Pejam celik pejam celik dah masuk bulan April dah pun kita. Tak sedar cepat masa berlalu. Oh dah April. Hari ni 1 April. Hari ni April Fool. Sana sini orang bercakap psl April Fool ni. And aku mengaku akan kejahilan aku yg sebelum ni tak tahu sejarah April Fool ni. Hinggalah beberapa jam yang lepas baru aku tahu. Ya Allah, sumpah aku jahil. Banyak sejarah-sejarah yg aku tak tahu pun. T_T
So disebabkan itu semalam aku telah April fool kan encik bf aku. Ye aku tahu korang mesti mrh kan. Sorry lah tapi tak sengaja pun. Janji tahun depan tak buat dah. Actually benda ni terjadi secara spontan dan tanpa dirancang. Eh, petang smlm dah plan dgn akak kt rumah fikir nk buat ape kenakan encik bf aku tp takde idea. So biar cmtu je lah tanpa plan. Then encik bf balik keje penat-penat mcm biasalah before tido haruslah bersembang berborak update ape yg jadi seharian and ape nk buat esok. So borak punye borak sampai lah aku rasa mcm dah mengantuk and tanya encik bf "dah pukul brape b?". Encik bf jawab "pukul 12.06". Then, jengg! Aku dapat idea.
Tibe-tibe aku tukar mood dari gurau-gurau manja meow-meow ke mood serious. Aku tanya encik bf dia syg aku ke tak and dia ada perempuan lain ke tak. Aku kasi ayat makan dalam punye. Haha. And dia dah risau cuak semua lah bercampur. Kesian tapi aku teruskan jugak drama sebabak aku tu lebih kurang stengah jam cmtu. Aku cakap ada perempuan sms aku tanya pasal kteorang. Pasal hubungan kteorang. Konon mcm ada perempuan admire or scandal dgn dia lah nun disana tu. *mintak jauh la yea* Huih siap mintak no perempuan tu lg dia nk kol. Aku bg no lama adik aku yg dah tak pakai. Haha. Then dia terfikir-fikir siapakah gerangan "perempuan" itu. Biarkan dia berfikir dulu....
Boleh tahan jugak la sesi drama hati ke hati kami. Isk terharu ai tau. Encik bf aku ni memang jenis berjiwa lembut. Between us, dialah yg duk mengalahnye kalau ape-ape. Aku memang winner of the year ever la kalau dgn dia. Hiks! Aku kalau boleh nak biar je sampai ke hari ni ke benda ni biar dia terfikir-fikir sikit. Tapi tak sampai hati lah pulak sbb aku tahu dia cmne. Mesti tak boleh tido punye. So aku terus terang. Lamaaaa diam sebab konon sedih la dia ada perempuan lain kan. Haish. Then aku cakap simple je "b, April fool". Harharhar. Dia diam kau! Tak puas hati sebab terkena. Muahahahaha. Gotcha! :P
So itu lah kisahnye April fool aku tahun ni. Setakat ni tak pernah terkena seingat aku. Ada yang pernah nk kenakan aku tp aku pun tricky person kot. Tak dapat la yek. Hikhik. And now dah tahu ape kisah disebalik April fool ni so rasanya next next year tak perlu nak buat dah la kot. Insaf. Isk isk.
8 comments:
x pyah sambut, bkak yer mnaril pon 1 april ni..
@syuk : isk isk kan dah ckp ada org mrh. huhu.. yee tak sambut pun. cumanya spontan rasa nk kenekan org time tu.. huuu peace V-.-V
HAHA.KESIAN BF TU.UCAP TAKZIAH KAT DIA SEBAB DAH TERKENA :D
@Izyan : hikhikhik. okey nti insyaallah disampaikan. haha :P
ermm x tahu x per .. dah tahu jgn baut layie :)
@ieda : iye dear. huuu kena marah lagi. isk isk :)
haha.. nasib encik BF tu xterjun dari katil bab tension...hehe
@Gemini : hahahah. terjun katil xpe jgn terjun bangunan sudah. huu :P
Post a Comment