Wednesday, March 30, 2011

Jodoh aturan keluarga


Jodoh diaturkan oleh ibubapa. Apa pendapat korang? Ada yang cakap sekarang dah takde style mcm tu tp sebenarnya cara tu masih ada and akan tetap ada. Bagus ke jodoh pilihan parents ni? Atau ada sebab disebaliknya?

Sememangnya parents mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Kalau boleh nak bakal suami anak mereka yang mampu menyenangkan hidup, memberi kemewahan, keselesaan hidup dan segalanya. Tipulah kalau kita sendiri taknak itu semua kan. Tapi biarlah semua tu dilatari dengan kasih sayang yang cukup jugak. Ada harta bertimbun pun tak semestinya menjanjikan kebahagiaan. Kenapa nak aturkan jodoh anak sedangkan dah tahu hati anak sudah ada yang empunya? Mungkin sebab pilihan mereka tu lebih elok di mata mereka. Lebih pandai menarik hati mereka berbanding yang lain. Aku tak tujukan entry ni utk sesiapa tapi just lately byk dgr cerita psl ni. Duk kat rumah pun kdg-kdg bercerita jgk psl ni. Takot okey.

Bayangkan orang yang kita tak pernah kenal, tak pernah tahu hati budi akan jadi teman hidup kita selamanya. Ape rasa? Bagi yang tak kisah tu takpelah, tapi bagi aku itu memang tak boleh nak dibayangkan. Memanglah orang cakap "bercinta lepas kawen pun boleh" tapi terkadang kita perlukan masa utk mengenali sesorang yang baru. Bukan main harung je semua yang datang. Bercinta lepas kawen itu bagus. Boleh jauhkan dosa tp aku fikir kalau kita tak dapat serasi dengan pasangan, apa guna jodoh yang diaturkan? Kalau lepas kawen bergaduh, tak sepakat, asyik dengan airmata je masa tu sape nak disalahkan? Adakah itu yang terbaik untuk anak?

Harta benda wang ringgit bukan segalanya. Semua tu tak boleh beli hati dan perasaan. Let say jodoh pilihan parents tu seorang Doktor, Lawyer etcs. Yes, pada sebutan jawatan memang best. Memang beruntung sape dapat. Bak kata orang "lepas kawen cuci kaki je masuk rumah". Hidup senang, mewah. Tapi kalau tak boleh serasi dan sependapat berguna ke harta tu semua? Hidup senang lenang, nak beli ape semua dapat. Tapi hari-hari bertengkar dengan suami, hari-hari suami asyik busy je. Best ke tu yea? Kalau dapat yg serasi baguslah, alhhamdulillah. Sedangkan yang bercinta bertahun pun tak semestinya serasi inikan pulak yang tiba-tiba duduk sebumbung makan semeja. Ya Allah, tak boleh bayang tu semua. Serious.

Parents tak seharusnya mendesak. Especially kalau anak tu still muda remaja. Bagilah diaorang enjoy zaman muda diaorang dulu. Nanti dah kawen, dah ada komitmen hidup anak-anak dah x sama macam sekarang. Dah ada suami, family, anak-anak sendiri pulak hidup mereka akan terbatas. Mungkin diaorang dah ready untuk ada komitmen, tapi bukan dengan orang yang mereka tak kenal. So biarkan diaorang bebas dulu enjoy dengan kawan-kawan sebaya. Tak lari gunung dikejar. Jodoh takkan kemana. Tuhan tu maha Adil.

Aku bukan ape kalau boleh hope parents bagi la peluang untuk anak-anak buat pilihan sendiri. Ini kan masa depan mereka. Janganlah jadi terlalu mengatur masa depan anak-anak. Betul parents lebih banyak makan garam tapi janganlah sampai mcm tu. Bagi aku jodoh pilihan parents ni tak best la. Bukan aku ckp semua pilihan parents tu memang akan tak bahagia bila kawen. No, dont get me wrong. Tapi kalau boleh biarlah anak tu sendiri pilih siapa yang mereka nak pilih utk berkongsi hidup melainkan anak tu sendiri yang bagi izin parents supaya carikan mereka jodoh, itu lainlah kan. Okey, bagi pilihan itu tak salah tapi jangan mendesak. End up anak tu lari dari rumah macam mana? Anak tu jugak yang salah? Renung-renungkan.





Aku pun menentang perjodohan ini. Please, lagu ini sedih. Saje nak layan. :)


6 comments:

Lagenda said...

yup..tak leh bayangkan mcmana nak lalui kehidupan dgn org yag x dikenali but tetiba kena hidup bersama.

Sdgkan yg dah kenal bertahun pun kekok!

Amiera Hilton said...

@Lagenda : tau xpe kan. miera pn sama. haih

Aina said...

Dear amiera..

hihi (gelak dulu)

nak tau, akak kawen dengan pilihan keluarga.Alhamdulillah okey

mula2 mmg tak suka sbb nak cari sendiri kononya.tp kalau dah jodoh tak kemana.

one day i'll tell u ols the story. kalau pot pet kat sini nnt miera x mo kawan akak dah kan...
*wink

Amiera Hilton said...

@Aina : owh ye ke.. baguslah cmtu kan..alhamdulillah..eh story la lg..miera nk tau jgk ni :)

Redbloodsnow said...

Zie tak leh nk bygkan hidup zie sehari-hari dgn lelaki yg tak di kenali. tido sebilik lak tue...eee jnggal la

nasib baik zie sudah mempunyai pilihan hati sendiri n family restui..hiksss

Amiera Hilton said...

@Redbloodsnow : hehe. untung lah :P