Wednesday, March 23, 2011

Result PMR dan SPM aku??


Hari ni result SPM dah keluar. Ada tak readers blog aku ni yang amek SPM tahun lepas? Korang dapat brape result? For those yang dapat cemerlang tu, congrats to you! And for those yang kurang score tu, nevermind..janji dah buat yang terbaik kan? And untuk adik aku kat kampung tu, kau jangan nak demand demand mcm anak raja dah yea. Nak itu ini. Check sikit kau punye result tu. Lempang sini kang!


Adik-adik, kakak Miera ni kadang-kadang bercakap pung pang pung pang lebat jugak. Tapi sebenarnya aku ni biasa-biasa je. Akal tak sebijak orang lain. Ingat lagi masa nak PMR. Masa tu aku punye result percubaan cm bolehlaaa. Then maybe cikgu-cikgu perasan kepandaian aku tu boleh diasah lagi, few weeks before PMR habis-habisan buat tuisyen and class tambahan. Dicampaknye aku masuk skali dgn geng-geng KRK yang otak geliga. Kalah la saya cikgu! Tapi macam orang cakap lah. "Siapa yang lebih makan garam". Berkat usaha, doa dan kesungguhan cikgu-cikgu aku dapat score A dalam few subjects yang before that aku punye markah just nice je. Salah satunya Geografi. Tibe-tibe masa exam aku boleh hafal ingat semua tempat-tempat utama minyak, gas asli, benua-benua tuh semua. Haha. Thank you cikgu-s!


So, itu la yang membawa kepada result PMR aku paling gempak berbanding dgn dua orang abg-abg aku. Wallweh, aku bangga kot boleh lawan result abang aku yang nombor dua tu. Kepala otak dia terer kot. Nak nak lagi bab-bab Math. Tapi aku kecundang satu je iaitu Bahasa Arab. OMGGGG! Aku memang tak layak la nak dicampak ke Mesir. Konfem sesat and xboleh tanya sape-sape kat sana. Isk isk.


Then, after PMR aku pindah sekolah pegi sekolah teknik dan mengambil risiko berani mati utk tidak menukar jurusan. Aku apply kos Perisian Komputer tapi yang dapatnye Kejuruteraan Elektrik. Should be memang boleh aku nak tukar kos. Abah siap pegi jumpe Cikgu Fathi kot before aku tukar sekolah tu. Tapi dia suruh aku fikir sebab kos yang aku mintak tu Vokasional. Yang aku dapat ni Teknik. So ada bezanya disitu. Nevermind lah. Aku harung jugak cuba belajar elektrik.


And aku memang tak boleh bawak subject-subject dalam kos tu. Subject PKE yang memang sah-sah aku xsuke dengan adanya formula-formula bagai tuh semua. Peningggg aku nak dapat jawapan utk satu-satu formula. Itu pun kalau formula yang kau buat tuh sama sebijik mcm dalam buku kan? Kalau tak sama cmne? Aha. Subjek LK pon memang aku surrender. Budak-budak laki dalam kelas aku lajuuu je buat LK. Lahai cerdiknye korang. Aku je yang selow bab-bab drawing ni. Dah la duk kelas depannn skali masa F5. Memang la bersaing dengan budak-budak kepala otak geliga la aku. Aku je tak. Haih.


Hah ni lagi satu. Subjek Fizik adalah subject yang sangat skema dan mengantuk bagi aku. Aku tak minat jugak. Kalau compare subject Fizik dengan Kimia, aku lagi suka dengan subject Kimia. Even cikgu yang ajar Kimia tu suke ketuk kepala aku dengan pembaris kayu panjang masa dalam lab. Haha. Tak faham aku kenapa asyik-asyik aku yang jadi mangsa. Tapi setiap soalan yang dia bagi on the spot aku boleh jawab kot! Yelah dah jawapan terpampang dlm buku. Hikhik. Betul la kot kwn-kwn aku ckp aku ni minah teori. Ape yang ada dlm buku, itu lah yang aku hurai balik T_T


Kesimpulannya, adik-adik kalau korang study dalam satu-satu bidang tu tolonggglah pulun habis-habis yea. And elakkan dari sifat suke redah je even kita xminat. Hehe. Bagi aku, cukuplah kemampuan aku mcm tu je. Benda pn dah lepas. Tapi aku bangga sebab PMR and SPM aku both aku score A1 for BI and Math. And both jugak la aku xdapat A for BM. Hahahaha :P

3 comments:

Shahrizat Ahmad said...

cik amiera ni yg pelik ni.BI plak dapat A.,.tapi memang power lah..solute sama kamu meyh..^_^

hafiz izham said...

ptut la laju je bab2 duit ni..math power kowt....

Amiera Hilton said...

@Ijat : Err..writing and jawab soalan laju laa..cube suruh lawan cakap, kaku! huhu :P

@Hafiz : haip! syadap! :P