Bermula dengan sinar matahari tersenyum girang.
Senyummu juga cukup sahaja.
Untuk mengindahkan sinar permulaan hariku.
Kerana kita ada beberapa hari nya lagi.
Ku terasa masa yang berlalu itu.
Cukup singkat bagiku. Masa mencemburui.
Ku tahu itu. Kau pun tahu.
Dan semalam,
Seperti hari biasanya kau menjemputku.
Ku sudah biasa, kau bangun tanpa mandi.
Ah ku tak kisah. Kau cukup indah di mataku.
Bangun dikala lelaki lain sedang asyik bermimpi.
Kau tahu itu mencuri hatiku.
Saban hari berjumpa, asyik terasa.
Meski dalam fikiran ku berfikir akan ada tamatnya.
Ku lupakan sejenak tika adanya kau.
Dan semalam, petang itu.
Aku keluar pejabat, melangkah ke kereta.
Adanya kau, sabar menunggu.
Terkadang, diam mendengar kala aku berceloteh.
Terkadang gelak terbahak memecah bosannya radio.
Kau tahu aku bahagia. Cukup bahagia.
Berlunjur di tepi nya tasik.
Menikmati udara petang. Ikan dan air bermesra.
Kita pun sama. Saling bermanja, bergembira.
Ku rasakan air tanganmu itu. Biasa saja rasanya.
Namun cukup untuk membuat aku senyum.
Lelaki mana lagi bisa menyedia makanan untukku.
Kau pasti tahu hanya engkau seorang.
Tak pernah mengeluh. Sedetik pun tidak.
Jika aku, terlalu banyak kalinya ku mengeluh.
Ku khabarkan rasa itu dan rasa ini.
Kau tegar mendengar, memahami maksudku.
Terkadang aku rebah menangisi hati.
Kau disisi, tenang menabahkan ku.
Dan semalam, dan setiap harinya.
Kau tahu aku bahagia.
Dari hati ke hati ku ceritakan.
Ku sayangkan mu. Sangat.
Dan ku pasti, kau sedar itu.
Kau tahu segalanya lebih dari mereka.
Kau tahu.
p/s : emosi. dan ini utk kamu, sayang.
No comments:
Post a Comment