Showing posts with label gossips. Show all posts
Showing posts with label gossips. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Miera Liyana adik Miera Hilton


Huih kau tajuk entry bukan main lagi tak beragak! Haha. Miera Liyana tu adik Miera Hilton. Betol ke? Aloh dah sah sah la tak weh. Bukan takat adik, kakak ke kembar ke sedare pun tidak. Dah tu asal tajuk hebak sangat tulis? Aloh saje nak kasi up traffic. Haha :P


Tak sampai berapa bulan pun lagi si ML ni nama dia meletop letup naik dengan kontroversi yang aku pasti korang semua dah tahu. Ni kire cerita basi dah pun. Tapi tak kire nak tulis jugak! Nama si ML ni naik bila dia pakai baju yang "seksi sikit je" - bak kata empunya badan. Aku first tengok gambar dia tu rasa nak karate karate si ML ni. Seksi sikit kau cakap? Lahai dah kalau seksi banyak nye camne? Haduh.



Baju seksi sikit dia yang mengancam. Aumm!



Lepas dah timbul kontroversi gile dasyat tu dia pun memohon maaf lah. Ok lah fine dia sedar silap dia. Alah dia ni kan umo 20-an baru. Sebaya aku lagi ni no wonder lah tak matang. Aku pun kadang-kadang datang perangai tak matang tu selamba je pakai baju tido seksi sikit. Hikhik. Baju tido hokay! So aku fikir dia insaflah lepas tu kan. Dah x seksi menyeksi lagi dah. Sebabnya masa aku kenal dia dulu menerusi drama Kamelia Katrina punye lah innocent muke. Gambar-gambar pun lahaiii baiknye awak. Sopan. Sejuk mata pandang.


Sekali datang pulak ABPBH 2010. So berkumpullah semua artis yang tercalon and tak tercalon kat Genting. Ku sangka dah x menyeksi. Kalau seksi pun tak sikit-sikit dah. Hiks. Rupenye g tunjuk belakang pulak. Haih ML. Tahu lah belakang cantek. Nak lawan Dynaz ke entah ler. Hurm tapi aku tak suke lah. Kalau nak femes bukan gini caranya. Nama orang duk sebut mengutuk, berlakon tak kemana jugak. Sayang dia ni. Kalau kerja betul betul kan bagus. Tahun depan boleh tercalon dalam Artis Baru Paling Popular pulak. Sape tahu. Haih.




bareback sikit you! hot aumm!