Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan di perantauan

Salam semua.

Again, selamat berpuasa kpd semua umat islam. Ramadhan tahun ni di perantauan lagikk. Oh rindunyeee kt kampung halaman. 2 tahun lepas pn berpuasa kt Kuantan, tahun lepas happy la sbb sebulan berpuasa kt kampung sbb mmg da duk kampung kn. Hehe. Tahun ni duk jauh pulak. Sobs.

Terasa sedih bila jumaat lepas tgk housemate balik kg nk sambut Ramadhan dengan family. Ok memang jeles. Tambah2 bila bukak puasa tu sorang2 lagilah rinduuu kat family. Untunglah korang yg duk ngan family or kampung halaman dekat kn. 2@3 jam dah sampai kampung. Aku ni sehari suntuk bercinta dalam kereta baruu sampai. Lotihh. Haih

Tapi bahagia bila hari kedua puasa sebab berbuka ramai2 kat umah sidia. Dia masak ketam masak lemak cili api! Yeay! As i requested. Hehehe. Hilang la jugak kempunan nak makan yang umi masak. Nak masak sendiri? I'm sorry baby. Kahkahkah :p

Lagi 3 minggu lebih je nak raya nih. Baju raya dah siap? Heh aku tanya haruslah aku punye pn dah siapppp. Lagi best bila umi tibe2 sms cakap "acik, baju raya acik dah siap. Cantik sangat". I was???? Masa bila aku suruh umi tempah? Ok kena tunggu balik raya baru boleh tahu itu suprise. Hiks. Tak sabarrrr.

Ok just a simple update. Next time update lagi ok. Selamat berpuasa, selamat berbuka dan selamat berterawikh buat semua umat islam. :)

1 comment:

Teknologi Maklumat said...

selamat berpuasa dari saya di iAwani-

-iAwani-