Thursday, November 4, 2010

kerana aku perempuan

aku seorang perempuan.
namun tak sama seperti yang lain.
aku tak sekuat yang lain.
aku tak sehebat yang lain.
aku perempuan lemah.
lemah selemah-lemahnya.

aku punya hati.
aku punya perasaan.
aku sama mcm perempuan lain.
hati cepat menangis.
perasaan cepat tersentuh.

kerana aku perempuan.
dan bukannya lelaki.
jiwa selembut sutera.
mudah dicarik.mudah dirobek.
seperti sebutir permata.
mungkin jua hanya kaca.
genggam sebaiknya.
jangan dibiar jatuh ke bumi.
kelak hancur tidak bercantum semula.

begitulah aku.
seribu pengharapan diberikan.
sejuta impian dipasang.
demi harapan nan satu.
impian itu menjadi indah.
mimpi itu sepertinya pasti.

sekali aku bangun.
aku mampu berdiri tegak.
berdiri demi suatu impian.
andai impian itu hilang.
aku pasti rebah menyembah bumi.
bersama impian yang terkubur.

aku lemah.
bisa jatuh tidak bertiang.
kecundang tanpa tujuan.

yang nyata.aku pasrah.

sekian.

No comments: