Thursday, February 17, 2011

Latest info utk perempuan, i guess.

Sedang ralit meng-refresh and meng-home-kan facebook
Suddenly aku noticed pasal satu note yg dishare-share kan ni.
I guess its not a joke sbb been spread by Pihak Bomba Selangor via their fb.
Dunia sekarang pon makin lama makin maju.
Penjenayah pon macam-macam taktik diaorg boleh buat. Bijak jugak diaorg ni.
Kat bawah ni aku share kn dgn korg semua isi kandungan note tu. Jom baca!


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat.


Huh. Takotnye lah hai zaman sekarang.
Macam-macam boleh jadi. Ya Allah, lindungilah setiap hambaMu. amin..


p/s : spread the message.tq :)

8 comments:

Unknown said...

Amin...TQ for reminding and sharing...

Amiera Hilton said...

@O'gosh : Welcome. just ingatkan and share sesama kita :)

Halen said...

skang ni org nk buat jahat mcm2 cara. apa2 pun sama2 la kita berhati2 di luar sana. dan pesanan penaja jom join my giveaway hehe.. :p

amierahilton said...

@Halen : tu lah psl..haish.oh giveway? okey will see later! thanks btw ;)

Unknown said...

urm bahayanyer...kena beware..sy trauma bila kena ragut ..inikan taktik camni lagila takut...

Hayati Hamzah said...

teruk btol lah pencuri ni :(( btw theyre creative too :( sob3

Amiera Hilton said...

@Diya : awak trauma? pernah kena ragut ke? takotnyeee...

@Hayati : yeah they are. tp syg diaorg gunakan utk cara yg slh. haih.

ema said...

oh..tq yea cik mira sbb share mende nie...mcm2 skrg...tkt plk asenye...