Tuesday, July 23, 2013

Tips Kurus di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum….

Sedar tak sedar kita dah masuk hari ke 14 berpuasa di bulan Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. 

Okay now miera nak share tips sikit. Macam mana nak kurus di bulan Ramadhan? Ai takdelah badan cutting model, apatah lagi pipi dari jauh dah nampak. Tapi nak share apa yang miera buat tak salah kot? Because recently pergi amek baju my e-day from tailor. Balik rumah test ya ampun longgar gileeee. No no no. Its not my tailor’s fault sebab her touch sangat cantik. Very details and smooth. Very the loike! She said “hari tu masa ukur badan kak miera berisi. Pipi bulat. Sekarang kurus pulak” Haha kembang semangkuk ai nyah! Pahadal masa ukur dia dah siap pesan “kak miera maintain badan tau”. Tup tup mmg maintain tak gemok dah tapi loose weight banyak pulak. Hmm mulalah rasa guilty kat tailor sebab menyusahkan dia nak alter my baju. Sorry Emelyn -_-

Ubat kurus? Pil diet? Bla bla bla… Im not that type yang obsess nak kurus mendadak dengan makan ubat and so on. Sebab miera takut side effect after stop pengambilan ubat-ubat kurus tu buat badan miera berganda-ganda gemoknye. T_T Maklumla miera bukan kerja gaji sedap boleh dapat figure 00000 sebulan. Apatah lagi nak maintain yang tak perlu. Sobs.

So ni tips untuk kurus di bulan yang berkat ini bulan Ramadhan. Apa yang miera amalkan lah ye. Yang miera tak amal miera tak share.

 Berbuka tanpa nasi           
Yes miera buat cmni sepanjang bulan Ramadhan. Instead of untuk kurangkan berat badan so korang boleh maintain berat badan asal. Nak solat tarawikh pun tak mengantuk and malas kan Pernah dengar orang gain weight masa bulan Ramadhan? Ada kan? I don’t have any idea about that tapi kat bazaar ramadhan banyakkkkk gile jual makanan yang nampak sedap.Tambah lagi tengah puasa. Semua nak beli. Pastu makan sampai penuh perut. Pastu tido. Memanglah berat badan naik.

Bersahur dengan nasi         
Lumrah duk Malaysia orang Melayu mana boleh tinggal nasi. So do I. That’s why miera berbuka puasa tanpa nasi. So bila bersahur boleh makan nasi and boleh beri tenaga untuk buat kerja seharian di siang hari. TAPI, jangan makan nasi macam tak jumpa nasi setahun. Kuantiti nasi tu biar sikit je. Miera amal satu senduk nasi je. And makan slow2 jangan gelojoh. Kalau makan gelojoh dua pinggan  pun tak cukup! Kikiki. :P

Banyak berjalan dan gunakan tangga      
Oh macam iklan dalam tv pulak gunakan tangga. Haha. Oleh kerana miera ni jenis perempuan yang malas bebenor nak pegi  exercise, especially jogging so miera convert aktiviti tu dengan berjalan banyak langkah everyday. Pergi balik kerja naik LRT so jarak LRT dengan my office adalah dalam 1km lebih kurang kot. And choose to naik tangga instead of lif or escalator. Alah satu tingkat je pun. Chill la! Pastu miera jaga 2 boss. Tiap kali boss no 2 panggil kena lah jalan hujung ke hujung office. Haha. Tips ke terpaksa tuh? Kekekeke :P

That's all apa yang miera telah, sedang dan masih amalkan sepanjang bulan Ramadhan. Oh ya, jangan lupa minum banyak air masak jugak ye. Hopefully after puasa & raya pun boleh maintain cara ni. Rasa ringan je nak bawak badan ke hulu hilir. Hihihi. 

Till then, darlings!





 

No comments: