




Last day kat wad. dah boleh makan. suke lettew!


07.03.2011 Hari last dia kat hospital, tengahari cmtu dia dah boleh makan. Suke sangat dia siap msg aku lagi cakap dah boleh makan. Bukan main lagi order dgn aku mcm-mcm nak itu nak ini suruh bawak masa dtg melawat dia kat hospital. Amboi awakkkk. Hehe. Petang lepas doc pakar dtg check sekali lagi dia dah confirm boleh balik. And paling best dia dapat mc 2 minggu woot woot! Balik kuantan la kan takkan nak duk KL tu sape nak jaga. Family dia kt Kuantan kot. Gf pon kat Kuantan. Sebab tu lah kuat sangat kteorang berdetim. Teheee.. Okey maaf tergewdik pulak. :P Till then peeps! Have a wonderful weekend. ;)

5 comments:

Cik Ctiey said...

so sweet kaka....
^_^

areteacar said...

sakitnya kena appendix.. =.='

Amiera Hilton said...

@CikCtiey : sweet ape kt hospital. sedih la. hehe

@Areteacar : dah pernah rasa ke dear?

puteri ain said...

appendix..adoiii..sakitt...
smoga cepat smbuh kat orang tu..

Amiera Hilton said...

@puteri : thanks (bg pihak org sakit) hehe :)