Wednesday, March 2, 2011

kisah saman. antara gembira dan tragedi

Kisah 1 :

Tiga hari sebelum kononnya hari akhir pembayaran saman trafik. Bikin gempar habis wa cakap lu! Aku bersama dgn housemates ku tgh asyik lepak-lepak dpn tv, keluar berita pasal isu tempoh bayar saman trafik hingga 28 Februari 2011 dan tidak akan dilanjutkan. Okay ini bukan cubaan, ini betol-betol. Aku lah punca, suruh housemate ku si Ann meng-google how to check saman via sms. Lepas tu nah semua terpengaruh nak check jugak. Hehe. Tu lah masa mula-mula tahu pasal diskaun yg kerajaan bagi utk bayar saman ni aku punye lah berlagak. Konon aku pemandu berhemah. Hemah la sangat kan! Ghupenye....


The summon


Nahhh amek kau Miera. Kau ada saman okey. Jangan tak sedar diri sangat ingat kau xde saman. Haha. Okey ini result yang aku dapat after aku check saman via sms and resultnye turut dihantar kepada email kita. Aku tak boleh terima hakikat. Aku belek kelendar tahun lepas check date kena saman tu. Got it! 09/09/2010 adalah sehari sebelum kita umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri. Demmmm memang confirm lah aku tak kemana kot. Apatah lagi nak ke Besut tu. Tak kuasa ai nak meredah jem orang balik kampung kot. Ni abang aku punye keje buat naya kat aku. Tak puas hati. Aku mengadu bikin hot story kat abah. Haha. Hari Isnin abah kol balik, cakap dah settle kan saman aku and angah. Angah?? Haha ada geng rupenye :P Okey, sekian. Itu kisah suka.


Kisah 2 :

Mungkin faktor kesibukan bekerja menjadi pendorong kepada tragedi ini. Bos aku punye saman boleh buat koleksi woo! Hahaha. As usual, his assistant Ms.Chan yang harus wajib sunat settle kan semua tu. Makanya nak dijadikan cerita si Ms.Chan ni lupa lah nak pegi bayar awal-awal. I thought dia dah settle lama sebab aku yang list down kn one by one saman-saman bos aku tu. Lepas aku buat tu aku sangka dia pegi la bayarkan, rupenya dia lupa?? Syabas! On the 28th itu sendiri baru dia sedar akan hal tersebut. Itu pon sebab staff kt office yang cakap. Punye lah dia gelabah memang tak hingat. Berpanas terik pegi ke JPJ nak settle kan saman. Manusia tak payah cakap lah berapa ramai. Tak tahan panas, dia blah pegi post office. And the best part is, system offline. Yeah! Bagusnyee T_T

Punye lah nak bayar saman-saman tu, dia pegi pulak ke post office tu sebelah malamnya. Sebab orang cakap system akan bukak sampai pukul 12am tengah malam tu. Gigih betol dia ni. Kalau aku memang tak lah nak ke hulu ke hilir gitu gaye dok. Hehe. Tragedi nya berlaku disini. Tengah-tengah dia leka dan asyik duk isi form one by one utk setiap saman (one by one?kalau aku krem tangan), somebody stole her BB. OMG. Macam mana boleh hilang? Dia lupa nak zip sling bag dia, katanya. Demmmm kau pencurik! Makanya duit bayar saman pon pergi laju, phone pon hilang entah kemana. Saman punye pasal. Kesian. Tragik bebenor kisahnye. Hahahah :P


Sedikit selingan macam mana nak check saman trafik via sms, mai sini ai ajar you.

Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
contoh : POLIS SAMAN 89XXXXXXXXXX hantar kepada 32728

Or, kalau nak tahu lebih detail pasal saman korang tu melalui email, ni caranya :

POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] dan hantar kepada 32728
Contoh : POLIS SAMAN WPR1111 kenapasamanaku@gmail.com dan hantar ke 32728



p/s : Dan-dan pulak tempoh bayar saman dilanjutkan hingga 10 Mac 2011?? *sigh!

4 comments:

Shahrizat Ahmad said...

hah jangan lupe bayar pulak yer..=p

Amiera Hilton said...

@Ijat : eh, kita da bayar lorhhh :P

NUR AIN AZMAN said...

HAHA, ha nak check sgt kn dh kena, ngeeeee

:)

Amiera Hilton said...

@ain : huhu. tu la psl. gatal tgn. heheh. tp kalau x check nanti kena blacklisted. lg teruk. huu :P